Cara Baca Kod Saiz Bateri Kereta : JIS vs DIN

Cara Baca Kod Saiz Bateri Kereta : JIS vs DIN

Pening nak baca kod saiz bateri kereta anda untuk kenalpasti saiz bateri yang sesuai untuk kereta anda? Jangan risau. Anda tidak keseorangan. Kod bateri kereta ini memang berbeza- beza dan boleh jadi sedikit mengelirukan untuk mereka yang tidak tahu apa apa mengenai bateri kereta.

Tapi jangan risau, dalam artikel ini, kami akan bantu anda cara membaca kod bateri bagi mengenalpasti saiz bateri kereta yang betul untuk kereta anda.

2 Jenis Kod Saiz Bateri

Ada 2 jenis kod saiz bateri yang biasanya digunakan di Malaysia.

  1. Kod JIS (Japanese Industrial Standard)
  2. Kod DIN (DeutschesInstitutfürNormung)

Secara Umumnya, kod JIS digunakan untuk kenderaan Jepun dan Korea, terkenal di Asia. Manakala kod DIN lebih terkenal dengan kenderaan kontinental daripada Eropah. Namun, ada juga sesetengah model kenderaan Korea yang menggunakan bateri saiz DIN.

Aplikasi delivery bateri malaysia carput

Saiz Bateri : Kenali Kod JIS

Kod JIS juga ada 2 jenis, kod lama dan kod baru.

Kod lama yang mudah dikenali adalah seperti NS40, NS60, NS70. Ini adalah kod JIS yang sudah tidak lagi digunakan oleh syarikat pengeluar bateri kereta. Disebabkan itu, pelanggan susah untuk jumpa kod ini pada bateri kereta yang baru. Namun, kod ini sebenarnya lebih mudah digunakan dan lebih mesra pengguna.

Kod JIS baru yang diperkenalkan sekarang adalah 38B19L (NS40), 45B24L (NS60), 65B26L (NS70). Dan nombor nombor ini yang membuatkan pengguna keliru!

Bang kenapa saya baca kod bateri saya 55B23L tapi bateri sebelumni 45B23L pun boleh masuk jugak?

Ini adalah kerana, kod JIS bateri yang baru turut merangkumi SPESIFIKASI bateri itu sendiri! Berikut adalah cara anda membaca kod baru JIS bateri kereta :

Cara Baca Kod JIS Bateri Kereta

a – Spesifikasi prestasi bateri. Nilai ini diambil dari bacaan prestasi dan kapasiti bateri. Lebih tinggi = lebih baik.
b – Saiz dimensi bateri kereta. Nilai lebar x tinggi bateri dilabel dengan A,B,C,D dalam turutan kecik >besar.
c – Saiz panjang bateri kereta. Nilai diukur dalam CM.
d – Posisi terminal positif (+) bateri kereta. L = Left, R = Right.

READ  Bateri Kereta Start Stop (EFB) | Fungsi & Harga

Jadi apabila anda ingin memilih bateri kereta, anda perlu melihat (b) dan (c) bagi memastikan bateri kereta yang dibeli saiznya muat dengan tapak bateri kereta anda. Perbezaan 1cm untuk (c) kebiasaannya tiada masalah, sebagai contoh sesetengah bateri saiz NS40, kod JIS baru bateri adalah 38B19L/38B20L.

Dan sekiranya anda berhasrat untuk dapatkan bateri dengan ‘spesifikasi’ terbaik, pilih bateri dengan nilai (a) yang lebih besar. Namun, anda perlu tahu, spesfikasi lebih tinggi tidak bermakna bateri akan tahan lebih lama!

Carput-Consultation-HiriArtboard-3

Anda juga perlu memastikan kedudukan terminal postif bateri (d) adalah sesuai dengan kereta anda. Kereta tempatan seperti Proton menggunakan bateri dengan terminal R, manakala kenderaan seperti Toyota, Honda lebih banyak menggunakan bateri dengan kod terminal L.

Maklumat tambahan, anda juga perlu mengenalpasti Saiz Terminal bateri untuk kereta anda. Ada saiz terminal besar, ada saiz terminal kecil yang dilabel dengan LS/LST/RS/RST. Namun setiap syarikat, menggunakan kod ini dengan cara yang berbeza jadi tiada indikator tetap untuk menentukan terminal besar/kecil.

Saiz Bateri : Kenali Kod DIN

Berbeza dengan kod JIS, kod DIN adalah lebih mudah dan mesra pelanggan.

Nombor yang tertera pada kod DIN adalah nilai AH bateri itu sendiri. Sebagai contoh :

DIN55 = 55Ah
DIN66 = 66Ah
DIN90 = 90Ah

Jadi sekiranya anda perlukan bateri jenis DIN untuk kereta anda, cari sahaja kod DIN atau bacaan Ah bateri kereta sedia ada dan beli lah DIN yang bersesuaian.

Namun, sesetengah model kereta seperti Proton X70 boleh menggunakan beberapa saiz seperti DIN72 dan DIN75.

1800-1800-10 Scroll to Top