Apa itu Excess insurans kereta

Apa Itu Excess Insurans Kereta?

Pernah tak bila korang nak renew insurans kereta korang, tiba-tiba nampak ada klausa ‘Excess’ dalam polisi korang. Jadi, apa sebenarnya Excess dalam insurans kereta korang ni?

Excess ini adalah pembayaran awal yang perlu anda lakukan apabila anda melakukan tuntutan insurans ke atas insurans kereta anda, meskipun bukan salah anda. Kebiasaannya, excess ini tidak termasuk kerosakan akibat kebakaran, letupan, kecurian, pecah rumah, kerosakan pihak ketiga mahupun tuntutan keceraan pihak ketiga.

Sebagai contoh,

Anda membeli polisi insurans dengan Excess RM500.

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan dan ingin melakukan tuntutan untuk baikpulih kereta anda sebanyak RM2,000, anda perlu membayar RM500 sebagai excess, manakala baki RM1,500 akan ditanggung oleh pihak insurans. Namun sekiranya jumlah baik pulih adalah kurang RM500, anda tidak boleh buat sebarang tuntutan.

Jenis Excess Insurans

Anda perlu tahu, ada 2 jenis excess insurans yang ada di pasaran.

  1. Compulsory Excess
  2. Voluntary Excess

Jadi mari kita ketahui apa perbezaan kedua-dua jenis excess insurans kereta ini untuk pengetahuan semua.

Compulsory Excess

Compulsory excess adalah sejenis excess yang dikenakan atas sebab :

  • pemilik/pemandu kenderaan berumur bawah 21 tahun
  • pemilik/pemandu adalah pemegang lesen P/L
  • pemilik kenderaan tidak didaftarkan sebagai pemandu kenderaan

Compulsory Excess ini adalah wajib. Mana-mana syarikat insurans akan mengenakan compulsory excess sekiranya anda tergolong dalam ciri-ciri ini.

Kebiasaannya, compulsory excess yang dikenakan adalah RM400 sahaja untuk setiap tuntutan.

Voluntary Excess

Voluntary excess ini ada beberapa sebab ianya dikenakan ke atas anda. Antaranya adalah :

  • pemilik kenderaan berusia muda
  • kenderaan high performance/berisiko hilang
  • usia kenderaan yang dah lama

Berbeza dengan compulsory excess, voluntary excess ini berbeza-beza bergantung kepada polisi syarikat insurans. Ada syarikat yang wajibkan voluntary excess, ada yang boleh elak tetapi harga insurans yang perlu dibayar akan dinaikkan.

READ  Insurans Cermin Kereta : Berapa Perlu Bayar?

Dan dari sudut harga, ia bergantung kepada % daripada jumlah perlindungan insurans kereta anda.

Boleh kah anda mengelak daripada polisi insurans dengan voluntary excess? Boleh! Dengan cara memilih polisi dan syarikat yang betul.


Anda sedang mencari insurans terbaik untuk kereta anda?

Cuba CARPUT COVER! Dengan servis kami, anda boleh dapatkan 5-8 harga insurans untuk kereta anda dari syarikat yang berbeza dalam hanya 2 minit sahaja! Harga pun terbaik!

Compare Harga Insurans Malaysia
http://cover.carput.my/

1800-1800-10 Scroll to Top