Insurans Kereta : Apa Itu NCD (No-Claim Discount)?

Insurans Kereta : Apa itu NCD (No-Claim Discount)?

apa itu NCD?

NCD (No Claim Discount) adalah diskaun yang diberi kepada anda oleh pihak insurans sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tahun yang lalu.

Sebagai contoh, anda beli kereta pada tahun 2020. Sekiranya anda tidak melakukan tuntutan ke atas insurans anda untuk kemalangan, anda akan diberikan NCD pada tahun 2021 untuk pembaharuan insurans.

Jumlah diskaun NCD ini diberikan antara 25%-55% bergantung kepada berapa lama anda tidak melakukan tuntutan. Lagi lama, lagi tinggi diskaun.

Dan NCD ini juga ditentukan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dan setiap syarikat diwajibkan ikut.

Kadar NCD insurans di Malaysia

Di Malaysia, kadar NCD adalah berbeza untuk kenderaan persendirian dan kenderaan komersil/motorsikal. Untuk kenderaan persendirian, diskaun maksima yang diberikan adalah sehingga 55% manakala untuk kenderaan komersil/motosikal hanya sehingga 25% diskaun.

Malaysia No Claim Discount (NCD) Rate
 

Nak semak berapa NCD kereta anda yang terkini, anda boleh semak secara atas talian di CARPUT COVER. Ianya adalah percuma! Hanya perlu masukkan beberapa maklumat kereta anda dan anada akan dapat lihat berapa nilai NCD semasa anda.

Lindungi NCD anda Daripada Tuntutan Kecil

Sungguhpun kereta anda dilindungi insurans, tapi tidak semestinya anda perlu buat tuntutan untuk segala jenis kerosakan kenderaan kereta anda. Apatah lagi sekiranya kerosakan yang terlibat adalah kerosakan kecil.

Sebaikya, lakukan sedikit kira-kira terlebih dahulu untuk mengira kos pembaikan vs penjimatan NCD yang bakal anda hilang. Sebagai contoh :

Kos Pembaikan Kereta : RM600
NCD terkini kereta : 55%
Harga insurans tahunan : RM1,200

Sekiranya anda lakukan tuntutan insurans untuk baiki kerosakan RM600 kereta anda, tahun hadapan anda akan perlu bayar harga insurans tanpa sebarang diskaun (RM1,200) berbanding harga dengan diskaun (RM540).

READ  Insurans Kereta : Beza Agreed Value vs Market Value

Dan anda perlukan 5 tahun untuk dapatkan kembali nilai NCD 55% anda! Amatlah rugi!

Carput Cover Banner insurance

Namun, tidak semua jenis tuntutan insurans menghilangkan NCD anda. Dalam sesetengah kes, anda masih mampu mengekalkan NCD kereta. Misalnya :

Kemalangan Bukan Salah Anda – Sekiranya anda dapat buktikan yang anda tidak bersalah, bukan punca berlakunya kemalangan (harus dibuktikan di dalam laporan polis), anda boleh lakukan tuntutan insurans pada kereta pesalah dan NCD anda tidak akan terusik.

Penggantian Cermin Kereta – Sekiranya anda ada insurans tambahan untuk perlindungan cermin kereta, anda boleh lakukan tuntutan tanpa mengakibatkan NCD anda hilang. Namun sekiranya anda tiada insurans tambahan untuk cermin kereta, ada masih boleh buat tuntutan, namun NCD kereta anda akan kembali kepada 0% tahun hadapan.

Fakta Mengenai NCD Kereta

Beberapa fakta lain yang perlu anda tahu mengenai NCD kereta anda.

1. NCD terikat pada individum bukan kereta – Anda boleh pindahkan NCD dari kereta A kepada kereta B, tapi anda tak boleh pindahkan kepada orang laing.

2. NCD anda terpakai untuk semua syarikat – Sekalipun anda tukar dari syarikat insurans A ke syarikat insurans B, NCD tetap akan diberikan dan nilainya adalah tetap berdasarkan jadual.

3. NCD hilang sekiranya dituntut pihak ketiga – Meskipun anda tidak buat sebarang tuntutan, NCD anda boleh hilang sekiranya ianya dituntut oleh pihak ketiga. Namun tuntutan pihak ketiga hanya boleh dibuat apabila anda dibuktikan bersalah oleh pihak penguatkuasa.


Insurans anda hampir tamat tempoh? Gunakan servis renew insurans anda dengan CARPUT COVER! Bandingkan 5-8 harga insurans daripada syarikat berbeza dalam 2 minit dengan sistem kami. Cuba sekarang!

Compare Insurance Carput Cover

1800-1800-10 Scroll to Top