insurans cermin kereta

Insurans Cermin Kereta : Berapa Perlu Bayar?

Apa itu insurans Cermin kereta?

Insurans cermin (windscreen) kereta adalah insurans tambahan (add-on) yang boleh dibeli secara tambahan ke atas insurans tahunan kereta anda. Insurans cermin ini merangkumi perlindungan ke atas cermin depan, belakang, cermin pintu sisi serta cermin sunroof (yang original). Sekiranya sunroof anda adalah modifikasi tambahan, ia tidak dilindungi.

Kebiasaannya, cermin yang selalu mengalami kerosakan adalah cermin hadapan kenderaan. Apabila ia dipandu laju di atas lebuhraya, serpihan batu kecil dah cukup untuk menyebabkan retakan serius pada cermin.

Dengan perlindungan insurans cermin kenderaan, anda tidak perlu risau akan masalah sebegini. Tuntutan insurans ke atas cermin kenderaan tidak akan menyebabkan NCD tahunan anda dikurangkan.

Penggantian Cermin Kereta Adalah Mahal!

Bergantung pada jenis dan model kenderaan anda, kos menggantikan cermin kereta adalah dari RM1,000 – RM30,000!

Jadi sekiranya anda dapatkan perlindungan cermin kereta, tidak perlu lah anda sakit kepala apabila cermin anda mengalami kerosakan. Namun, adalah penting untuk anda pastikan jumlah perlindungan anda mencukupi! Takut dah bayar insurans cermin, rupanya jumlah caruman tak cukup.

Tak pasal-pasal kena tambah duit pula untuk cukupkan. Dalam masa yang sama, tak perlu lah terlebih bayar pula. Bayar pada kadar yang cukup cukup sahaja.

Jadi, berapa banyak perlu saya bayar untuk insurans cermin kereta saya?

Secara amnya, kos yang anda bayar adalah 15% daripada jumlah perlindungan caruman insurans cermin anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda mendapatkan perlindungan insurans cermin sehingga RM1,000, harga insurans yang anda perlu bayar adalah RM150 sahaja.

Untuk rujukan berapa perlidungan insurans yang anda perlu bayar untuk kereta anda, boleh rujuk disini >> Harga Penukaran Cermi Depan Kereta 

Carput Cover Banner insurance

Tips Insurans Cermin Kereta Yang Perlu Anda Tahu

1. Mana nak beli? – Bila anda  perbaharui insurans kereta, anda boleh dapatkan insurans cermin kereta anda secara ‘add-on’. Namun sekiranya anda ingin tambah kemudian, juga boleh asalkan insurans am kereta anda masih hidup.

READ  Insurans Kereta : Apa itu NCD (No-Claim Discount)?

2. Berapa kali boleh saya tuntut? – Anda boleh lakukan tuntutan seberapa banyak kali selagi had maksima caruman tidak habis digunakan. Untuk perlindungan RM1,000, nak claim RM250 sebanyak 4 kali pun tak ada masalah.

3. Insurans termasuk penggantian filem tint/sensor? – Sebagaimana jawapan awal kami tadi, sekiranya perlindungan anda mencukupi, anda boleh lakukan tebusan untuk penggantian tint/sensor di cermin kereta.


Dapatkan insurans kereta anda pada harga terbaik di portal kami CARPUT COVER. Kami menyediakan harga dari 5-8 syarikat insurans di bawah 2 minit, yang sesuai untuk kereta anda!

Compare Insurance Carput Cover

1800-1800-10 Scroll to Top