Bateri Kereta Kong? Macam Mana Nak Buat

Bateri Kereta Kong? Macam Mana Nak Buat

Pernah tak anda berdepan dengan masalah bateri kereta kong?

Dah siap-siap nak pergi kerja atau keluar rumah, tiba-tiba kereta tak boleh start. Dah satu hal nak kena cari nombor telefon pomen. Kalau siang, ok lagi. Kalau kena waktu malam? Atau pagi subuh? Bengkel pun dah tutup. Dah kena cancel tak jadi keluar.

Kami kongsikan dengan anda, beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghidupkan semula bateri kereta kong anda untuk sementara waktu (tapi ingat, penyelesaian ini mungkin hanya sementara).

Bateri kereta murah CARPUT

Cara Hidupkan Semula Bateri Kereta Kong

1. Periksa Sambungan Terminal Bateri

Benda pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk memeriksa sambungan terminal bateri. Pastikan sambungan terminal bateri berada dalam keadaan baik dan bersambung dengan sempurna. Anda mungkin boleh cuba untuk cuba menggerakkan atau memusingkan sedikit sambungan terminal untuk memastikan sambungannya sempurna.

Pastikan anda mematikan suis dan mencabut kunci kereta ketika melakukan aktiviti ini.

2. Bersihkan Terminal Bateri

Kadangkala, ‘serbuk putih’ akan terhasil di terminal sambungan bateri. Bersihkan bateri daripada serbuk ini bagi memastikan aliran elektrik yang lebih efisien.

Pastikan anda mematikan suis dan mencabut kunci kereta ketika melakukan aktiviti ini.

3. Lakukan ‘Jumpstart’

Lakukan ‘jumpstart’ pada bateri anda sekiranya anda mempunyai peralatan yang diperlukan. Dapatkan bantuan daripada rakan atau jiran berdekatan untuk melakukan ‘jumpstart’.

Selain daripada turutan pemasangan kabel, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum melakukan ‘jumpstart’.

  • Pastikan kapasiti bateri kereta penderma lebih besar daripada bateri kereta anda (sekiranya rendah, litar pintas mungkin berlaku)
  • Sekiranya anda memandu Proton, elakkan sebarang ‘jumpstart’ (mampu merosakkan ECU kereta sekiranya tersalah cara)
  • Biarkan enjin anda hidup 10-30 minit untuk pengecasan bateri berlaku
  • Untuk kereta yang sarat dengan elektronik, dapatkan bantuan pakar
READ  Bateri Kereta Mati : Boleh Jumpstart atau Perlu Tukar?

Baca cara-cara lakukan jumpstart kereta

Punca Bateri Kereta Kong?

1. Telah Sampai Tamat Tempoh

Tahukah anda, purata hayat bateri kereta kering (Free Maintenance) adalah sekitar 1.5-2 tahun sahaja. Anda bertuah sekiranya bateri kereta anda mampu bertahan lebih lama daripada itu.

Namun sekiranya ia kong lebih awal, jangan lupa untuk tuntut waranti. Sesetengah syarikat menyediakan khidmat waranti bateri kereta sehingga 18 bulan! (psst waranti bateri Amaron CARPUT 18 bulan tau…)

Car Battery Price Malaysia 2020

2. Terlupa Tutup Lampu / Tutup Pintu Kereta

Salah satu masalah yang kerap mengakibatkan bateri kereta kong adalah terlupa tutup lampu atau pintu kereta.

“Eh, kenapa pintu kereta?”

Apabila pintu kereta tidak ditutup rapat, sensor kenderaan akan menjadi aktif. Sensor yang aktif ini boleh mengakibatkan bateri kereta kong sekiranya ia dibiarkan dalam tempoh masa yang lama.

3. Alternator Tidak Mengecas Bateri

Salah satu masalah lain adalah alternator kereta. Alternator kereta berfungsi sebagai alat pengecas untuk bateri anda apabila kenderaan berjalan. Apabila alternator kereta rosak, bateri tidak dicas, mengakibatkan bateri kereta kong.

Sekiranya alternator bermasalah, ‘jumpstart’ juga tidak akan menyelesaikan masalah anda. Alternator tidak mengecas bateri kereta anda, mengakibatkan kereta anda mampu dihidupkan untuk hanya seketika waktu dan akan mati kembali beberapa minit kemudian. Anda disarankan untuk menghubungi panel insurans kenderaan untuk tunda kenderaan anda ke bengkel / pusat servis berdekatan.

(psst CARPUT juga ada sediakan servis tunda kenderaan tau…)

Carput Technician Battery

Tanda-Tanda Bateri Kereta Kong

1. Lampu Kereta Malap

Lampu kenderaan mula malap daripada biasa apabila bateri kereta lemah.

2. Enjin Kereta Lebih Susah Dihidupkan

Apabila enjin kereta cuba dihidupkan, ia akan lebih susah dihidupkan dan mengeluarkan bunyi ‘cranking’.

3. Penghasilan Serbuk Putih di Terminal

Ya. Serbuk putih yang kami nasihat untuk dibersihkan tadi, merupakan salah satu tanda bateri kereta anda dah nak kong.

1800-1800-10 Scroll to Top