Bateri Kereta Mati : Boleh Jumpstart Atau Perlu Tukar?

Bateri Kereta Mati : Boleh Jumpstart atau Perlu Tukar?

Pernah alami masalah kereta tiba-tiba tak boleh start sebab masalah bateri mati? Kami yakin, majoriti pemilik kereta pernah melalui situasi ini paling tidak sekali seumur hidup. Sebab jangka hayat bateri kereta susah dijangka, jarang menunjukkan tanda-tanda yang jelas apabila perlu diganti. Tahu-tahu, kereta dah tak boleh dihidupkan.

Kini anda tiba kepada persoalan kedua, bateri ni boleh jumpstart dan terus dipakai atau perlu ditukar? Kami bantu anda buat ujian DIY anda sendiri.

Kenapa Bateri Kereta Boleh Mati / Kong?

Ada 2 punca utama yang perlu anda faham kenapa bateri kereta anda mati :

  1. Bateri Dinyahcas (discharge)
  2. Bateri Rosak

Penting untuk anda faham 2 punca ini bagi memastikan sama ada bateri kereta anda masih boleh digunakan atau perlu ditukar. Kami terangkan terlebih dahulu untuk pemahaman anda.

Aplikasi delivery bateri malaysia carput

Kenapa Bateri Boleh Dinyahcas (discharge) ?

Apa maksud bateri dinyahcas ni? Seperti anda tahu, fungsi bateri adalah sebagai alat penyimpanan tenaga elektrik. Sepertimana bateri telefon pintar anda, cas bateri akan berkurangan apabila digunakan. Ia juga dikenali sebagai State of Charge (SOC).

SOC 100% = 12V+

Masalah paling kerap yang menyebabkan bateri dinyahcas adalah :

  • Lama tak hidupkan kereta
  • Lupa tutup lampu kereta
  • Berlaku kebocoran electric (current leakage)

Keadaan ini boleh menyebabkan SOC bateri susut ke voltage yang tidak cukup untuk menghidupkan bateri kereta. Mungkin cukup tenaga untuk menghidupkan lampu, dasboard dan wiper, tapi tidak cukup untuk menghidupkan enjin kereta.

Kenapa Bateri Boleh Rosak?

Yang ini faktornya sangat banyak. Boleh jadi asid dalam bateri rosak, plate dalam bateri rosak, faktor cuaca, bateri kotor dan sebagainya. Dan nilai untuk mengetahui kondisi bateri adalah State of Health (SOH).

READ  Bateri Kereta Basah vs Kering, Mana Lebih Bagus?

Tanpa alatan yang betul seperti ‘battery tester’, adalah susah untuk anda kenalpasti keadaan bateri yang rosak.

Namun, ada cara yg mudah.

Battery tester

Cara Kenalpasti Bateri Masih Boleh Pakai Atau Perlu Tukar Tanpa Sebarang Alat

Sekarang untuk anda kenalpasti sama ada bateri kereta anda masih boleh digunakan atau perlu diganti, anda boleh cuba cara-cara berikut :

Langkah 1 : Jumpstart kereta anda.
Langkah 2 : Biarkan enjin hidup untuk 30 minit – 45 minit (untuk pengecasan semula bateri)
Langkah 3 : Matikan enjin dan cuba hidupkan semula.

Sekiranya enjin boleh dihidupkan, berkemungkinan bateri anda hanya dinyahcas dan masih boleh digunakan.
Sekiranya enjin gagal dihidupkan, berkemungkinan bateri anda rosak dan perlu diganti baru.

Faktor-faktor lain yang anda perlu ambil kira juga termasuk usia bateri kereta anda. Jangka hayat bateri kebiasannya adalah 1.5-2 tahun, jadi sekiranya usia bateri anda telah selama itu, berkemungkinan bateri anda perlu diganti.

Namun ketahuilah, cara yang paling tepat adalah dengan menggunakan battery tester untuk mendapatkan nilai SOC, SOH bateri kereta anda.

CARPUT Rating & Testimony

Sekiranya anda memerlukan bateri kereta, anda boleh cuba servis CARPUT. Kami menawarkan servis hantar & pasang bateri kereta ke rumah secara PERCUMA!

Talian bebas tol : 1800-1800-10
Laman web : https://carput.my
Muat turun aplikasi : http://onelink.to/carput

1800-1800-10 Scroll to Top