Tips Memilih Bateri Kereta Terbaik

Tips & Panduan Lengkap Memilih Bateri Kereta Terbaik

Kalau nak dibandingkan, terlalu banyak jenama bateri kereta yang ada di pasaran. Dan sudah tentu, setiap jenama ada cara tersendiri untuk menjadikan bateri mereka unik. Tapi sebagai pengguna, jenama apa yang patut kita pilih? Nak buat pemilihan berdasarkan faktor apa? Dalam artikel ini, kami kongsi dengan anda tips memilih bateri kereta terbaik untuk anda.

1. Jenis Bateri Kereta

Di Malaysia, ada 2 jenis bateri iaitu bateri basah dan bateri kering (free maintenance).

Tetapi anda jangan tersilap, walaupun nama popularnya adalah bateri kering, bateri ini masih dibuat menggunakan cecair. Bateri kering yang betul-betul kering, kos nya amatlah mahal maka boleh kata amat susah untuk dijumpa di Malaysia. Bezanya? Bateri kering ini tidak perlu penyelenggaraan berkala sepertimana bateri basah.

Boleh pakai saja untuk setahun lebih sehinggalah ia rosak tanpa perlu mengisi air. Boleh baca disini untuk perbandingan bateri basah vs bateri kering.

2. Spesifikasi Bateri Kereta

Untuk ini, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan membaca kod bateri. Setiap saiz bateri ada spesifikasi yang berbeza. Sebagai contoh untuk bateri kereta Saga:

Bateri A : NS60R (46B24R)
Bateri B : NS60R (55B24R)

NS60/24 itu merujuk kepada dimensi saiz bateri (lebar, panjang, tinggi) manakala 46B/55B merujuk kepada spesifikasi bateri. Lebih tinggi nombornya, lebih tinggi spefikasi bagi bateri tersebut (CCA, AH, RC).

Dan secara teorinya, bateri dengan spesifikasi yang lebih tinggi, memberikan prestasi yang lebih baik.

Spesifikasi bateri kereta

3. Jaminan Waranti Bateri Kereta

Pemilihan berdasarkan jenama agak susah. Ada yang kata jenama A lebih tahan daripada B. Tapi kemudian, ada pula yang kata jenama B dia pakai lebih tahan lama berbanding jenama A. Jadi kalau anda tanya kami, nak mudah kita beli bateri yang tawarkan jaminan waranti yang panjang.

READ  Bateri Kereta AGM Khas Untuk Kereta Eropah

Kenapa waranti penting? Kerana untuk bateri kereta, sekiranya ianya didapati rosak di dalam tempoh waranti, syarikat bateri akan menggantikan bateri anda secara ‘one-to-one’. Sekiranya anda beli bateri dengan waranti 18 bulan tapi bateri rosak pada bulan ke 17, anda bakal mendapat sebiji bateri yang baru. Sekiranya anda bernasib baik, bateri baru itu boleh bertahan lagi setahun dua.

Runner Bateri Kereta Delivery

Sebab itu, ianya penting untuk anda pilih bateri dengan waranti yang panjang. Tapi anda kena tahu, waranti yang dimaksudkan adalah sekiranya bateri tersebut rosak. Sekiranya anda terlupa tutup lampu, kereta tak hidup sehingga 2-3 minggu, alternator kereta anda rosak, ini semua adalah keadaan di mana bateri tersebut telah ternyah-caj bukan daripada masalah bateri.

Dalam keadaan ini, bateri baru tidak akan diberikan, sebaliknya ia hanya perlu dicaj semula.

Di CARPUT, anda boleh dapatkan bateri sehingga 18 bulan waranti pada harga yang murah!

4. Prosedur Tuntutan Waranti Bateri Kereta

Adalah penting untuk anda tahu prosedur tebusan waranti bateri kereta yang anda beli. Yang ini bukan bergantung pada jenama bateri, tetapi bergantung pada kedai / syarikat yang anda beli bateri itu tadi.

Sekiranya anda beli bateri daripada kedai yang hanya beroperasi daripada jam 9 Pagi – 6 Petang, anda hanya boleh menuntut waranti bateri anda pada waktu perniagaan mereka.

Sekiranya anda beli bateri daripada kedai yang tutup pada hari Ahad, sudah tentu anda perlu tunggu sehingga hari Isnin apabila kedai tersebut dibuka beroperasi semula.

Dan sekiranya anda beli bateri daripada kedai yang tidak buat servis penghantaran, berkemungkinan besar anda perlu menghantar semula bateri tersebut ke kedai untuk urusan tuntutan waranti.

READ  Semak Bacaan Voltan Bateri Kereta Yang Baik

Battery warranty claim

Sebab itu bukan sahaja bateri itu penting, kedai yang anda beli turut harus diambil kira.

Di CARPUT, kami beroperasi dari 7 Pagi hingga 11.30 Malam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa sehari pun kami cuti. Selain itu, kami turut membuat servis penghantaran dan pemasangan secara PERCUMA, anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Jadi selagi kami masih beroperasi, anda boleh lakukan panggilan dan dapatkan bantuan secara PERCUMA ke tempat anda.

Sekiranya bateri anda bermasalah, kami akan datang dan gantikan bateri anda dengan bateri sementara untuk kegunaan anda. Bateri yang diambil itu tadi akan dibawa pulang untuk proses pengesahan / tuntutan waranti daripada pihak kilang. Sekiranya bateri baru dan bateri anda digantikan dengan bateri baru, anda ada 30 hari untuk datang ke cawangan kami untuk proses tuntutan.

Dan lebih baik lagi, anda tidak perlu menyimpan sebarang resit untuk tuntutan waranti daripada kami. Segala rekod anda disimpan di dalam sistem kami!

Bateri kereta mati

1800-1800-10 Scroll to Top