Bengkel, Pusat Servis Tutup : Mana Nak Beli Bateri Kereta?

Bengkel, Pusat Servis Tutup : Mana Nak Beli Bateri Kereta?

PKP : Bengkel & Pusat Servis Kereta Tidak Dibenarkan Beroperasi

Disebabkan berlakunya pandemik COVID-19 di Malaysia, kita sedia maklum dengan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Bukan sahaja pergerakan rakyat, bergantung pada fasa PKP, pelbagai jenis perniagaan tidak dibenarkan untuk beroperasi, termasuk bengkel dan pusat servis kenderaan.

Hal ini menyebabkan beberapa kesukaran kepada pemilik kereta, terutama sekali sekiranya kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan disebabkan oleh masalah bateri kereta. Dengan jarak pemanduan pengguna yang lebih pendek berbanding sebelum ini, hal ini sekaligus menyebabkan jangka hayat bateri kereta menjadi lebih pendek!

Hal ini sekaligus menimbulkan masalah kepada rata-rata pemilik kenderaan.

Kereta masih perlu digunakan untuk bekerja, tapi kalau bateri mati, macam mana nak hidupkan kereta? Mana nak beli bateri?

Mana Nak Beli Bateri Kereta Semasa PKP?

Jangan risau, untuk pengetahuan anda, service bantuan kerosakan kenderaan (roadside assistance) adalah tergolong di dalam kategori essential service. Dalam erti kata lain, anda masih boleh membeli bateri kereta anda daripada penyedia servis bantuan kerosakan kenderaan ini.

Tak lain dan tak bukan, anda boleh beli bateri kereta anda melalui aplikasi bantuan kerosakan #1 di Malaysia, CARPUT.

Aplikasi delivery bateri malaysia carput

Melalui aplikasi Carput, pembelian bateri kereta anda jadi lebih mudah! Anda boleh :

  • Buat perbandingan harga bateri kereta (3-5 jenama bateri kereta)
  • Pembelian bateri dengan servis penghantaran dan pemasangan ke pintu rumah
  • Bantuan pantas dalam 35 minit
  • Pilihan bateri dengan perlindungan waranti sehingga 24 bulan
  • Simpanan rekod waranti bateri di dalam aplikasi telefon

Lawati laman web Carput : https://carput.my/
Muat turun aplikasi Carput : http://onelink.to/carput

Tips Penjagaan Bateri Kereta Sewaktu Tempoh PKP

Tahukah anda, bateri kereta anda mempunyai jangka hayat yang lebih pendek apabila kereta tidak banyak dipandu/dipandu dengan jarak pemanduan yang pendek-pendek. Mengapa perkara ini boleh berlaku?

READ  Kereta Tak Boleh Start? - 5 Punca Berserta Penyelesaian!

Bateri kereta anda mempunyai 2 fungsi utama :

  1. Menghidupkan enjin kereta
  2. Mengaktifkan sistem penggera kereta

Disebabkan fungsi (2), sekiranya anda tinggalkan kereta anda untuk satu tempoh yang panjang (2 minggu – 1 bulan), bateri kereta anda akan mati. Caj bateri kereta habis digunakan oleh sistem penggera kereta.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk kerap menghidupkan enjin kenderaan bagi mengelakkan masalah bateri kong. Menghidupkan enjin selamat 15-20 minit seminggu sekali kebiasaannya sudah cukup untuk memastikan bateri anda dalam kondisi yang baik.

Tips bateri kereta PKP

Kenapa Perlu Hidupkan Enjin Kereta Untuk Jaga Kondisi Bateri?

Sebagaiaman telefon pintar anda, bateri kereta juga perlu dicaj semula setelah digunakan. Namun, untuk bateri kereta, ianya tidak dicaj dengan charger seperti telefon anda. Bateri kereta anda dicaj semula oleh alternator.

Setiap kali kereta anda dihidupkan, antara 8-15% caj daripada bateri anda digunakan. Caj yang digunakan ini tadi, akan dicaj semula oleh alternator kereta. Disebabkan ini lah anda disarankan untuk biarkan enjin hidup 15-20 minit bagi memastikan alternator cukup mengecas semula bateri kereta anda.

“Kenapa kereta saya selalu dipandu, tapi bateri kong cepat masa PKP ni.”

Sekiranya kereta anda sering dipandu dalam jarak yang pendek, alternator kereta tak sempat nak mengecaj semula bateri kereta anda dengan penuh. Kami berikan anda satu contoh situasi :

Anda pandu kereta anda setiap minggu. Namun anda hanya memandu sejauh 2-3KM (5-10 minit setiap perjalanan).

Sekiranya setiap kali anda menghidupkan kereta anda, 8% caj bateri digunakan untuk hidupkan kereta. Disebabkan anda hanya memandu jarak yang dekat, alternator hanya sempat mengecaj semula 7% caj bateri anda. Hanya dengan satu destinasi (pergi dan balik), bateri kereta anda kehilangan 2% caj yang tidak dicaj semula.

READ  Bateri Kereta Tahan Berapa Lama?

Maka lama kelamaan, bateri kereta anda menjadi lebih singkat jangka hayatnya berbanding kereta yang sering dipandu jarak yang lebih jauh (20-30 minit pemanduan).


Sekiranya anda memerlukan bateri kereta, gunakan servis CARPUT untuk bantuan pantas dengan servis hantar & pasang ke rumah PERCUMA! Semak harga bateri untuk kereta anda DISINI.

1800-1800-10 Scroll to Top