Berapa-lama-bateri-kereta-boleh-tahan

Bateri Kereta Tahan Berapa Lama?

Sebagai pemilik kenderaan, pasti anda tertanya biasanya bateri kereta tahan berapa lama? Sudah tentu ada dikalangan anda yang tidak mahu bateri kereta mati secara mengejut. Lebih-lebih lagi mati pada saat-saat genting. Jadi, hari ini kami kongsikan dengan anda jangka hayat kebiasaan untuk bateri kereta.

Namun anda kena tahu terdapat beberapa jenis bateri kereta di pasaran :
1. Bateri Basah
2. Bateri Kering (Maintenance Free)
3. Bateri EFB
4. Bateri AGM

Perbezaan antara bateri basah dan bateri kering boleh baca disini. Manakala bateri jenis EFB ini adalah bateri yang digunakan untuk kereta dengan sistem idle start-stop. Dan yang terakhir, bateri AGM. Lebih terkenal dengan kereta-kereta continental seperti Mercedes, BMW, Audi dan lain lain.

Ketahanan setiap bateri adalah berbeza-beza. Bagi bateri basah, kering dan EFB, bateri jenis ini kebiasaannya mampu bertahan antara 1-1.5 tahun bergantung pada penggunaan dan penyelenggaraan yang dilakukan. Manakala untuk bateri AGM, bateri jenis ini boleh bertahan sehingga 5-6 tahun, berpadanan dengan harganya yang bermula dari RM900 sebiji bateri!

Tapi, kenapa ada yang boleh pakai bateri biasa sehingga 3 tahun lamanya?

Aplikasi delivery bateri malaysia carput

Faktor Yang Mempengaruhi Usia Bateri

1. Jarak Perjalanan Kereta

Setiap kali kereta dihidupkan, dianggarkan lebih kurang 10% cas bateri digunakan untuk menghidupkan kenderaan. Cas yang hilang ini kemudian dicas semula oleh alternator kenderaan apabila enjin berjalan. Sekiranya anda kerap melakukan perjalanan-perjalanan pendek, bateri ini tadi tidak sempat dicas semula oleh alternator kereta.

Dan apabila bateri kereta anda kerap kali gagal dicas sepenuhnya, ia bakal menjejaskan kondisi bateri tersebut. Kereta yang kerap dipandu untuk perjalanan yang panjang, bateri kereta tersebut berkemungkinan untuk tahan lebih lama berbanding kereta yang dipandu untuk perjalanan pendek.

READ  Servis Penghantaran Bateri Kereta Penang

2. Kondisi Alternator Kereta

Salah satu faktor yang boleh menjejaskan usia bateri adalah kondisi alternator kereta anda. Voltan pengecasan alternator yang baik adalah sekitar 14v ke atas (untuk kereta Toyota, 13.5v ke atas). Dan bacaan ini perlu diambil dengan bebanan elektronik penuh, radio, aircond dan lampu hidup. Sekiranya bacaan lebih rendah daripada bacaan yang kami nyatakan, ini bermaksud alternator tidak berfungsi dalam keadaan baik.

Alternator kereta yang tidak berfungsi dalam keadaan baik akan menyebabkan pengecasan yang tidak optimum pada bateri kereta. Lebih lama masa yang diperlukan untuk mengecas bateri kereta. Umpanya, anda menggunakan pengecas 1A untuk telefon pintar anda sedangkan telefon anda menggunakan pengecas 2.1A. Baca mengenai bacaan voltan alternator dan bateri yang baik di sini.

3. Penggunaan Elektronik Tambahan

Penggunaan sistem android (entertainment system), sistem gps, perakam video (dashcam) juga sedikit sebanyak menggunakan bateri kereta (apabila enjin mati) dan alternator kereta (apabila enjin hidup).

Namun, tidaklah kami kata bahawa penggunaan elektronik ini tidak boleh, akan tetapi anda perlu lebih cakna dengan perubahan yang dilakukan dan pengecasan penuh harus dipastikan terhadap bateri kereta bagi mengekalkan usia bateri kereta agar tahan lebih lama. Sesetengah pemilik kereta yang tambah sistem bunyi kereta, mereka akan menaiktaraf bateri kepada saiz yang lebih besar untuk menampung penggunaan voltan komponen tersebut. (menaiktaraf saiz bateri perlu disertakan dengan penaiktarafan tapak bateri kereta)

4. Cuaca Persekitaran

Bateri kereta dinegara sejuk semestinya mampu bertahan lebih lama berbanding kita di Malaysia. Ini adalah kerana, cuaca panas di Malaysia menyebabkan berlakunya penyejatan terhadap air di dalam bateri kereta. Dan anda perlu faham, bateri kereta diperbuat daripada campuran air dan asid, bukan 100% asid. Cuaca tadi menyebabkan komposisi air dan asid berubah akibat penyejatan!

READ  Simbol Bateri Menyala, Masalah Bateri atau Alternator?

Apabila air bateri tersejat, maka cas bateri pun berkurangan dan dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan bateri kereta anda rosak. Sekiranya boleh, pastikan kereta anda di parkir di bahagian yang teduh.

5. Sambungan & Keadaan Terminal Bateri

Proses hakisan berlaku pada terminal bateri kereta akibat daripada proses pengecasan dan nyah-cas yang berlaku secara berkala. Untuk sesetengah kenderaan yang lebih kritikal, akan terdapat habuk habuk putih yang terhasil pada terminal bateri kereta akibat proses ini. Oleh itu, ia perlu dibersihkan bagi memastikan sambungan terminal adalah ketat dan cemerlang bagi memastikan pengaliran tenaga elektrik yang optimum.

6. Kondisi Bateri Kereta

Bateri kereta perlu berada dalam keadaan yang bersih. Bateri kereta yang kotor akibat kotoran-kotoran tertentu boleh menyebabkan berlakunya kebocoran elektrik (current leakage). Kami telah melakukan ujikaji kami sendiri terhadap kondisi bateri kereta yang kotor yang boleh menyebabkan berlakunya current leakage di video ini :


Sekiranya anda perlukan bateri baru, kami di CARPUT ada menyediakan servis hantar & pasang bateri kereta secara PERCUMA ke lokasi anda. Ya, anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja! Harga bermula dari RM179 sahaja! Tempah sekarang di www.carput.my atau muat turun aplikasi kami.

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
1800-1800-10 Scroll to Top