Start Kereta Bunyi Tak Tak Tak? Ini Puncanya

Tiba-tiba kereta taknak start, bila pulas kunci keluar bunyi tak tak tak / tik tik tik? Kereta anda mengalami masalah ini?

Sebagaimana pemilik kereta yang lain, sudah tentu kita ingin tahu punca masalah kereta kita. Andai kata boleh dibaiki sendiri, boleh kita baiki sendiri. Tapi sekiranya tak boleh, paling-paling pun, tidak lah bengkel / pusat servis boleh tipu kita untuk baiki komponen yang masih berfungsi dengan baik. Betul?

Dalam kes ini, ada 2 punca utama kenapa kereta anda berbunti tak tak tak / tik tik tik bila anda cuba start.

1. Bateri Kereta Kong

Berdasarkan pengalaman kami, 9 daripada 10 masalah bila kereta berbunyi tak tak tak / tik tik tik adalah disebabkan bateri kereta kong. Sama ada pemilik kereta terlupa tutup lampu kereta, lama tak start kereta atau bateri memang dah sampai masa untuk diganti.

Sekiranya bateri masih baru (<1 tahun), anda mungkin boleh cuba jumpstart kereta dahulu. Pastikan anda ikuti langkah-langkah jumper bateri kereta yang betul untuk elakkan masalah litar pintas.

Car Battery hand

Tapi sekiranya bateri kereta anda sudah agak lama (>1.5 tahun), besar kemungkinan bateri anda perlu diganti. Untuk bateri yang dah berusia, bateri berkemungkinan menjadi lemah dan tidak mampu dicaj dengan efisien. Sekalipun anda sudah jumper bateri, 3-5 hari kemudian masalah sama akan berulang.

“Bateri kereta saya masih baru, tapi bila jumper pun tak boleh. Kenapa ya?”

Ada 2 kemungkinan.

A) Bateri Rosak (faulty)

Kebiasaannya, setiap bateri diberikan waranti minima 1 tahun atau 25,000 KM. Sekiranya bateri masih di bawah 1 tahun dan jarak pemanduan anda kurang daripada 25,000 KM, anda boleh tuntut waranti untuk bateri kereta anda. Pergi semula ke bengkel / pusat servis / kedai anda beli bateri kereta tersebut untuk urusan menuntut waranti. Pastikan juga anda masih simpan resit pembelian untuk tuntutan waranti.

READ  Bateri Kereta Mati : Boleh Jumpstart atau Perlu Tukar?

Sekiranya anda membeli bateri dari CARPUT, kami akan hantar juruteknik ke rumah anda untuk urusan waranti. Sekiranya bateri memang bermasalah, penggantian ‘1-to-1’ akan dilakukan serta merta tanpa sebarang bayaran. Anda juga tak perlu mengemukakan resit pembelian, segala rekod pembelian disimpan di dalam sistem dan boleh dimuat turun melalui aplikasi CARPUT.

Car Battery Price Malaysia 2020

b) Bateri Terlalu Kong (flat)

Kes seperti ini berlaku apabila anda terlupa tutup lampu atau dah lama tak start kereta sehingga 3-4 minggu. Apabila bateri terlalu flat (0-5%), plat plumbum (lead plate) di dalam bateri mempunyai kemungkinan yang besar untuk rosak. Hal ini menyebabkan bateri rosak lebih awal dari tarikh yang sepatutnya meskipun masih baru. Dalam keadaan ini, anda memerlukan ‘battery tester’ untuk memastikan sama ada bateri kereta anda masih boleh digunakan atau tidak. Battery tester akan memaparkan nilai ‘State Of Health’ (SOH), yang menentukan sama ada bateri masih boleh digunakan atau tidak.

Battery Tester

“Kereta tak start lama pun, bateri boleh kong ke?”

Ya. Bateri kereta masih digunakan untuk sistem penggera kereta (alarm). Untuk bateri yang masih dengan kondisi yang baik, bateri mungkin boleh bertahan 7-10 hari tanpa dihidupkan. Tapi untuk bateri yang dah berusia, 3 hari tak start kereta pun dah boleh menyebabkan bateri kong.

Sekiranya anda memerlukan bateri kereta baru, anda boleh dapatkan bateri baru dengan CARPUT. Kami menyediakan servis penghantaran dan pemasangan bateri ke rumah secara PERCUMA. Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja, yang mana harga dipaparkan termasuk harga trade-in bateri lama anda.

Carput-Consultation-HiriArtboard-3

2. Starter Rosak

Masalah yang mungkin terjadi juga disebabkan bunyi tak tak tak / tik tik tik mungkin berpunca daripada starter kereta.

READ  Harga Bateri Kereta Malaysia 2022 | Hantar & Pasang Percuma!

Akan tetapi, masalah ini lebih berkemungkinan terjadi untuk kenderaan yang dah lebih 5 tahun. Untuk kenderaan baru, kemungkinan untuk starter anda rosak adalah sangat tipis.

Untuk starter, adalah lebih rumit untuk anda kenalpasti kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kerosakan.

“Lampu, radio saya masih boleh hidup. Kira bateri ok, masalah starter lah kan?”

Tak juga. Voltan yang diperlukan untuk menghidupkan lampu dan radio adalah rendah. Manakala voltan untuk hidupkan kereta adalah tinggi. Jadi sungguhpun anda boleh hidupkan lampu dan radio kereta, tak bermakna bateri anda masih dalam keadaan yang baik. Berkemungkinan ianya masih ada caj untuk hidupkan lampu dan radio, tapi tak cukup untuk hidupkan enjin kereta.

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT

1800-1800-10 Scroll to Top