Car dashboard sign

Maksud Lampu Dashboard Kereta – 10 Simbol Utama

Salah satu lampu dashboard tiba-tiba menyala dan anda tak tahu apa maksudnya? Jangan risau. Tak semua orang hafal setiap satu maksud simbol-simbol yang ada di dashboard kereta. Namun, adalah penting untuk anda kenalpasti dan faham erti simbol yang menyala bagi mengenalpasti sama ada ianya masalah kecil atau besar.

Jadi hari ini, kami kongsikan 10 Simbol Utama Lampu Dahsboard Kereta anda.

Untuk pengetahuan anda, applikasi CARPUT mempunyai fungsi di mana anda boleh lihat kesemua 16 simbol lampu dashboard kereta yang ada, berbanding 10 simbol yang ditulis di dalam artikel ini. Muat turun sekarang.

Car dashboard sign

1. Simbol Helikopter

Ini merupakan simbol untuk masalah yang melibatkan enjin kereta anda. Antara kemungkinan masalah yang bakal dihadapi kemungkinan bunyi enjin yang luarbiasa atau kereta tidak bergerak dengan lancar.

Atau ia juga boleh disebabkan masalah sensor kenderaan itu sendiri. 

Sekiranya terjadi, pastikan anda terus hantar untuk pemeriksaan. Lebih baik untuk ditunda bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih besar.

2. Simbol Jin Botol Aladin

Ini menandakan masalah minyak enjin.

Terdapat 3 punca simbol ini menyala, sama ada suhu terlalu tinggi, tekanan rendah, mahupun minyak di enjin di paras rendah. Minyak enjin yang kurang boleh menyebabkan masalah suhu tinggi yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah enjin.

Sekiranya boleh, tambah minyak enjin secepat mungkin. Pastikan minyak diisi pada paras yang sepatutnya.

3. Steamboat

Nampak macam piring steamboat, tapi simbol ini menandakan brek kereta anda.

Kebiasaannya, ia akan menyala apabila brek tangan anda ditarik.  Namun sekiranya brek tangan telahpun diturunkan tapi simbol masih menyala, lakukan pemeriksaan pada minyak brek. Atau ia mungkin boleh berlaku atas sebab kerosakan sensor itu sendiri.

READ  Hotline / Nombor Telefon Syarikat Insurans Kereta Malaysia

4. Robot Kenyit Mata

Simbol ini bukan menandakan kondisi bateri kereta semata ya. Jangan silap. Simbol ini menandakan masalah pada sistem pengecasan kenderaan.

Boleh jadi masalah alternator tidak mengecaj dengan berkesan, bateri kereta dah lemah atau masalah pada kabel pengecasan tu sendiri. Apabila alternator tidak berfungsi dengan baik, kereta berjalan bergantung sepenuhnya pada bateri. Dan ini menyebabkan bateri habis dengan begitu cepat, lantas kereta boleh mati ketika memandu.

Salah satu cara nak menguji alternator adalah dengan cara mencabut terminal negatif bateri ketika enjin sedang hidup. Sekiranya enjin mati, alternator kereta anda bermasalah.

Namun sekiranya bateri kereta anda bermasalah, dapatkan bateri kereta anda dengan CARPUT. Kami hantar & pasang ke lokasi anda secara percuma. Cuma bayar harga bateri je. 

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT

5. Samurai 

Mudah, anda hanya perlu memakai tali pinggang keledar. 

6. Sate Celup

Yang ini bahaya. Ia menunjukkan bahawa enjin kereta anda berada dalam suhu yang tinggi. Suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin kereta.

Masalah-masalah yang boleh berlaku biasanya melibatkan radiator/kipas radiator. Sekiranya simbol ini menyala, pastikan anda berhentikan kereta di tempat yang selamat, matikan enjin dan buka bonet hadapan kenderaan.

7. Pemandu Mabuk

Simbol ini menandakan ‘traction control’.

Dalam erti kata lain, geseran antara kereta dengan permukaan jalan. Kebiasaannya hidup apabila anda memandu di atas jalan licin. Ia merupakan simbol untuk anda pandu dengan perlahan bagi mengelakkan daripada terbabas. 

8. Cawan Kopi Ekspresso

Simbol ini lebih popular untuk kereta-kereta moden. Ia menandakan yang tayar kereta anda berada pada tekanan yang rendah. 

Turun dan pastikan sendiri keadaan tayar anda. Sekiranya masih selamat untuk memandu, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk pengepaman semula. Sekiranya tidak, tukar ke tayar ganti untuk pandu ke stesen minyak berdekatan.

READ  Jenama Bateri Kereta Terbaik 2021?

Memandu dengan tayar pancit mampu merosakkan rim kereta.

9. Pam Minyak

Tanpa perlu sebarang penjelasan, pastikan minyak anda sentiasa di paras yang baik.

Memandu dengan minyak berkelip adalah amalan yang amat ditegah dan merbahaya.

10. Aksi Akrobatik

Sekiranya kereta anda menggunakan diesel, simbol ini merujuk pada masalah ‘glow plug’.

Kenderaan Diesel menggunakan pemampapan dan suhu untuk pembakaran. Glow Plug ini berfungsi untuk menaikkan suhu dan sekiranya ia menyala, kemungkinan terdapat masalah padanya atau sistem komputer yang mengawalnya.


Sekiranya anda mempunyai masalah kereta tak boleh nak dihidupkan, CARPUT sedia membantu. Kami boleh bantu anda untuk melakukan diagnosis ke atas masalah anda. Dan sekiranya ianya sejenis masalah yang boleh diselesaikan secara ‘on-site’, kami akan terus hantarkan bantuan ke lokasi anda.

1800-1800-10 Scroll to Top