Jangan Memandu Dengan Minyak Berkelip, Bakal Rosakkan Kereta

Jangan Memandu Dengan Minyak Berkelip, Bakal Rosakkan Kereta

Apa perkara pertama yang anda buat sebaik sahaja anda nampak meter minyak berkelip? Ada beberapa jenis pemandu yang boleh kita kasifikasikan dalam kes ini.

Ada jenis pemandu yang terus mencari stesen minyak berdekatan. Kalau atas highway, sanggup exit.
Ada juga jenis pemandu yang tak pernah kenal erti minyak berkelip. Asal tinggal 1 bar saja, terus isi penuh.

Tapi,

Ada juga jenis pemandu yang bila minyak berkelip, kalau boleh dia nak bawa kereta sampai tangki minyak kering. Baru nak isi.

Anda golongan yang mana? Sekiranya anda tergolong dalam golongan yang ke 3, ketahuilah anda adalah golongan yang merisikokan kereta anda sendiri! Tabiat ini harus terus diubah segera.

Mesti anda akan kata,

“Eleh setiap kereta ada reserve tank lah. Bila minyak berkelip, masih boleh jalan 30-40KM.”

Kami akan terangkan bagaimana tabiat buruk anda ini bakal mengakibatkan kerosakan kepada Fuel Pump anda.

Apa Itu Fuel Pump

Sebelum tu, anda perlu tahu dulu apa itu fuel pump. Fuel pump berfungsi sebagai alat yang mengepam bahan api (petrol/diesel) ke enjin kenderaan. Sesetengah kenderaan, apabila anda hidupkan suis kereta, anda akan dapat dengan fuel pump anda berfungsi mengepam minyak ke enjin untuk anda hidupkan enjin. Tanpa fuel pump, kereta anda tidak akan dapat bergerak.

Jangan Memandu Dengan Minyak Berkelip, Bakal Rosakkan Kereta

Bagaimana Memandu Dengan Minyak Berkelip Rosakkan Fuel Pump?

Apabila anda memandu dengan lampu minyak berkelip, bererti anda memandu dengan tangki minyak yang minima. Jadi apa kesannya kepada kereta anda?

1. Berlaku Geseran Berlebihan pada Fuel Pump

Minyak petrol yang ada di dalam tangki minyak juga berfungsi sebagai minyak ‘pelincir’ untuk fuel pump. Apabila minyak berada di paras yang rendah, fuel pump berfungsi tanpa minyak sebagai pelincir. Ini menjadikan terdapat geseran yang lebih berlaku di fuel pump.

READ  Tyre Air Pressure - The Common Mistakes

Akibat daripada geseran tersebut, fuel pump akan rosak lebih cepat.

2. Fuel Pump Menjadi Panas

Selain menjadi pelincir, minyak juga menjadi bahan penyejuk untuk fuel pump. Apabila minyak pada paras yang rendah, sebahagian besar fuel pump tidak terendam di dalam minyak, berbanding tangki yang lebih terisi. Ini sekaligus menyebabkan suhu fuel pump menjadi sedikit tinggi daripada biasa.

Dan fuel pump menjadi lebih terdedah kepada kerosakan berbanding fuel pump yang beroperasi di dalam tangki minyak penuh.


Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda memastikan yang anda tidak terlalu kerap memandu dengan lampu minyak berkelip.

Sedarlah bahawa tindakan anda itu, tidak membantu anda menjimatkan penggunaan minyak. Sebaliknya, anda bakal menyusahkan diri sendiri apabila tiba-tiba kereta mati sewaktu memandu. Malah, anda terpaksa mengeluarkan kos lebih lagi untuk khidmat towing dan menggantikan fuel pump baru.

Bateri kereta murah CARPUT

1800-1800-10 Scroll to Top