Semak Bacaan Voltan Bateri Kereta Yang Baik

Semak Bacaan Voltan Bateri Kereta Yang Baik

Pernah tak anda pergi ke bengkel atau pusat servis, kemudian mekanik yang servis kereta anda datang kepada anda dan nyatakan bahawa bateri anda sudah perlu diganti. Sesetengah bengkel yang mungkin mempunyai peralatan yang lebih canggih, mereka akan ‘print‘ dan tunjukkan sekali % bateri kereta anda.

Tapi, tahukah anda bagaimana cara yang dilakukan mekanik tersebut untuk memastikan kondisi bateri anda? Kerana kekeliruan yang sering terjadi adalah bila masalah bateri disalah tafsir akibat keadaan alternator yang tidak baik.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kepastian sendiri, bagaimanakah caranya untuk anda memastikan maklumat yang diberikan oleh mekanik berkenaan adalah benar? Ada caranya. Kami akan bantu anda untuk anda lakukan diagnosis anda sendiri. Namun untuk anda mengambil bacaan bateri kereta anda, anda memerlukan sebuah multimeter (voltmeter) atau sekurang-kurangnya sebuah ‘in-car charger‘ yang dilengkapi dengan fungsi ini.


Alatan dah ada? Mari kita teruskan dengan langkah seterusnya! Kami akan bantu anda untuk memastikan beza masalah bateri atau masalah alternator kenderaan anda.

Bacaan Voltan Bateri Kereta : Baik vs Lemah

Apabila anda mengambil bacaan bateri kereta, ada 3 jenis bacaan berbeza yang perlu anda ambil.

1. Volt Ketika Enjin Mati
2. Volt Ketika Enjin Hidup
3. Volt Ketika Enjin Hidup + Bebanan

Kenapa perlu ambil 3 bacaan berbeza?
https://theautovehicle.com/

1. Bacaan Volt Ketika Enjin Mati

Bacaan pertama (Volt Ketika Enjin Mati) adalah untuk mengenalpasti kondisi bateri. Bateri kereta yang normal mempunyai caj 12V. Sekiranya bacaan bateri adalah kurang, ia bermaksud bateri anda dalam keadaan lemah. NAMUN, ini tidak bermaksud bateri anda perlu ditukar. Bateri kereta anda mungkin lemah atas sebab-sebab lain seperti terlupa tutup lampu, alarm hidup sepanjang malam mahupun alternator anda sudahpun tidak berfungsi dengan sempurna.

READ  Harga Bateri Kereta Malaysia 2022 | Hantar & Pasang Percuma!

Masalah bateri akibat terlupa tutup lampu atau alarm hidup itu boleh diselesaikan dengan ‘jumpstart’ kereta anda dan biarkan enjin hidup selama 30-45 minit untuk mengecaj semula bateri kereta anda. Setelah tempoh tersebut, matikan semula enjin dan semak bacaan bateri anda sekali lagi untuk memastikan sama ada bateri tersebut telah dicaj dan berada dalam keadaan yang baik.

Bacaan Positif
Bateri dalam keadaan cemerlang. 

Bacaan Negatif
Bateri dalam keadaan lemah. Semak bacaan kedua untuk mengetahui keadaan alternator.

Car Battery Price Malaysia 2020

2. Volt Ketika Enjin Hidup

Fungsi alternator adalah untuk mengecaj bateri kereta anda. Sekiranya alternator anda gagal mengecaj bateri kereta dengan baik, membeli bateri baru hanya akan membazirkan wang anda. Masalah yang sama akan berulang.

Atas sebab itu, anda akan teruskan dengan mengambil bacaan kedua (Volt Ketika Enjin Hidup). Pastikan bacaan alternator anda di dalam julat (rujuk gambarajah) yang baik. Sekiranya ia berada di paras yang tidak baik, bererti alternator anda bermasalah dan perlu dibaiki. Namun sekiranya bacaan masih baik, anda perlu teruskan dengan bacaan seterusnya.

Bacaan Positif
Dapatkan bacaan dengan bebanan.

Bacaan Negatif
Alternator tidak mengecaj bateri dengan sempurna. Perlu dibaiki.


3. Volt Ketika Enjin Hidup + Bebanan

Apa beza bacaan ketiga (Volt Ketika Enjin Hidup + Bebanan) dengan bacaan sebelum ini? Dalam bacaan ketiga, anda perlu sertakan bebanan dengan menghidupkan Lampu Kereta, Radio dan Penghawa Dingin. Sesetengah mekanik yang kurang pengalaman, sering terlupa untuk mengambil bacaan ketiga ini. Mengambil bacaan tanpa bebanan tidak mencukupi kerana realitinya, kita semua memandu kereta setiap hari dengan kesemua bebanan ini.

Oleh itu adalah wajar untuk anda dapatkan bacaan voltan bateri dengan bebanan. Sekiranya volt jatuh di bawah paras selamat, berkemungkinan besar alternator anda perlu dibawa ke bengkel atau pusat servis untuk dibaiki. Namun sekiranya ia kekal di paras yang selamat, ini bererti alternator anda berfungsi dengan cemerlang.

READ  Bateri Kereta Basah vs Kering, Mana Lebih Bagus?

Bacaan Positif
Alternator dalam keadaan cemerlang. Tiada masalah.

Bacaan Negatif
Alternator tidak mengecaj bateri dengan sempurna. Perlu dibaiki.


Sungghupun begitu, ingin kami jelaskan bahawa rujukan ini hanya boleh dilakukan secara am. Sesetengah kenderaan dengan sistem elektronik yang kompleks dan canggih berkemungkinan mempunyai bacaan yang berbeza dan memerlukan mekanik untuk di diagnosis. Selain alternator, masalah belting juga berpotensi untuk menyebabkan bacaan voltan tidak pada paras yang baik.

1800-1800-10 Scroll to Top