Cara Pindah NCD Kereta A Ke Kereta B

Cara Pindah NCD Kereta A ke Kereta B

Jimat Duit anda dengan Pemindahan NCD kereta.

Sekiranya anda tidak tahu, NCD insurans kereta anda adalah terikat pada individu, bukan kereta anda. Jadi sekiranya anda menjual kereta anda, anda masih mampu kekalkan kadar NCD anda.

Ada 2 sebab utama kenapa anda nak pindahkan NCD dari kereta A ke kereta B.

1. Anda Beli Kereta Baru Yang Lebih Mahal

Anda bercadang untuk dapatkan kereta baru, kereta yang lebih selesa. Namun, anda masih ingin mengekalkan kereta lama anda, Sebagai nilai sentimental mengimbau kenangan lama.

Disinilah anda ingin pindahkan NCD dari kereta lama kepada kereta baru.

Kenapa? Kerana penjimatan yang anda dapat daripada nilai insurans kereta baru adalah lebih banyak berbanding kereta lama. Sungguhpun NCD terikat pada nama anda, namun sekiranya anda hanya mempunyai 1 kereta, kereta ke 2 perlu bermula semula dari 0%.

2. Kereta B (Lebih Mahal) Telah Lakukan Tuntutan Insurans

Anda mempunyai 2 biji kereta, namun kereta anda yang lebih mahal terlibat dalam kemalangan dan anda lakukan tuntutan ke atas insurans kereta anda. Pada kes begini lah anda ingin memindahkan NCD daripada kereta anda yang insurans tahunannya lebih murah.

Sebagai contoh :

Anda memiliki sebuah Honda Civic dan sebuah Perodua Myvi dengan 55% NCD pada kedua-dua kenderaan. Honda Civic anda ini tadi kemudiannya terlibat dalam kemalangan dan anda lakukan tuntutan insurans untuk perbaiki. Jadi bagi menjimatkan insurans anda, anda boleh pindahkan NCD Myvi (55%) anda kepada kereta Civic (0%) anda.

Maka jimatlah anda untuk pembaharuan insurans pada tahun akan datang.

Jadi sekiranya anda mempunyai lebih daripada 1 kereta, jadilah sedikit peka untuk anda peroleh penjimatan berganda.

Namun, NCD cuma boleh dipindahkan sekiranya pemilik kereta di bawah nama yang sama sahaja ya. Pemilik kereta nama lain, tak boleh dan tidak diterima.

READ  Hotline / Nombor Telefon Syarikat Insurans Kereta Malaysia

Berapa Banyak Boleh Saya Jimat Pindahkan NCD?

Persoalan seterusnya, berapa banyak boleh anda jimat? Mari kami lakukan sedikit kira-kira untuk anda :

Bayangkan anda mempunyai kereta Myvi berusia 6 tahun, dan anda bercadang untuk membeli Honda Civic baru. Namun, anda tidak mahu menjual Myvi anda :

Insurans Myvi : RM800
Insurans CivicĀ  : RM4,000

Tanpa melakukan pemindahan NCD, anda akan membayar :

Insurans Myvi : RM360 (55%)
Insurans Civic : RM4,000 (0%)

Harga premium insurans : RM4,360

Manakala sekiranya anda lakukan pemindahan NCD :

Insurans Myvi : RM800 (0%)
Insurans Civic : RM1,800 (55%)

Harga premium insurnas : RM2,600

Jumlah penjimatan dengan pemindahan NCD = RM1,760

Jadi, pilihan yang agak jelas untuk anda lakukan pemindahan NCD pada kereta anda. Ada ejen yang lakukan segalanya untuk anda dengan caj serendah RM30 je!

Cara Pindah NCD : Penjimatan Pindah NCD

Langkah-Langkah Pindahkan NCD Kereta

1. Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti salinan Mykad dan maklumat bank akaun anda.

2. Pergi ke cawangan syarikat insurans/takaful untuk kereta anda yang sedia ada.

3. Isikan borang yang diberikan untuk lakukan penebusan.

4. Kebiasaannya anda perlu lakukan pembayaran tambahan pada baki tempoh perlindungan insurans kereta anda secara pro-rata.

Carput Cover Banner insurance

5. Sediakan dokumen NCD anda yang telah diluluskan kepada syarikat kereta kedua untuk proses pemindahan.

ATAU, bayar sahaja servis ejen untuk uruskan segalanya untuk anda. Lebih mudah.


Insurans kereta anda dah tamat tempoh? Cuba gunakan servis CARPUT COVER ! Kami berikan harga 5-8 syarikat insurans untuk perbandingan anda dalam 2 minit, semua dihujung jari anda!

Compare Insurance Carput Cover

1800-1800-10 Scroll to Top