Harga Roadtax Kereta Malaysia

Harga Roadtax Kereta Malaysia 2021

Roadtax (cukai jalan) dan insurans kereta anda telah tamat tempoh? Setiap kenderaan berenjin di atas jalanraya di Malaysia wajib membayar roadtax dan dilengkapi dengan perlindungan insurans, sekurang-kurangnya insurans jenis 3rd party. Namun tahukan anda apakah faktor yang mempengaruhi harga roadtax kereta?

Faktor Pengiraan Harga Roadtax Kereta

Terdapat beberapa faktor yang diambil kira untuk menentukan berapa harga roadtax yang perlu anda bayar untuk kereta anda. Antara faktornya adalah :

  1. Kapasiti Enjin / Bateri Kereta
    Untuk kenderaan dengan enjin petrol/diesel, harga roadtax adalah bergantung kepada saiz enjin (CC) kereta. Lebih besar CC kereta anda, lebih banyak karbon yang dihasilkan, lebih mahal cukai yang anda perlu bayar.

    Manakala untuk kereta elektrik, harga roadtax anda ditentukan oleh saiz kapasiti bateri kereta elektrik (kWh). Lebih besar kapasiti, lebih mahal cukai yang dikenakan.

  2. Lokasi Kereta
    Harga roadtax juga berbeza untuk Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak serta Labuan/Langkawi/Pangkor.

    Kereta di Sabah & Sarawak membayar roadtax pada harga yang lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia. Ini adalah kerana infrastruktur jalan yang kurang baik berbanding semenanjung Malaysia.

    Manakala untuk Labuan/Langkawi/Pangkor harga roadtax yang dikenakan adalah separuh harga daripada roadtax kereta di Semenanjung Malaysia.

  3. Jenis Pemilikan Kereta
    Ya. Sekiranya kereta anda didaftarkan di bawah nama syarikat, kereta anda diklasifikasikan sebagai kereta komersil. Maka roadtax yang perlu anda bayar adalah lebih mahal berbanding roadtax kereta persendirian.

  4. MPV, SUV & Trak
    Kereta jenis ini jatuh dalam kategori non-saloon, dan roadtax yang dikenakan lebih mahal berbanding kereta sedan hatchback biasa.

Kini anda dah tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga roadtax kereta anda, kami kongsikan pula harga roadtax kereta anda untuk setiap kapasiti enjin kereta.

READ  Cara Pindah NCD Kereta A ke Kereta B
Compare Harga Insurans Malaysia
http://cover.carput.my

Harga Roadtax Kereta Semenanjung Malaysia 2021

Kapasiti Enjin (cc)Harga Roadtax
<1000RM20
1001 – 1200RM55
1201 – 1400RM70
1401 – 1600RM90
1601 – 1800RM200 – RM280
1801 – 2000RM280 – RM380
2001 – 2500RM381 – RM880
2501 – 3000RM882 – RM2130
>3001> RM2134

Harga Roadtax Kereta Syarikat/Komersil 2021

Kapasiti Enjin (cc)Harga Roadtax
<1000RM20
1001 – 1200RM110
1201 – 1400RM140
1401 – 1600RM180
1601 – 1800RM400 – RM560
1801 – 2000RM561 – RM760
2001 – 2500RM763 – RM2260
2501 – 3000RM2267 – RM6010
>3001> RM6023

Harga Roadtax Kereta SUV/MPV/Trak 2021

Kapasiti Enjin (cc)Harga Roadtax
<1000RM20
1001 – 1200RM85
1201 – 1400RM100
1401 – 1600RM120
1601 – 1800RM300 – RM360
1801 – 2000RM361 – RM440
2001 – 2500RM441 – RM840
2501 – 3000RM841 – RM1641
>3001> RM1650
1800-1800-10 Scroll to Top