Roadtax (cukai jalan) dan insurans kereta anda telah tamat tempoh? Setiap kenderaan berenjin di atas jalanraya di Malaysia wajib membayar roadtax dan dilengkapi dengan perlindungan insurans, sekurang-kurangnya insurans jenis 3rd party. Namun tahukan anda apakah faktor yang mempengaruhi harga roadtax kereta?
Faktor Pengiraan Harga Roadtax Kereta
Terdapat beberapa faktor yang diambil kira untuk menentukan berapa harga roadtax yang perlu anda bayar untuk kereta anda. Antara faktornya adalah :
- Kapasiti Enjin / Bateri Kereta
Untuk kenderaan dengan enjin petrol/diesel, harga roadtax adalah bergantung kepada saiz enjin (CC) kereta. Lebih besar CC kereta anda, lebih banyak karbon yang dihasilkan, lebih mahal cukai yang anda perlu bayar.
Manakala untuk kereta elektrik, harga roadtax anda ditentukan oleh saiz kapasiti bateri kereta elektrik (kWh). Lebih besar kapasiti, lebih mahal cukai yang dikenakan. - Lokasi Kereta
Harga roadtax juga berbeza untuk Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak serta Labuan/Langkawi/Pangkor.
Kereta di Sabah & Sarawak membayar roadtax pada harga yang lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia. Ini adalah kerana infrastruktur jalan yang kurang baik berbanding semenanjung Malaysia.
Manakala untuk Labuan/Langkawi/Pangkor harga roadtax yang dikenakan adalah separuh harga daripada roadtax kereta di Semenanjung Malaysia. - Jenis Pemilikan Kereta
Ya. Sekiranya kereta anda didaftarkan di bawah nama syarikat, kereta anda diklasifikasikan sebagai kereta komersil. Maka roadtax yang perlu anda bayar adalah lebih mahal berbanding roadtax kereta persendirian. - MPV, SUV & Trak
Kereta jenis ini jatuh dalam kategori non-saloon, dan roadtax yang dikenakan lebih mahal berbanding kereta sedan hatchback biasa.
Kini anda dah tahu faktor-faktor yang mempengaruhi harga roadtax kereta anda, kami kongsikan pula harga roadtax kereta anda untuk setiap kapasiti enjin kereta.

Harga Roadtax Kereta Semenanjung Malaysia 2021
Kapasiti Enjin (cc) | Harga Roadtax |
---|---|
<1000 | RM20 |
1001 – 1200 | RM55 |
1201 – 1400 | RM70 |
1401 – 1600 | RM90 |
1601 – 1800 | RM200 – RM280 |
1801 – 2000 | RM280 – RM380 |
2001 – 2500 | RM381 – RM880 |
2501 – 3000 | RM882 – RM2130 |
>3001 | > RM2134 |
Harga Roadtax Kereta Syarikat/Komersil 2021
Kapasiti Enjin (cc) | Harga Roadtax |
---|---|
<1000 | RM20 |
1001 – 1200 | RM110 |
1201 – 1400 | RM140 |
1401 – 1600 | RM180 |
1601 – 1800 | RM400 – RM560 |
1801 – 2000 | RM561 – RM760 |
2001 – 2500 | RM763 – RM2260 |
2501 – 3000 | RM2267 – RM6010 |
>3001 | > RM6023 |
Harga Roadtax Kereta SUV/MPV/Trak 2021
Kapasiti Enjin (cc) | Harga Roadtax |
---|---|
<1000 | RM20 |
1001 – 1200 | RM85 |
1201 – 1400 | RM100 |
1401 – 1600 | RM120 |
1601 – 1800 | RM300 – RM360 |
1801 – 2000 | RM361 – RM440 |
2001 – 2500 | RM441 – RM840 |
2501 – 3000 | RM841 – RM1641 |
>3001 | > RM1650 |