Kapten CARPUT

Kapten CARPUT – Team Khidmat Pelanggan

Bagi korang yang pernah hubungi CARPUT, inilah wajah hensem disebalik suara call center CARPUT.

Keperluan pelanggan adalah keutamaan tugas Kapten dalam team khidmat pelanggan. Tugas-tugas Kapten ini bukan mudah sebab situasi yang ditangani di atas talian tidak dapat diduga. Tapi, Kapten kami sedar bahawa keselamatan dan kepuasan pelanggan adalah motivasi mereka.


Bertemulah dengan Kapten CARPUT Anda


Nama samaran: Kapten Ahmad.

Peribadi: Ramah dan selalu bersemangat menerangkan segala soalan yang ditanya.

Bahasa: Fasih dalam Bahasa Inggeris dan BM.

Syif kegemaran: Syif pagi sebab ‘No kopi, no life’.

Pengalaman #KaptenAhmad dalam bidang automotif sangat membantu beliau menasihati pelanggan yang memerlukan nasihat pasal kereta.


Nama samaran: Kapten Sasi.

Peribadi: Tetap sabar dalam situasi genting.

Bahasa: Bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil.

Syif kegemaran: Kami syaki Kapten Sasi adalah Batman.

#KaptenSasi berasal dari Seremban. Beliau tak pernah mengeluh penat walaupun berulang-alik dari Seremban dan Petaling Jaya untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai Kapten.


Nama samaran: Kapten Ivan

Peribadi: Mesra

Bahasa: Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Syif kegemaran: Fleksibel.

Sebelum ini, #KaptenIvan pandu Grab di Lembah Klang dan memang dah biasa terkandas di atas jalan. Ivan faham perasaan seseorang pemandu apabila tidak dapat meneruskan perjalanan dan beliau akan cuba sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan secepat mungkin.


Walaupun digelar Kapten Carput, individu yang bekerja disebalik tabir ini adalah insan biasa yang melakukan tugas seorang hero. Muat turun aplikasi CARPUT untuk mendapatkan servis yang cepat dan mudah!

READ  5 SPOT GEMPAK UNTUK LIHAT BUNGA API KUALA LUMPUR 2022
1800-1800-10 Scroll to Top