Blog, Tips Bateri Kereta
Tengah cari cara betul nak jumper bateri kereta anda yang kong? Jangan risau, CARPUT sediakan panduan bergambar untuk rujukan anda.

Adalah sangat penting untuk anda melakukan jumper bateri kereta dengan langkah-langkah yang betul. Sekiranya tersilap, anda boleh mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit, terutama sekali apabila ia mengakibatkan litar pintas pada komponen penting seperti TCU kereta. Lagi-lagi dengan kemajuan kereta-kereta yang dijual pada hari ini, lebih banyak komponen elektronik dalam kenderaan, lebih berisiko lah ia terdedah kepada bahaya.

Untuk anda lakukan jumper pada bateri kereta anda, anda memerlukan :
  1. Bateri Kong/Mati
  2. Kabel Jumper
  3. Kereta dengan bateri yang baik / bateri kereta yang baik / jumpstart powerbank
*PENTING : sekiranya anda mengunakan bateri / kereta dengan bateri, pastikan saiz bateri tersebut adalah sama/lebih besar daripada bateri anda

Ikuti langkah demi langkah, cara jumper bateri kereta yang betul yang disediakan oleh CARPUT. Namun sekiranya anda tidak yakin untuk lakukannya, boleh hubungi kami di talian 1800-1800-10. Juruteknik kami akan datang bantu anda lakukan jumpstart.

1. Matikan Enjin dan Suis Kedua-Dua Kenderaan

Pastikan kedua-dua kereta, kereta yang tidak boleh dihidupkan (kereta kong) dan kereta yang nak digunakan untuk jumper (kereta bantuan) telah dimatikan enjin dan suis elektronik. Nak lebih selamat, cabut kunci kenderaan daripada suis.

Langkah ini penting bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang litar pintas berlaku pada kereta bantuan.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

2. Sambungkan Jumper Kabel Merah Pada Terminal Positif Bateri Kereta Kong

Mulakan langkah penyambungan jumper kabel pada bateri kereta kong dahulu. Pastikan sambungan dilakukan pada terminal POSITIF bateri. Bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan kesilapan sambung jumper bateri, kami sarankan untuk anda gunakan kabel jumper MERAH = TERMINAL POSITIF, dan kabel jumper HITAM = TERMINAL NEGATIF.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

3. Sambungkan Jumper Kabel Merah Pada Terminal Positif Bateri Kereta Bantuan

Sekarang, lakukan sambungan jumper kabel MERAH tadi, pada terminal POSITIF bateri kereta bantuan. Kini, kedua-dua bateri kereta disambung pada terminal positif kenderaan.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

4. Sambungkan Jumper Kabel Hitam Pada Terminal Negatif Bateri Kereta Bantuan

Seterusnya, sambungkan kabel jumper hitam pada terminal negatif bateri kereta bantuan.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

5. Sambungkan Jumper Kabel Hitam Pada Terminal Negatif Bateri Kereta Kong

Berikutnya, anda boleh lengkapkan sambungan dengan cara menyambung pada terminal negatif bateri kereta kong. Dengan ini, anda mempunyai kenderaan yang telah lengkap disambungkan di antara kedua-dua kenderaan.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

6. Hidupkan Enjin Kereta Bantuan

Sambungan dah selesai, kini masanya untuk mengecas bateri kereta kong. Mulakan dengan menghidupkan enjin kereta bantuan terlebih dahulu. Biarkan enjin berjalan selama 3-5 minit untuk pengecasan berlaku pada bateri kereta kong.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

7. Hidupkan Enjin Kereta Kong

Dan sekarang, hidupkan enjin kereta kong tadi. Selesai!

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul





Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
Bagi urutan mencabut kabel jumper tadi, anda hanya perlu mencabut secara berlawanan turutan daripada turutan anda memasang jumper kabel tadi. Jika tadi kabel jumper terakhir yang anda pasang adalah kabel hitam pada kereta bantuan, untuk mencabut, kabel tersebut adalah kabel pertama yang perlu dicabut.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu selepas anda lakukan jumpstart :
  1. Pastikan enjin kereta berjalan selama 5-10 minit untuk tujuan pengecasan semula bateri oleh alternator.
  2. Sekiranya jumpstart gagal, kemungkinan bateri sudah tamat tempoh dan tidak boleh lagi digunakan.
  3. Sekiranya jumpstart berjaya, tetapi bateri gagal dihidupkan semula setelah dimatikan, berkemungkinan alternator rosak dan gagal mengecas kembali bateri kereta.
Infografik penuh : 

Langkah langkah jumpstart bateri kereta
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Persoalan utama yang biasa bermain difikiran apabila bateri kereta mati, nak ganti bateri kereta basah atau kering? Betul?

Untuk anda yang sedang mencari jawapan kepada persoalan ini, kami kongsikan informasi untuk anda membuat pilihan yang terbaik bagi kereta anda. Bateri kering dan bateri basah masing-masing mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Tapi sebelum kami bermula, kami kongsikan sedikit apa itu bateri basah dan bateri kering.

Apa Itu Bateri Basah?

Bateri basah adalah jenis bateri kereta yang memerlukan penyelenggaraan berkala, iaitu penambahan air suling (distilled water) ke dalam bateri. Air bateri perlu sentiasa dipastikan berada di tahap yang ditetapkan bagi mengelakkan ianya rosak. Kekerapan penambahan air suling bergantung pada cuaca dan penggunaan, di antara 4-6 minggu sekali.

Bateri kereta basah

Apa Itu Bateri Kering?

Bateri keringa atau juga dikenali sebagai bateri ‘Maintenance Free’ (MF) adalah sejenis bateri kereta yang tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan. Anda hanya perlu memastikan sambungan terminal disambung dengan baik, dan bateri tersebut boleh digunakan sehingga tamat hayatnya.

Bateri Kering Century Roadmaster

Anda dah tahu apa itu bateri kereta basah dan kering? Kini kami kongsikan kelebihan dan kekurangan bateri masing masing.

Kelebihan Bateri Basah

1. Mempunyai jangka hayat yang lebih panjang (sekiranya diselenggara dengan baik)
2. Harga jualan yang lebih murah

Kekurangan Bateri Basah

1. Memerlukan penyelenggaraan berkala (4-6 minggu sekali)
2. Bateri lebih berat

Kelebihan Bateri Kering

1. Tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan
2. Berat bateri lebih ringan

Kekurangan Bateri Basah

1. Harga yang lebih mahal (mahal RM30-40)
2. Jangka hayat (1-1.5 tahun)


Bateri Kereta Basah Atau Kering Sesuai Untuk Anda?

Sepertimana yang kami beritahu di awal artikel, hal ini bergantung kepada setiap pengguna. Bateri kereta basah sesuai untuk mereka yang cakna tentang keadaan kereta, dan sanggup meluangkan sedikit masa untuk menambah air suling ke bateri setiap 4-6 minggu sekali. Perlu diingat, sekiranya air bateri jatuh di bawah paras minima, bateri boleh rosak dan memerlukan penggantian bateri baru. Juga sesuai untuk mereka yang ingin berjimat.

Namun, sekiranya anda merupakan seorang yang pelupa, seorang yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara-perkara yang remeh terutama sekali penjagaan kereta, maka bateri kering adalah bateri yang paling sesuai untuk anda.

Car Battery Price Malaysia 2020

Dengan hanya menambah RM30-40 berbanding bateri basah, anda tidak perlu lagi memikirkan langsung perihal bateri kereta. Dan sekiranya anda bahagikan lebihan harga yang perlu anda bayar dengan jangka hayat bateri, anda hanya membayar lebih RM1.66/bulan (RM30/18 bulan) berbanding bateri basah yang memerlukan penambahan air suling berkala.



Anda ingin dapatkan bateri kering untuk kereta anda? Dapatkan bateri kereta kering dihantar terus ke tempat anda dalam 45 minit dengan CARPUT. CARPUT menyediakan servis penghantaran dan pemasangan bateri kereta PERCUMA. Cuma bayar harga bateri je.

Hubungi kami sekarang!

Car Battery & Bateri Kereta Malaysia
0

News

Bateri kereta tak boleh hidup? CARPUT sedia membantu!

CARPUT ialah satu aplikasi yang dicipta khas untuk memberi perkhidmatan bantuan yang cepat dan profesional untuk kerosakan kereta termasuk masalah bateri kereta.

Kenapa Nak Guna CARPUT?
1. Bateri kereta yang berkualiti tinggi
2. Hantar dan pasang PERCUMA dalam masa 30 minit
3. Harga akan dipaparkan sebelum confirm order. Tak perlu takut kena ketuk!


Talian Tol Bebas: 1800-1800-10


Muat turn aplikasi CARPUT: bit.ly/2emmgAC

carput, car breakdown app


Tak payah nak cari kedai bateri kereta!

Kami boleh hantar ke kawasan sekitar Georgetown dan Seberang Perai termasuk Balik Pulau, Bayan Lepas, Jelutong, Gelugor, Air Itam, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Butterworth, Bukit Mertajam, Perai dan banyak lagi.

Pomen CARPUT yang profesional dan berpengalaman luas akan hantar dan tukar bateri kereta baru di lokasi anda.

CARPUT telah membantu lebih daripada 15,000 kereta di KL, Penang dan JB.

tukar bateri kereta


Bateri Kereta Amaron – Bateri Kereta Yang Paling Tahan Lama!

amaron battery malaysia

Harga dari RM220

Perodua Myvi, Alza, Honda City – RM220

Proton Saga, Toyota Vios – RM230

Nak tahu harga bateri kereta anda?

> Muat turun aplikasi CARPUT untuk harga tetap: bit.ly/2emmgAC







Perlukan bantuan untuk bateri kereta anda di Penang?

Bayar untuk bateri kereta sahaja! Kami hantar dan pasang di lokasi PERCUMA! Call 1800-1800-10 sekarang atau buat pesanan dalam aplikasi CARPUT. Klik sini untuk muat turun aplikasi CARPUT: bit.ly/2emmgAC

0