Blog, Tips Penjagaan Kereta
Anda sedang memandu di Lebuhraya Persekutuan, dengan harapan dapat keluar dari kesesakan lalu lintas tidak lama lagi, dan tiba-tiba, kereta anda mati ketika memandu.

Mimpi buruk? Ya. Berbahaya? Sudah pasti.

Kami tidak mahu anda menjadi tajuk utama surat khabar esok. Hari ini kami kongsikan 3 sebab utama kereta tiba-tiba mati ketika memandu, beserta dengan langkah-langkah yang perlu anda lakukan apabila ianya terjadi kepada anda.

Sebab 1 : Bateri Kereta Mati / Kong


Bateri kereta rosak / mati / kong adalah salah satu sebab yang paling biasa berlaku di jalanraya.

Apabila bateri tidak melakukan tugasnya, alternator bekerja lebih keras untuk memastikan elektronik anda (termasuk sistem enjin anda) berjalan. Alternator yang terlalu banyak bekerja dalam satu tempoh yang panjang menyebabkan lebih banyak tekanan pada enjin kereta dan sebelum anda perasan, tiba-tiba kereta anda mati.

Bateri kereta yang baik biasanya mampu bertahan antara 1.5 hingga 2 tahun, lebih lama untuk bateri yang lebih berkualiti tinggi. Jadi perkara pertama yang perlu anda kenalpasti adalah, bilakah kali terakhir anda tukar bateri kereta? Sesetengah bengkel ada melakukan catatan bateri anda dipasang di atas bateri tersebut. Maka anda hanya perlu buka hood kereta dan semak sekiranya tarikh tersebut ada di tulis di atas bateri anda.



Sebab 2 : Alternator Rosak

Alternator rosak

Anda tahu apa fungsi alternator kereta? Apabila enjin anda berjalan, alternator mengecas bateri dan membekalkan kuasa elektrik tambahan untuk sistem elektronik kenderaan.

Kebiasaannya, orang akan keliru dengan hanya menukar bateri kereta, masalah kereta mati anda sudah dapat diselesaikan. Namun hakikatnya, bateri baru anda akan mati setelah beberapa minit digunakan oleh kerana alternator tidak berfungsi mengecas semula tenaga yang telah digunakan.

Salah satu tanda yang mampu anda kenalpasti adalah apabila lampu bateri pada dashboard kereta anda hidup.

Sebab 3 : Fuel Pump Rosak

Fuel Pump
Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak ke enjin. Apabila ianya gagal, kereta memang tidak akan dapat dihidupkan.

Sekiranya anda seorang yang peka, anda akan mampu mendengar bunyi fuel pump kereta anda berfungsi apabila anda memusing kunci kereta, sebelum menghidupkan enjin. Akan ada sedikit bunyi dengung selama beberapa saat. Itulah sebenarnya bunyi fuel pump kereta anda mengepam minyak ke bahagian enjin kereta untuk tujuan menghidupkan enjin.

Kerosakan begini, penyelesaian yang ada hanyalah untuk menggantikan fuel pump anda dengan yang baru. Tunda ke bengkel berdekatan dengan tempat anda. Anda boleh menggunakan khidmat syarikat insurans anda untuk ini. Servis tundaan adalah PERCUMA sekiranya anda menggunakan ‘first-party’ insurance.


Servis Hantar Pasang bateri kereta CARPUT
Bateri, alternator dan pam bahan api bukanlah satu-satunya penyebab apabila kereta anda mati semasa memandu. Kami telah menemui banyak kes yang disebabkan oleh pelbagai lagi sebab sebab yang lain.

Seperti biasa, anda sentiasa boleh menghubungi kami untuk kami berikan anda bantuan diagnosis percuma melalui telefon.

Muat turun aplikasi CARPUT hari ini !
0

Blog, Tips Penjagaan Kereta
Tahukah anda, 7 daripada 10 masalah kereta tidak boleh hidup adalah disebabkan oleh bateri kereta mati? Ya betul, masalah bateri kereta mati membelenggu ramai pemandu di Malaysia! Persoalannya, kenapa masalah ini berlaku?

Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan pengisian mengenai bateri kereta, termasuk :

i) Kenapa Bateri Kereta Adalah Punca Utama Kereta Tidak Boleh Hidup
ii) Tips memanjangkan jangka hayat bateri kereta
iii) Tanda-tanda bateri kereta nak mati
iv) Jenis-Jenis Bateri Kereta di Malaysia

Semoga perkongsian kami ini mampu menyelamatkan anda daripada masalah bateri kereta.

1. Kenapa Bateri Kereta Adalah Punca Utama Kereta Tidak Boleh Hidup

Terdapat beberapa punca utama kenapa bateri kereta menjadi masalah utama kereta tidak boleh dihidupkan. Antaranya adalah :

a) Perbezaan Jangka Hayat Bateri Kereta

Setiap jenama bateri kereta memberikan jaminan tempoh waranti yang berbeza. Sebagai contoh, jenama bateri seperti Amaron memberikan jaminan waranti sehingga 18 bulan, Century Roadmaster sehingga 15 bulan manakala jenama-jenama lain hanya untuk 12 bulan. Kualiti bateri daripada jenama yang berbeza-beza menyebabakan jangka hayat bateri itu sendiri berbeza dan tidak tetap.

Hal ini menyukarkan pemilik kenderaan untuk tahu bilakah waktu bateri kereta perlu diganti, melainkan ianya telahpun mati. Untuk melakukan pemeriksaan pula, pemilik kereta perlu menggunakan alatan seperti Multimeter Battery Tester atau Digital Voltage Meter, yang mana tak ramai pengguna ada alat tersebut.

Cara yang paling selamat adalah untuk ganti terus siap-siap, lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal melakukan pemanduan jarak jauh. Nak tunggu sampai bateri mati baru ganti? Save sahaja nombor CARPUT, 1800-1800-10 kami datang bantu.


b) Pemandu Tidak Cakna Usia Bateri Kereta

Secara purata, jangka hayat bateri kereta jenis ‘maintenance free’ adalah sekitar 1.5-2 tahun, bergantung kepada kenderaan dan penggunaan. Namun, cuba tanya pada diri sendiri, bila kali terakhir anda tukar bateri kereta? Kami yakin, 9 daripada 10 pemandu tidak ingat bila kali terakhir mereka ganti bateri kereta. Maka atas sebab itu, tiba-tiba lah masalah kereta tidak boleh dihidupkan oleh kerana masalah bateri terjadi pada mereka.

Meskipun kebiasaannya tarikh pemasangan bateri kereta anda ditulis di atas bateri kereta anda, kaedah yang terbaik adalah untuk catatkan tarikh akhir bateri kereta anda digantikan. Anda boleh lekatkan sekali maklumat ini di cermin hadapan kenderaan, sebagaimana tarikh akhir kenderaan anda diservis.

c) Kecuaian Pemandu

Selain masalah bateri itu sendiri, kadang-kadang masalah bateri kereta juga boleh berlaku akibat kecuaian kita sebagai pemandu. Terlupa matikan lampu kereta atau tutup pintu kereta tidak rapat. Sekiranya anda tersenyum, kemungkinan anda lah salah seorang yang pernah alaminya kan?

2. Tips Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Bateri kereta bukanlah murah. Maka tidak ramai yang suka sekiranya ianya perlu diganti lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya. Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips untuk anda pastikan jangka hayat bateri kereta anda dikekalkan sepanjang yang mungkin.

a) Kurangkan Pemanduan Jarak Pendek

Pemanduan jarak pendek menyebabkan bateri anda tidak dapat di caj sepenuhnya. Dalam jangka masa panjang, ini boleh memendekkan kapasiti dan jangka hayat bateri kereta. Sebaiknya, sesekali di hujung minggu, lakukan pemanduan jarak sederhana/jauh untuk kembali mengecaj sepenuhnya bateri kereta anda.

b) Lakukan Pemeriksaan Berkala

Lakukan pemeriksaan pada terminal dan kabel sambungan bateri kereta. Pastikan semuanya dalam keadaan baik.

c) Elakkan Penggunaan Alatan Elektronik Semasa Kereta Tidak Bergerak

Sistem elektronik seperti radio, penghawa dingin dan ‘in-car charger‘ bakal mengurangkan jangka hayat bateri kereta sekiranya terus digunakan sewaktu kereta tidak bergerak.


3. Tanda-Tanda Bateri Kereta Dah Nak Mati

a) Kereta Susah Dihidupkan

Tiba-tiba enjin kereta ‘cranking‘ lebih daripada biasa? Itu adalah salah satu tanda awal yang bateri kereta anda mungkin memerlukan penggantian. 

b) Lampu Kereta Lebih Malap

Sekiranya anda biasa memandu di waktu malam, anda mungkin boleh perasan perbezaan kecerahan lampu kereta anda. Sekiranya lebih malap daripada biasa, mungkin juga bateri anda sudah kekurangan kuasa.

4. Jenis-Jenis Bateri Kereta di Malaysia

Sekiranya anda tidak tahu jenis bateri kereta yang ada dijual di pasaran, ketahuilah anda tidak keseorangan. Ramai lagi pemandu di luar sana yang memandu kereta mereka tanpa mengetahui pengetahuan asas bateri kereta seperti ini. Tetapi hari ini, kami akan membantu anda untuk memahaminya!

Di Malaysia, terdapat 4 jenis bateri kereta yang popular :

a) Bateri Basah

Bateri jenis ini adalah bateri yang memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Anda perlu memastikan paras air bateri adalah di paras yang betul, iaitu di antara indikator ‘upper level‘ dan ‘lower level‘. Sekiranya air bateri kurang/lebih daripada paras yang sepatutnya, bateri boleh rosak dan mengakibatkan kereta tidak boleh dihidupkan.

Berapa kerap perlu anda lakukan pemeriksaan? Bergantung pada kekerapan penggunaan anda. Lebih kerap anda memandu, lebih kerap lah anda perlu lakukan pemeriksaan paras air bateri anda.

b) Bateri Kering (Maintenance Free)

Bateri kering atau nama sebenarnya, bateri ‘Maintenance Free‘ (MF) adalah sejenis bateri kereta yang tidak memerlukan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan. Ini memberikan anda lebih ruang untuk berfikir mengenai perkara-perkara yang lebih penting.

Dan atas sebab itu, harganya sedikit mahal berbanding bateri basah.

c) Bateri EFB (Enhanced-Flooded Battery)

Sekiranya anda memandu kenderaan yang mempunyai fungsi Start-Stop (kereta mematikan enjin secara automatik apabila tidak bergerak, dan menghidupkan kembali apabila brek dilepaskan) kereta anda memerlukan bateri jenis EFB! Kenapa?

Enjin anda menggunakan bateri lebih kerap berbanding kereta biasa. Bayangkan sahaja setiap kali anda berhenti di lampu isyarat, bateri kereta anda digunakan untuk fungsi ini. Dan dalam satu hari, berapa kerap anda berhenti di lampu isyarat? Bateri jenis EFB telah direka khas untuk fungsi ini. Hari ini, kita boleh lihat lebih banyak kenderaan mempunyai fungsi ini. Kenderaan tempatan seperti Myvi dan Bezza turut dijual dengan pilihan sistem ini.

d) Bateri AGM (Absorbent Glass Mat)

Bateri jenis AGM juga direka khas untuk kereta dengan sistem Start-Stop. Jadi apa bezanya dengan bateri EFB? Ianya adalah bateri premium yang mempunyai teknologi yang tinggi. Bateri AGM kebiasaannya digunakan untuk kereta yang berteknologi tinggi seperti Mercedez, BMW dan kenderaan-kenderaan mewah yang lain.

Menurut pengalaman beberapa pelanggan kami, bateri AGM mampu bertahan antara 3 hingga 5 tahun, bergantung pada penggunaan.

0

Blog
Pernah tak bila kita nak keluar dan hidupkan kereta, tiba-tiba kereta tak boleh hidup sebab bateri kereta mati? Padahal, semalam elok sahaja kenderaan dibawa pusing bandar. Sebenarnya, ada beberapa punca kenapa bateri kereta mati.

Punca Bateri Kereta Mati

1. Bateri Kereta Dah Tamat Tempoh

Tahukah anda, purata hayat bateri kereta jenis kering (Free Maintenance) adalah sekitar 1.5-2 tahun sahaja. Anda bertuah sekiranya bateri kereta anda mampu bertahan lebih lama daripada itu. Bergantung juga dengan penggunaan ya.

Namun sekiranya ia mati lebih awal, jangan lupa untuk tuntut waranti. Anda berhak mendapatkan penggantian ‘1-to-1’. Sesetengah syarikat menyediakan khidmat waranti bateri kereta yang panjangsehingga 18 bulan! (psst waranti bateri Amaron CARPUT 18 bulan tau…)

Car Battery & Bateri Kereta Malaysia

2. Terlupa Tutup Pintu Kereta / Lampu Kereta

Salah satu masalah yang kerap mengakibatkan bateri kereta mati adalah kerana terlupa tutup lampu atau pintu kereta.

“Eh, apa kena mengena dengan pintu kereta?”

Tahukah anda, apabila pintu kereta tidak ditutup rapat, sensor kenderaan akan menjadi aktif. Sensor yang aktif ini boleh mengakibatkan bateri kereta mati sekiranya ia dibiarkan dalam tempoh masa yang lama. Apatah lagi sekiranya sensor ni menghidupkan lampu dalam kereta. Lagi lah cepat bateri kereta tu mati.

3. Alternator Rosak

Salah satu masalah yang kerap dihadapi pemandu kereta adalah alternator kereta. Alternator kereta berfungsi sebagai alat pengecas untuk bateri anda apabila kenderaan bergerak. Apabila alternator kereta rosak, bateri kereta anda tidak dicas, mengakibatkan bateri kereta mati.

Sekiranya alternator bermasalah, ketahuilah ‘jumpstart’ tidak akan menyelesaikan masalah anda. Alternator tidak mengecas bateri kereta anda, mengakibatkan kereta anda mampu dihidupkan untuk hanya seketika waktu dan akan mati kembali beberapa minit kemudian. Penyelesaian yang terbaik adalah untuk menghubungi panel insurans kenderaan untuk tunda kenderaan anda ke bengkel / pusat servis berdekatan.

(psst CARPUT juga ada sediakan servis tunda kenderaan tau…)

Apa Perlu Buat Bila Bateri Kereta Mati

Langkah 1 : Bila Kali Terakhir Tukar Bateri Kereta

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk bertanya pada diri sendiri,
“Bila kali terakhir aku tukar bateri kereta?”
Sekiranya anda tak boleh nak ingat, boleh cuba buka ‘hood‘ kereta dan lihat pada bateri kereta. Kebiasaannya, mekanik akan menulis tarikh bateri kereta itu dipasang di atas bateri kereta tersebut.

Bateri Kereta Mati | Tarikh Bateri

Anda dinasahitkan untuk dapatkan bateri baru jika usia bateri telah melibihi 1.5/2 tahun. Namun sekiranya bateri anda masih baru (di bawah 1 tahun), besar kemungkinan bateri anda masih boleh digunakan. Boleh ke langkah berikutnya.

Langkah 2 : Periksa Sambungan Bateri 

Semak sambungan bateri kereta anda. Pastikan sambungan bateri disambung sepenuhnya pada terminal dan ianya diikat dengan ketat. Bersihkan terminal bateri sekiranya kotor/berhabuk.

Langkah 3 : Cuba Hidupkan Kenderaan

Cuba hidupkan kenderaan anda. Sekiranya gagal, cuba langkah seterusnya.

Langkah 4 : Lakukan ‘Jumpstart’

Untuk ini, pastikan anda melakukan dengan cara yang betul. Sekiranya silap, kemungkinan masalah yang lebih besar boleh berlaku seperti (fius terbakar, litar pintas dsb).

Juga, pastikan :

  • Pastikan kapasiti bateri kereta penderma lebih besar daripada bateri kereta anda (sekiranya rendah, litar pintas mungkin berlaku)
  • Sekiranya anda memandu Proton, elakkan sebarang ‘jumpstart’ (mampu merosakkan ECU kereta sekiranya tersalah cara)
  • Biarkan enjin anda hidup 10-30 minit untuk pengecasan bateri berlaku
  • Untuk kereta yang sarat dengan elektronik, dapatkan bantuan pakar

Baca Sini Untuk Cara-Cara Jumpstart Yang Betul

Dah Jumpstart, masih gagal kereta dihidupkan?

Langkah 5 : Dapatkan Bantuan Carput

Sekiranya anda dah cuba kesemua langkah namun masih gagal, boleh dapatkan bantuan dengan servis Carput. Carput menyediakan servis penghantaran dan pemasangan bateri kereta secara PERCUMA! Hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Mudah bukan? Tak perlu susah-susah nak cari dan tunda kereta anda ke bengkel yang berdekatan.

Harga bateri yang dijual di Carput juga adalah lebih murah daripada bengkel dan pusat servis! Tak percaya? Bandingkan sendiri harga kami DI SINI.

Selain itu, Carput turut dapat membantu anda dengan pantas. Purata masa penghantaran adalah sepantas 45 minit! 

Servis Carput boleh didapati dari 7 Pagi sehingga 11.30 Malam di KL-Selangor, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang.

Bateri Kereta Mati? CARPUT Bantu Segera, Hantar Percuma


Nak dapatkan bantuan CARPUT?

Hubungi kami di 1800-1800-10
Hubungi kami di 1800-1800-10
Hubungi kami di 1800-1800-10

atau

Tempah melalui web kami
Tempah melalui web kami
Tempah melalui web kami

0