Servis

Carput Servis

Kami memahami bahawa kerosakan kereta adalah sesuatu yang menyulitkan. Itulah sebabnya kami membina aplikasi Carput agar rakyat Malaysia dapat menikmati servis bantuan kerosakan yang jujur dan mesra pelanggan.


Kami menyediakan servis bantuan ini di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Seremban dan Ipoh.

PENGHANTARAN BATERI KERETA
RM180 dan ke atas

Kereta tidak mahu hidup? Bateri mungkin puncanya. Kakitangan profesional kami boleh datang ke lokasi anda bersama bateri baharu. Tiada caj penghantaran atau pemasangan dikenakan.

PENUKARAN TAYAR PANCIT
RM50 Caj Servis

Tayar kereta pancit?

Biar kami bantu tukarkan tayar pancit anda kepada tayar ganti.

TUNDAAN
RM100 dan ke atas

Perlu tundaan? CARPUT menghubungkan anda ke syarikan tundaan yang dipercayai. Anda boleh menentukan ke mana kereta anda perlu ditunda.

'JUMPSTART'
RM50 Caj Servis

Lupa matikan lampu kereta? Kereta anda mungkin hanya perlukan ‘jumpstart’. Minta bantuan juruteknik profesional kami untuk menghidupkan kereta anda!

PENGHANTARAN PETROL
RM50 Caj Servis

Kehabisan petrol boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Jangan malu, mintalah bantuan dan kami akan hantarkan petrol agar anda dapat kembali meneruskan perjalanan.

Kualiti Servis Kami

  • Text Hover
Ketenangan Dijamin 100%

Tidak kira isu apa yang anda hadapi, kami boleh bantu anda kembali memandu. Aplikasi Carput direka untuk membantu anda dapatkan bantuan dengan cepat dan selamat. Kepuasan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami.


Kami bangga telah membantu lebih 40,000 pemandu dalam purata masa 39 minit, serta mengekalkan skor ulasan 4.8.