DASAR PRIVASI
Semakan Terakhir: 31 Oktober  2017

Platform ini dibawa kepada anda oleh The Battery Shop Sdn Bhd (No. Syarikat: 893586-V) (beroperasi dibawah nama “The Battery Shop” dan "Carput"). Segala penggunaan perkataan "anda" dalam polisi privasi ("Polisi") ini adalah merujuk kepada anda atau sesiapa yang mengakses dan/atau mengunakan Platform dan/atau Perkhidmatan bagi pihak anda, tak kira sama ada anda ialah seorang pelawat atau pengguna berdaftar. "Platform" dan "Perkhidmatan" adalah sebagaimana yang tertulis pada terma dan syarat penggunaan.


Kami meminta anda membaca Polisi ini dengan teliti kerana ia mengandungi maklumat penting tentang bagaimana kami akan menggunakan data peribadi anda.

Apakah Jenis Data Peribadi Yang Dikumpul Oleh Kami?

Kami mengumpul data peribadi mengenai anda yang anda berikan apabila anda mengguna Platform dan/atau Perkhidmatan, termasuk apabila anda mendaftar akaun, menghantar maklum balas, jawapan soal selidik dan mesej atau berkomunikasi dengan kami. Kami juga mengumpul maklumat mengenai cara anda menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada data penggunaan, maklumat demografi, sumber trafik, platform dan jenis pelayar.


Kami akan memantau penggunaan anda di Platform dan/atau Perkhidmatan melalui penggunaan cookies dan teknologi pengesanan yang sama. Sebagai contoh, kami akan memantau berapa kali anda melawat Platform kami, laman yang dilayari, data trafik, data data lokasi dan nama domain yang berasal daripada pembekal perkhidmatan Internet anda. Data ini akan dikumpul atau dijadikan statistik. Maknanya, anda tidak akan dapat dikenal pasti secara individu.


Jika anda memberikan maklumat bagi pihak lain, sila pastikan pihak tersebut telah melantik anda untuk bertindak ke atas/bagi pihaknya dan telah bersetuju bahawa anda boleh:


  • memberi kebenaran bagi pihaknya dalam pemprosesan data peribadinya;
  • menerima segala notis privasi bagi pihaknya; dan
  • memberi kebenaran kepada pemindahan data peribadinya.


Data peribadi pada laman umum di Platform adalah terbuka kepada orang umum dan tidak lagi dianggap sebagai data peribadi. Sebagai contoh, maklumat dalam profil anda atau penilaian, pengesahan, Q&A, atau mana-mana interaktif lain berkemungkinan terbuka kepada orang umum dan berpotensi untuk dilihat oleh sesiapa pun. Posting anda pada laman umum Platform akan dianggap sebagai kebenaran anda untuk berkongsi maklumat tersebut dengan orang umum, dan adalah dimaklumkan bahawa maklumat tersebut akan disebarkan secara meluas, termasuk melalui enjin carian dan alat-alat lain untuk mencari maklumat dalam talian (contoh, arkib Internet). 


Dengan memberikan kami data peribadi anda, anda bersetuju untuk membenarkan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda menurut Polisi ini. Anda bersetuju bahawa kesemua data peribadi yang telah diberikan kepada kami adalah benar, tepat dan lengkap, dan bahawa tidak ada data peribadi yang berniat untuk mengelirukan atau adalah lapuk. Sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada data peribadi anda, anda perlu memaklumkan kepada kami dengan segera.


Dengan menghubungkan akaun perkongsian rangkaian sosial anda melalui Platform ini, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul data peribadi anda dari akaun perkongsian rangkaian sosial anda dan ini hanya mengikut tetapan privasi anda sepertimana yang ditubuhkan di bawah akaun perkongsian rangkaian sosial anda dan bagi tujuan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Polisi ini.

Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda?

Kami akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan membantu kami menyedia dan menyokong Platform dan/atau Perkhidmatan kepada anda. Tujuan ini termasuk:


  • membantu kami mengenal pasti anda dan mana-mana akaun anda di Platform kami;
  • pentadbiran termasuk berkomunikasi dengan anda;
  • memudahkan penggunaan Platform dan/atau Perkhidmatan;
  • memproses, mentadbir dan memberi kesan kepada permintaan atau transaksi anda;
  • penyelidikan, analisis statistik dan analisis tingkah laku;
  • memprofil pelanggan dan menganalisis pilihan pembayaran anda;
  • pemasaran - lihat "Polisi Pemasaran Dan Menarik Diri", di bawah;
  • pencegahan, penyiasatan dan pengesanan penipuan;
  • menyesuaikan Platform dan/atau Perkhidmatan dan kandungannya mengikut keutamaan tertentu anda;
  • memberitahu anda tentang sebarang perubahan pada Platform dan/atau Perkhidmatan yang akan menjejaskan anda;
  • menberi, memperbaiki dan mengembangkan Platform dan/atau Perkhidmatan; dan
  • menggalakkan keselamatan di dalam dan luar Platform dan/atau Perkhidmatan.
Apakah Polisi Pemasaran Dan Menarik Diri Kami?

Jika anda telah memberi kebenaran kepada kami, kami akan menghubungi anda melalui pos, telefon, SMS, teks / gambar / video mesej, e-mel tentang produk, perkhidmatan, promosi, tawaran istimewa kami dan rakan niaga kami yang mungkin menarik minat anda. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka. Namun demikian, sila maklum bahawa kami hanya akan mendedahkan data peribadi anda kepada peniaga dan rakan niaga strategik terpilih kami di mana anda telah melanggani perkhidmatan atau produk tertentu yang memerlukan pendedahan tersebut dan/atau kebenaran anda telah diperolehi. Kami tidak akan mendedahkan, menyewa, menjual atau memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga bagi tujuan pemasaran langsung. Jika anda memilih untuk tidak menerima apa-apa komunikasi pemasaran daripada kami, anda boleh menarik diri pada bila-bila masa. Lihat "Apakah Hak-Hak Anda", di bawah.


Anda boleh memilih sama ada anda ingin terus menerima surat berita atau komunikasi lain. Selain itu, anda boleh "menarik diri" daripada menerima mana-mana kategori langganan, pemasaran atau e-mel promosi daripada The Battery Shop/Carput dengan mengikuti arahan unsubscribe atau menggunakan pautan unsubscribe dalam e-mel yang kami hantar. Walau bagaimanapun, selagi anda mengekalkan akaun, anda mungkin tidak dapat "menarik diri " daripada menerima e-mel perkhidmatan atau e-mel yang berkaitan dengan akaun anda daripada The Battery Shop/Carput.

Bagaimanakah Data Peribadi Anda Boleh Didedahkan?

Kami akan mendedahkan data peribadi anda kepada:


  • sesiapa yang anda berkomunikasi dengan pada Platform dan/atau Perkhidmatan;
  • vendor dan pembekal kami yang menyediakan perkhidmatan infrastruktur teknikal, menganalisis bagaimana Platform dan/atau Perkhidmatan digunakan, atau menyediakan atau menyediakan perkhidmatan pelanggan kepada anda;
  • syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi dan menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah pohon atau langgani;
  • juruaudit, akauntan, peguam atau penasihat profesional lain kami dan/atau perunding kami diatas dasar keperluan untuk mengetahui;
  • agensi penguatkuasaan undang-undang dalam menjalankan sebarang penyiasatan;
  • perintah mahkamah atau waran;
  • peniaga dan rakan niaga strategik kami selaras dengan "Polisi Pemasaran Dan Menarik Diri " di atas; dan/atau
  • pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat.


Maklumat peribadi anda juga akan didedahkan sebagai sebahagian daripada mana-mana penggabungan, pemerolehan, pembiayaan hutang, penjualan aset syarikat, dan juga dalam insolvensi, kebankrapan atau penerimaan di mana data peribadi akan dipindahkan kepada pihak ketiga sebagai salah satu aset perniagaan The Battery Shop/Carput. Dalam keadaan sedemikian, kami akan cuba memberitahu anda sebelum data peribadi anda dipindahkan, tetapi anda tidak mempunyai hak untuk menarik diri daripada mana-mana pemindahan sedemikian.

Adakah Data Peribadi Anda Selamat Di Platform Kami?

Kami akan menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi seperti penyulitan, firewall dan teknologi lapisan soket selamat untuk melindungi data peribadi anda, sebagai contoh:


  • akses ke akaun anda adalah dikawal oleh kata laluan dan nama pengguna yang unik kepada anda; dan
  • kami menyimpan data peribadi anda pada servers yang selamat.


Walaupun kami akan melakukan segala usaha yang berpatutan untuk melindungi data peribadi anda, anda mengakui bahawa penggunaan Internet tidak sepenuhnya selamat dan untuk itu, kami tidak dapat menjamin keselamatan atau integriti mana-mana data peribadi yang dipindahkan daripada anda atau kepada anda melalui Internet. 


Kami tidak akan menanggung mana-mana liabiliti bagi kecurian, kehilangan, atau pemintasan, atau akses tanpa kebenaran atau kerosakan pada, data, maklumat atau komunikasi yang disebabkan oleh penggunaan Platform dan/atau Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda memahami dan menerima risiko ini.

Apakah Hak-hak Anda?

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, mendapat salinan, mengemaskini atau memperbetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami dan untuk menghubungi kami berkenaan sebarang pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda. Seperti mana kami mempunyai hak untuk bergantung kepada mana-mana pengecualian statutori dalam mengumpul, mengguna dan mendedahkan data peribadi anda, anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung.

Macam Mana Menghubungi Kami Sekiranya Anda Mempunyai Sebarang Pertanyaan?

Kami mengalu-alukan maklum balas dan segala pertanyaan anda. Jika anda ingin menghubungi kami, sila menghubungi [email protected], 03-7931 6566 atau 1800-1800-10.


Kami mungkin akan mengubah atau mengemasikini Polisi ini dari semasa ke semasa. Anda perlu menyemak Polisi ini sekali-sekala untuk memastikan anda mengetahui versi terkini yang akan dikenakan setiap kali anda mengakses dan/atau menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan. Jika kami meminda Polisi ini, pindaan itu hanya akan berkuatkuasa untuk data peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Polisi kami yang terpinda.


Polisi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.