5 Tips Selamatkan Kereta Tenggelam Banjir

5 Tips Cara Selamatkan Kereta Tenggelam Banjir

Setiap tahun, negara akan melalui musim yang mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan. Namun siapa sangka, untuk tahun 2021, kebanyakan daerah di Selangor ditenggelami banjir kilat yang agak teruk! Bandar-bandar seperti Shah Alam, Klang, Setia Alam, Hulu Langat teruk dilanda banjir kali ini.

Banjir kali ini agak mengejutkan buat sesetengah penduduk, kerana tiada siapa yang mampu jangka ia bakal menjadi seteruk ini. Dan semestinya, beribu buah kenderaan ditenggelami banjir akibat tidak dapat dipindahkan dengan lebih awal.

Sekiranya kereta anda terlibat, ini antara tips yang boleh anda lakukan untuk selamatkan kereta anda yang ditenggelami banjir. Tapi ingat, praktikkan tips ini hanya apabila banjir telah surut ya.

Tips Kereta Banjir

1. Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Enjin Kereta

Tunda terus kereta ke bengkel / pusat servis. Sekiranya anda cuba hidupkan enjin kereta, risiko berlakunya litar pintas menjadi lebih tinggi. Dalam kes ini, sebolehnya, kita minimakan risiko kerosakan.

Perkara terakhir yang kita nak, adalah untuk berlakunya litar pintas pada ECU kereta.

Towing kereta malaysia

2. Semak Paras Minyak Enjin & Gearbox

Perkara kedua yang anda ingin lakukan adalah untuk semak paras minyak hitam kereta, dan minyak gearbox. Sekiranya paras minyak dah terlalu tinggi, ia menandakan yang air banjir telah masuk ke dalam enjin.

Lakukan flushing ke atas minyak enjin, minyak gear dan untuk selamat, gantikan juga coolant radiator beserta minyak steering kereta. Gantikan dengan minyak yang baru.

3. Flush Petrol/Diesel Kereta

Tangki minyak kereta, kedudukannya agak rendah. Jadi kemungkinan untuk air banjir masuk ke dalam tangki minyak tu ada. Sebaiknya, kita buang segala minyak yang ada dan gantikan dengan minyak yang baru untuk elakkan sebarang risiko.

Petrol full tank RM50 tu jauh lebih murah daripada kerosakan enjin akibat pengepaman petrol yang bercampur air banjir.

4. Cabut & Keringkan Komponen Kereta

Komponen elektronik yang penting seperti ECU, radio, HUD display, infotainment perlu dicabut, dibersihkan dan dikeringkan dengan harapan ia mampu diselamatkan.

Senang kata, mana yang boleh cabut, kita cabut, bersih dan keringkan.

5. Keluarkan Air Daripada Enjin

Yang ini bergantung pada kenderaan. Ada yang boleh dipam keluar dengan mencabut spark plug kenderaan ketika enjin dihidupkan. Dapatkan nasihat mekanik pusat servis/bengkel anda.

Selain daripada enjin, bateri kereta anda juga besar kemungkinan rosak sekiranya ia terendam dalam air. Air banjir yang masuk ke dalam bateri menyebabkan komposisi elektrolit-asid dalam bateri terganggu.

Sekiranya anda perlukan bateri kereta, kami menyediakan servis hantar & pasang bateri kereta ke rumah secara PERCUMA! Cuba servis kami sekarang.

1800-1800-10 Scroll to Top