Mengenai Kami

Membantu Rakyat Malaysia Meneruskan Perjalanan

Carput membantu ratusan pemandu untuk meneruskan perjalanan setiap hari. Masalah kereta rosak adalah situasi yang rumit, oleh kerana itu kami menawarkan beberapa servis untuk membantu anda. Tidak kira ianya adalah sebab bateri kereta mati, tayar pancit mahupun kehabisan minyak petrol, kami datang membantu dalam 45 minit. Dan sekiranya kami tidak mampu selesaikan masalah anda serta-merta, kami akan aturkan 'tow truck' untuk menunda kereta kereta anda ke bengkel pilihan anda. Kawasan servis kami meliputi Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Melaka dan Seremban dari 7 pagi hingga 11.30 malam, 365 hari setahun.

Ulasan Pelanggan Kami

Bagaimana Carput Bermula

Aplikasi Carput telah dilancarkan pada 1 September 2016, dua tahun selepas beroperasi di sebuah pejabat kecil di Petaling Jaya. Carput diasaskan oleh tiga individu yang berkawan sejak zaman universiti, berimpian untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan bantuan yang dipercayai, telus dan pantas apabila mengalami masalah kerosakan kereta. Mereka menggunakan kelebihan teknologi dalam masa yang sama, mengekalkan sentuhan kemanusiaan bagi mencapai servis yang terbaik untuk pelanggan. Setelah tiga tahun, tiga pejabat, dua gudang, tiga puluh rakan sekerja, dua belas papan iklan, satu van dan lebih lima puluh ribu pelanggan yang berpuas hati, mereka kini membantu ratusan pemandu setiap hari di lima bandar utama di Malaysia.


Nak ketahui lebih lanjut? Hubungi kami di SINI.