Lampu, Alarm, Radio Hidup Tapi Kereta Tak Boleh Start

Lampu, Alarm, Radio Hidup Tapi Kereta Tak Boleh Start?

Mesti korang rasa pelik bila tiba-tiba kereta korang tak boleh start walhal lampu, alarm, radio semua hidup menyala je. Kan? Kebiasaannya, kebanyakan pemilik kereta akan terus kata,

“Alah ini bukan masalah bateri ni. Semua boleh hidup lagi. Kalau bateri problem, mesti tak menyala dah.”

Kan kan kan?

Haa. Harini kami cerita kenapa korang tak boleh gunakan lampu, alarm mahupun radio korang sebagai indikator keadaan bateri kereta korang. Tak perlu pening-pening pun sebenarnya, sebabnya sangat lah mudah.

Voltan yang dipelukan untuk hidupkan enjin, jauh lebih tinggi berbanding voltan untuk hidupkan lampu, alarm dan radio kereta.

Seperti yang korang maklum, voltan penuh sebiji bateri kereta adalah 12V. Tak kisah lah korang pakai kereta kompak macam Myvi, Viva atau kereta besar macam Vellfire, Ford Ranger ke, voltan bateri tu tetap 12V. Dan untuk hidupkan bateri kereta, memang itu voltan yang diperlukan untuk hidupkan kereta.

Voltan bateri kereta

Sekiranya voltan bateri jatuh di bawah paras <11V, kereta akan mula bermasalah untuk dihidupkan. Boleh rujuk artikel Cara Kenalpasti Voltan Bateri Yang Baik.

Berbanding dengan voltan yang diperlukan untuk lampu, alarm, radio, voltan yang diperlukan adalah amat rendah. Oleh sebab itu, meskipun aksesori kereta masih boleh berfungsi, tidak bermakna bateri kereta anda masih dalam kondisi yang baik.

Namun, sekiranya anda terlupa tutup lampu kereta misalnya, sudah pasti lampu tersebut akan menyebabkan bateri kereta anda habis digunakan. Dan dalam situasi begini, semua aksesori tidak akan mampu dihidupkan.

Tukar Bateri Atau Jumpstart Sahaja?

Andai kata anda berdepan situasi begini, perkara pertama anda boleh lakukan adalah untuk cuba jumpstart kereta dahulu.

Sekiranya kereta boleh hidup dengan jumpstart, bererti ya! Memang sah masalah bateri. Sama ada bateri dah rosak atau voltan bateri rendah.

READ  Servis Penghantaran Bateri Kereta Johor Bahru

Biarkan enjin kereta anda hidup untuk pengecasan semula bateri kereta. Lebih baik sekiranya anda pandu kereta. Pengecasan optimum adalah pada RPM 2000 ke atas.  Biarkan enjin hidup selama 45-90 minit (bergantung kepada bacaan voltan bateri).

Setelah pengecasan, cuba matikan enjin dan hidupkan semula. Andai kata kereta masih gagal dihidupkan, besar kemungkinan bateri bermasalah (tidak dapat menyimpan pengecasan dengan baik). Kemungkinan ‘low charging’ juga ada, tetapi anda perlukan multimeter untuk kenalpasti masalah ini.


Anda perlukan bateri kereta untuk kereta anda? Order dengan CARPUT lah, servis kami siap hantar dan pasang ke lokasi anda secara percuma.

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT

1800-1800-10 Scroll to Top