Jenama Bateri Kereta Terbaik 2022

Bateri kereta anda mati dan anda sedang mencari jenama bateri kereta terbaik untuk kereta anda? Sudah tentu kita semua sentiasa mahukan yang terbaik, kan?

Namun apa itu definisi terbaik? Tahan lama? Lebih kuasa? Waranti panjang? Tahan lasak?

Hari ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa pengetahuan kami yang boleh anda gunakan untuk membuat pilihan jenama bateri terbaik anda sendiri.

*untuk pengetahuan anda, di Malaysia tiada sebarang kajian yang telah dijalankan oleh mana-mana badan berkecuali bagi menentukan jenama bateri mana yang terbaik. Maka oleh itu, kami hanya kongsikan maklumat yang kami ada beserta contoh untuk anda buat keputusan anda tanpa sebarang prejudis

Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik :

1. Kod Bateri Kereta

Setiap kereta menggunakan saiz bateri yang berbeza bergantung kepada keperluan kereta itu sendiri. Adalah penting untuk anda memilih saiz bateri yang betul bagi mengelakkan litar pintas, kurang kuasa dan masalah-masalah lain. Dan saiz bateri ini ditentukan oleh kod bateri itu sendiri. Sebagai contoh, kami ambil kira variasi bateri saiz NS60.

NS60R – ‘right terminal’
NS60RST – ‘right-small terminal’
NS60L – ‘left terminal’
NS60LST – ‘left-small terminal’

Kenapa terdapat beberapa variasi? Ada sesetengah kenderaan dengan terminal positif (terminal merah) di bahagian kanan, ada yang di sebelah kiri. Maka adalah perlu untuk kita memilih bateri dengan kedudukan terminal yang betul. Elakkan daripada meletakkan bateri dalam keadaan songsang, bahaya untuk jangka masa panjang.

Adapter Terminal Bateri

Saiz terminal turut berbeza, ada yang menggunakan terminal kecil, ada yang menggunakan terminal besar. Sekiranya anda telah membeli bateri terminal kecil untuk kereta yang menggunakan terminal besar, usah risau. Anda masih boleh dapatkan ‘adapter’ untuk terminal kecil tersebut. Yang penting, sambungan terminal tersebut tidak longgar. Adalah sangat bahaya sekiranya terminal bateri anda longgar!

Tak tahu kod bateri kereta anda? PM lah kami. Kami boleh bantu jangan risau.

2. Jenis Bateri Kereta

Dah tahu saiz bateri, kini anda perlu pilih jenis bateri kereta anda. 

Untuk ini, kami ada sediakan artikel khas perbandingan jenis bateri kering vs basah untuk rujukan anda.

Car Battery Price Malaysia 2020

3. Spesifikasi Bateri Kereta

Secara teori, anda boleh bandingkan prestasi bateri jenama A vs bateri jenama B dengan melihat pada spesifikasi bateri tersebut.

i) ‘Cold Cranking Amps’ (CCA)

‘Cranking Amps’ adalah bacaan untuk janaan kuasa yang dibekalkan oleh bateri untuk menghidupkan kereta. Manakala ‘Cold Cranking Amps’ adalah bacaan ketika bateri dalam keadaan sejuk (0º C).  Lebih tinggi nilai, lebih baik. Tetapi untuk Malaysia, bacaan CCA boleh diletakkan sebagai faktor ke2, 3 kerana suhu yang lebih panas.

READ  Bateri Kereta Start Stop (EFB) | Fungsi & Harga

ii) ‘Reserve Capacity’ (RC)

 ‘Reserve Capacity’ adalah indikator yang menentukan berapa lama bateri mampu berfungsi sekiranya alternator rosak. Ia turut menandakan berapa lama bateri anda mampu bertahan sekiranya anda terlupa tutup lampu kereta. Nombor yang dipaparkan adalah dalam minit. RC 40 = 40 minit. Lebih lama adalah lebih baik.

iii) Amp Hour (AH)

Penarafan standard ialah penilaian amp yang diambil selama 20 jam. Sebagai contoh, untuk bateri dengan bacaan 100 AH, penggunaan bateri selama 20 jam, ia akan memberikan sejumlah 100 am. Itu diterjemahkan kepada kira-kira 5 amps sejam. (100 / 20 = 5).

sumber rujukan : batterystuff.com


Namun, berdasarkan pengalaman kami, agak susah untuk membandingkan kualiti berdasarkan teori semata-mata. Terdapat pelbagai lagi faktor lain yang memainkan peranan dalam mempengaruhi jangka hayat bateri. Mungkin atas faktor ini, tidak ada perbandingan yang dibuat untuk menentukan bateri mana yang terbaik untuk anda. Ada bateri yang mempunyai CCA yang lebih tinggi, tapi kong lebih awal. Ada bateri yang mempunyai RC yang lebih rendah, tapi mampu bertahan jauh lebih lama.

Sungguhpun begitu, buat anda yang sedang membandingkan bateri terbaik untuk kereta anda, kami kurangkan 1 masalah anda dengan mencadangkan jenama bateri kereta terbaik yang berikut, bersesuaian dengan bajet anda.

1. Century Roadmaster – Pilihan Berbaloi

(15 Bulan Waranti / 25,000 KM Mileage)

>> Dapatkan Bateru Century Roadmaster di Sini <<

Bateri Century Roadmaster adalah bateri yang paling banyak terjual oleh kami. Pada harga yang berbaloi, anda akan menikmati jaminan 3 bulan tambahan berbanding kebanyakan jenama di pasaran.

Ini bermakna, anda bakal peroleh lebih ketenangan untuk pemanduan harian anda.

Bateri Century Roadmaster disyorkan untuk kebanyakan kereta sama ada Perodua, Honda, Toyota atau Proton.

Century Ultramax - Carput

2. Century Ultramax – Tempoh Jaminan Panjang

(21 Bulan Waranti / 30,000KM Mileage)

>> Dapatkan Bateri Century Ultramax di Sini <<

Bateri Century Ultramax disyorkan untuk kereta yang dilengkapi dengan elektronik yang rumit. Kereta premium model lama pasti akan mendapat manfaat daripada bateri kereta Century Ultramax yang berpatutan oleh kerana kapasiti baterinya yang lebih tinggi.

READ  Bateri AGM vs EFB : Yang Mana Lebih Sesuai?

Bateri kereta ini disyorkan untuk kereta lama tanpa teknologi i-stop.

Camel Battery -Carput

3. Camel Plus – Mesra Bajet 

(18 Bulan Waranti / 30,000KM Mileage)

>>Dapatkan Bateri Camel di Sini <<

Camel adalah jenama bateri kereta terkemuka di China dengan reputasi bertahun-tahun. Kami menawarkan bateri kereta Camel pada harga yang sangat berpatutan bagi mereka yang tidak punyai pilihan apabila bateri kereta mati.

Walaupun harganya mesra untuk poket anda, anda boleh yakini kualiti bateri kereta Camel tanpa kompromi.
Disyorkan untuk Perodua dan Proton, pelbagai Camel boleh didapati dalam pelbagai saiz dan juga model EFB untuk
kereta yang dilengkapi teknologi i-stop.

Amaron - Carput

4. Amaron – Prestasi Tinggi

(18 Bulan Waranti atau 30,000KM Mileage)

>> Dapatkan Bateri Amaron di Sini <<

Dengan bateri Amaron di dalam kereta anda, anda tahu bahawa kereta anda, sama ada besar atau kecil akan boleh dihidupkan tanpa masalah. Dengan keseimbangan antara kualiti dan nilai, Amaron telah membina reputasi yang sangat bagus untuk jangka hayat yang sangat panjang.

Aloi perak yang telah dipatenkan (SILVEN X) yang hanya ada pada bateri Amaron memastikan hakisan yang rendah untuk membuatkannya tahan lama. Bateri Amaron sesuai untuk model kereta Perodua, Proton, Honda, Toyota, Mazda.

Varta AGM - Carput

5. Varta AGM – Kualiti Premium

(12 Bulan Waranti atau 25,000KM Mileage)

>> Dapatkan Bateri Varta di Sini <<

AGM atau nama penuhnya ‘Absorbent Glass Mat’. Teknologi ini terdapat dalam bateri Varta AGM Silver Dynamic. Teknologi AGM direka untuk mengendalikan beban elektrik yang paling sukar yang diperlukan dalam kereta baru dengan ciri-ciri premium seperti brek regeneratif.

Ia memberikan prestasi cemerlang untuk enjin yang berkuasa dan kereta yang dilengkapi teknologi yang rumit. Ia menawarkan sehingga 3x kitaran hidup lanjutan berbanding bateri konvensional. (Bateri asid plumbum konvensional hanya bertahan 1-2 tahun)

Mempunyai kuasa permulaan yang tinggi dan prestasi yang boleh dipercayai. Selain itu, reka bentuknya memastikan bateri tidak akan bocor, walaupun badan bateri pecah. Jika kereta anda dilengkapi dengan fungsi Start-Stop yang canggih, sebaiknya anda memasang bateri AGM kerana bateri kereta konvensional tidak akan mencukupi.


1800-1800-10 Scroll to Top