Blog, Insurans Kereta

Insurans Kereta : Beza Agreed Value vs Market Value

Pernah tak korang tanya ejen insurans semasa ‘renew roadtax’, apa jenis (sum insured) insurans yang digunakan? Sama ada ‘Agreed Value’ atau ‘Market Value’? Apa beza dua jenis ni?

Ketahuilah, selain daripada memilih insurans ‘first party’ atau ‘3rd party’, jenis perlindungan agreed/market value turut perlu dititikberatkan. Kami bantu untuk terangkan kenapa.

Seperti yang kita semua tahu, nilai kereta akan jatuh sekitar 10-15% setiap tahun. Dan sesetengah kenderaan, mengalami penurunan yang lebih tinggi setiap tahun. Namun, apa kaitannya dengan sum insured insurans kenderaan?

Sum insured insurans berfungsi membantu pemilik kenderaan yang mengalami kemalangan ‘total-loss’. Sekiranya kenderaan bebas hutang, duit tersebut boleh digunakan untuk membeli kereta yang baru. Namun sekiranya masih berhutang dengan pihak bank, duit tersebut boleh digunakan untuk melunaskan segala baki hutang kenderaan.

Oleh sebab itu, sum insured kereta perlu sekurang-kurangnya melebihi jumlah hutang kita dengan pihak bank.

Insurans kereta beza agreed vs market value


Pengiraan Insurans Market Value 

Insurans Market Value = Berdasarkan nilai pasaran kereta ketika tuntutan insurans dibuat

Contoh pengiraan insurans market value :

Market value kenderaan kita mungkin RM90,000 sewaktu insurans diambil. 11 bulan kemudian, harga kereta mungkin boleh jatuh menjadi RM75,000. Maka sekiranya anda mengambil sum insured jenis market value, pihak insurans hanya bayar RM75,000 bersamaan dengan market value kereta anda.

Yang menjadikan ia sebagai satu masalah adalah apabila pemilik masih mempunyai baki pinjaman yang lebih tinggi. Misalnya, baki hutang bank adalah RM85,000.

Baki hutang kenderaan : RM85,000
Tuntutan insurans : RM75,000
Baki hutang : RM10,000

Apabila tuntutan dibuat, pemilik kereta masih mempunyai tunggakan hutang dengan pihak bank sebanyak RM10,000. Kereta dah tiada, hutang masih ada.

Pengiraan Insurans Agreed Value

Insurans Agreed Value = Berdasarkan nilai yang dipersetujui ketika pembelian insurans dibuat

Contoh pengiraan insurans agreed value :

Baki hutang kenderaan : RM85,000
Tuntutan insurans : RM90,000
Baki hutang : RM0

Dalam kes ini, anda akan dapat lebihan RM5,000 setelah hutang bank diselesaikan.

Jadi jika anda tanya kami, jenis pelindungan insurans mana yang lebih baik?

Insurans Agreed Value = Untuk kereta baru yang masih mempunyai tunggakan bank yang tinggi
Inusrans Market Value = Untuk kereta yang sudah berusia dan tidak lagi mempunyai tunggakan bank