Blog, Tips Bateri Kereta
Tengah cari cara betul nak jumper bateri kereta anda yang kong? Jangan risau, CARPUT sediakan panduan bergambar untuk rujukan anda.

Adalah sangat penting untuk anda melakukan jumper bateri kereta dengan langkah-langkah yang betul. Sekiranya tersilap, anda boleh mengalami kerugian sehingga ribuan ringgit, terutama sekali apabila ia mengakibatkan litar pintas pada komponen penting seperti TCU kereta. Lagi-lagi dengan kemajuan kereta-kereta yang dijual pada hari ini, lebih banyak komponen elektronik dalam kenderaan, lebih berisiko lah ia terdedah kepada bahaya.

Untuk anda lakukan jumper pada bateri kereta anda, anda memerlukan :
  1. Bateri Kong/Mati
  2. Kabel Jumper
  3. Kereta dengan bateri yang baik / bateri kereta yang baik / jumpstart powerbank
*PENTING : sekiranya anda mengunakan bateri / kereta dengan bateri, pastikan saiz bateri tersebut adalah sama/lebih besar daripada bateri anda

Ikuti langkah demi langkah, cara jumper bateri kereta yang betul yang disediakan oleh CARPUT. Namun sekiranya anda tidak yakin untuk lakukannya, boleh hubungi kami di talian 1800-1800-10. Juruteknik kami akan datang bantu anda lakukan jumpstart.

1. Matikan Enjin dan Suis Kedua-Dua Kenderaan

Pastikan kedua-dua kereta, kereta yang tidak boleh dihidupkan (kereta kong) dan kereta yang nak digunakan untuk jumper (kereta bantuan) telah dimatikan enjin dan suis elektronik. Nak lebih selamat, cabut kunci kenderaan daripada suis.

Langkah ini penting bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang litar pintas berlaku pada kereta bantuan.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

2. Sambungkan Jumper Kabel Merah Pada Terminal Positif Bateri Kereta Kong

Mulakan langkah penyambungan jumper kabel pada bateri kereta kong dahulu. Pastikan sambungan dilakukan pada terminal POSITIF bateri. Bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan kesilapan sambung jumper bateri, kami sarankan untuk anda gunakan kabel jumper MERAH = TERMINAL POSITIF, dan kabel jumper HITAM = TERMINAL NEGATIF.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

3. Sambungkan Jumper Kabel Merah Pada Terminal Positif Bateri Kereta Bantuan

Sekarang, lakukan sambungan jumper kabel MERAH tadi, pada terminal POSITIF bateri kereta bantuan. Kini, kedua-dua bateri kereta disambung pada terminal positif kenderaan.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

4. Sambungkan Jumper Kabel Hitam Pada Terminal Negatif Bateri Kereta Kong

Seterusnya, sambungkan kabel jumper hitam pada terminal negatif bateri kereta yang kong.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

5. Sambungkan Jumper Kabel Hitam Pada Terminal Negatif Bateri Kereta Bantuan

Berikutnya, anda boleh lengkapkan sambungan dengan cara menyambung pada terminal negatif bateri kereta bantuan. Dengan ini, anda mempunyai kenderaan yang telah lengkap disambungkan di antara kedua-dua kenderaan.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

6. Hidupkan Enjin Kereta Bantuan

Sambungan dah selesai, kini masanya untuk mengecas bateri kereta kong. Mulakan dengan menghidupkan enjin kereta bantuan terlebih dahulu. Biarkan enjin berjalan selama 3-5 minit untuk pengecasan berlaku pada bateri kereta kong.

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul

7. Hidupkan Enjin Kereta Kong

Dan sekarang, hidupkan enjin kereta kong tadi. Selesai!

Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul



Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
Bagi urutan mencabut kabel jumper tadi, anda hanya perlu mencabut secara berlawanan turutan daripada turutan anda memasang jumper kabel tadi. Jika tadi kabel jumper terakhir yang anda pasang adalah kabel hitam pada kereta bantuan, untuk mencabut, kabel tersebut adalah kabel pertama yang perlu dicabut.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu selepas anda lakukan jumpstart :
  1. Pastikan enjin kereta berjalan selama 5-10 minit untuk tujuan pengecasan semula bateri oleh alternator.
  2. Sekiranya jumpstart gagal, kemungkinan bateri sudah tamat tempoh dan tidak boleh lagi digunakan.
  3. Sekiranya jumpstart berjaya, tetapi bateri gagal dihidupkan semula setelah dimatikan, berkemungkinan alternator rosak dan gagal mengecas kembali bateri kereta.
Infografik penuh : 

Langkah langkah jumpstart bateri kereta
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Persoalan utama yang biasa bermain difikiran apabila bateri kereta mati, nak ganti bateri kereta basah atau kering? Betul?

Untuk anda yang sedang mencari jawapan kepada persoalan ini, kami kongsikan informasi untuk anda membuat pilihan yang terbaik bagi kereta anda. Bateri kering dan bateri basah masing-masing mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Tapi sebelum kami bermula, kami kongsikan sedikit apa itu bateri basah dan bateri kering.

Apa Itu Bateri Basah?

Bateri basah adalah jenis bateri kereta yang memerlukan penyelenggaraan berkala, iaitu penambahan air suling (distilled water) ke dalam bateri. Air bateri perlu sentiasa dipastikan berada di tahap yang ditetapkan bagi mengelakkan ianya rosak. Kekerapan penambahan air suling bergantung pada cuaca dan penggunaan, di antara 4-6 minggu sekali.

Bateri kereta basah

Apa Itu Bateri Kering?

Bateri keringa atau juga dikenali sebagai bateri ‘Maintenance Free’ (MF) adalah sejenis bateri kereta yang tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan. Anda hanya perlu memastikan sambungan terminal disambung dengan baik, dan bateri tersebut boleh digunakan sehingga tamat hayatnya.

Bateri Kering Century Roadmaster

Anda dah tahu apa itu bateri kereta basah dan kering? Kini kami kongsikan kelebihan dan kekurangan bateri masing masing.

Kelebihan Bateri Basah

1. Mempunyai jangka hayat yang lebih panjang (sekiranya diselenggara dengan baik)
2. Harga jualan yang lebih murah

Kekurangan Bateri Basah

1. Memerlukan penyelenggaraan berkala (4-6 minggu sekali)
2. Bateri lebih berat

Kelebihan Bateri Kering

1. Tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan
2. Berat bateri lebih ringan

Kekurangan Bateri Basah

1. Harga yang lebih mahal (mahal RM30-40)
2. Jangka hayat (1-1.5 tahun)


Bateri Kereta Basah Atau Kering Sesuai Untuk Anda?

Sepertimana yang kami beritahu di awal artikel, hal ini bergantung kepada setiap pengguna. Bateri kereta basah sesuai untuk mereka yang cakna tentang keadaan kereta, dan sanggup meluangkan sedikit masa untuk menambah air suling ke bateri setiap 4-6 minggu sekali. Perlu diingat, sekiranya air bateri jatuh di bawah paras minima, bateri boleh rosak dan memerlukan penggantian bateri baru. Juga sesuai untuk mereka yang ingin berjimat.

Namun, sekiranya anda merupakan seorang yang pelupa, seorang yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara-perkara yang remeh terutama sekali penjagaan kereta, maka bateri kering adalah bateri yang paling sesuai untuk anda.

Dengan hanya menambah RM30-40 berbanding bateri basah, anda tidak perlu lagi memikirkan langsung perihal bateri kereta. Dan sekiranya anda bahagikan lebihan harga yang perlu anda bayar dengan jangka hayat bateri, anda hanya membayar lebih RM1.66/bulan (RM30/18 bulan) berbanding bateri basah yang memerlukan penambahan air suling berkala.



Anda ingin dapatkan bateri kering untuk kereta anda? Dapatkan bateri kereta kering dihantar terus ke tempat anda dalam 45 minit dengan CARPUT. CARPUT menyediakan servis penghantaran dan pemasangan bateri kereta PERCUMA. Cuma bayar harga bateri je.

Hubungi kami sekarang!

Car Battery & Bateri Kereta Malaysia
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Tahukah anda sekiranya kereta anda dilengkapi dengan sistem start-stop, anda memerlukan bateri kereta start stop yang khusus untuk kenderaan anda? Namun sebelum itu, kami akan terangkan serba sedikit dahulu apa itu fungsi start-stop ini.

Apa itu fungsi Start-Stop?

Teknologi Start-Stop merupakan sejenis sistem yang mana kenderaan anda dimatikan secara automatik apabila kenderaan anda tidak bergerak. Enjin kenderaan akan kembali dihidupkan secara automatik apabila anda ingin kembali memandu (melepaskan pedal brek dsb). Ideanya, teknologi ini diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan minyak dan pengeluaran gas karbon. 

Sistem Start-Stop ini amat membantu mereka yang kerap memandu di dalam bandar, di mana pemandu akan berdepan dengan banyak lampu isyarat dan kesesakan lalu lintas. Teknologi ini dikatakan mampu menjimatkan 3-10% daripada penggunaan petrol anda. 

Adakah kereta saya memerlukan Bateri Kereta Start Stop?

Anda jangan tersilap! Fungsi Start-Stop dan Push-Start adalah sistem yang berbeza. Push-Start adalah sistem menghidupkan kenderaan anda tanpa kunci, manakala Start-Stop adalah sistem yang kami nyatakan awal tadi. Ramai yang keliru oleh kerana sifat butang Push-Start itu sendiri yang tertera perkataan ‘Start | Stop”.

Start Stop vs Push Start

Sebagai pemandu kereta, sudah tentu anda tahu akan fungsi ini pada kenderaan anda betul? Maka sekiranya ada, dapatkan lah bateri kereta start stop (EFB) untuk kenderaan anda.

Apa Perbezaan Bateri Kereta Start Stop (EFB)?

Bateri kereta Start Stop ini juga dikenali sebagai Bateri kereta EFB, iaitu ‘Enhanced Flooded Batteries‘.

Kelebihan utama bateri Start Stop (EFB) ini adalah ianya kebolehan pengecasan yang lebih baik dan ketahanan ‘cycle‘ yang lebih panjang. Secara purata, bateri jenis start stop (EFB) mampu menghidupkan enjin kereta sebanyak 85,000 kali berbanding bateri biasa hanya 30,000.

Namun, ini tidak bermakna bateri EFB tahan lebih lama oleh kerana fungsi start-stop kenderaan anda menggunakan bateri ini lebih kerap berbanding kenderaan biasa.

Dari segi harga, sudah tentu bateri kereta Start Stop (EFB) ini lebih mahal berbanding bateri biasa. Teknologi lebih maju, maka harga pun lebih ‘maju’. Anda perlu membayar sekitar 20-40% lebih mahal berbanding harga bateri biasa. Semak harga bateri Start Stop (EFB) untuk kereta anda DI SINI.

Bolehkah Bateri Biasa Digunakan Pada Kereta dengan Sistem Start Stop?

Jawapan kami, TIDAK.

Berikut adalah beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya anda menggunakan bateri biasa pada kenderaan anda yang dilengkapi sistem Start Stop :
  1. Kehilangan Waranti
  2. Hilang Keselesaan Pemanduan
  3. Sistem Start-Stop Tidak Berfungsi dengan Baik
  4. Tumpahan Asid Bateri
  5. Risiko Bateri Meletup
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Pernah tak anda berdepan dengan masalah bateri kereta kong?

Dah siap-siap nak pergi kerja atau keluar rumah, tiba-tiba kereta tak boleh start. Dah satu hal nak kena cari nombor telefon pomen. Kalau siang, ok lagi. Kalau kena waktu malam? Atau pagi subuh? Bengkel pun dah tutup. Dah kena cancel tak jadi keluar.

Kami kongsikan dengan anda, beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghidupkan semula bateri kereta kong anda untuk sementara waktu (tapi ingat, penyelesaian ini mungkin hanya sementara).

Bateri kereta murah CARPUT

Cara Hidupkan Semula Bateri Kereta Kong

1. Periksa Sambungan Terminal Bateri

Benda pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk memeriksa sambungan terminal bateri. Pastikan sambungan terminal bateri berada dalam keadaan baik dan bersambung dengan sempurna. Anda mungkin boleh cuba untuk cuba menggerakkan atau memusingkan sedikit sambungan terminal untuk memastikan sambungannya sempurna.

Pastikan anda mematikan suis dan mencabut kunci kereta ketika melakukan aktiviti ini.

2. Bersihkan Terminal Bateri

Kadangkala, ‘serbuk putih’ akan terhasil di terminal sambungan bateri. Bersihkan bateri daripada serbuk ini bagi memastikan aliran elektrik yang lebih efisien.

Pastikan anda mematikan suis dan mencabut kunci kereta ketika melakukan aktiviti ini.

3. Lakukan ‘Jumpstart’

Lakukan ‘jumpstart’ pada bateri anda sekiranya anda mempunyai peralatan yang diperlukan. Dapatkan bantuan daripada rakan atau jiran berdekatan untuk melakukan ‘jumpstart’.

Selain daripada turutan pemasangan kabel, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum melakukan ‘jumpstart’.
  • Pastikan kapasiti bateri kereta penderma lebih besar daripada bateri kereta anda (sekiranya rendah, litar pintas mungkin berlaku)
  • Sekiranya anda memandu Proton, elakkan sebarang ‘jumpstart’ (mampu merosakkan ECU kereta sekiranya tersalah cara)
  • Biarkan enjin anda hidup 10-30 minit untuk pengecasan bateri berlaku
  • Untuk kereta yang sarat dengan elektronik, dapatkan bantuan pakar

Baca cara-cara lakukan jumpstart kereta

Punca Bateri Kereta Kong?

1. Telah Sampai Tamat Tempoh

Tahukah anda, purata hayat bateri kereta kering (Free Maintenance) adalah sekitar 1.5-2 tahun sahaja. Anda bertuah sekiranya bateri kereta anda mampu bertahan lebih lama daripada itu.

Namun sekiranya ia kong lebih awal, jangan lupa untuk tuntut waranti. Sesetengah syarikat menyediakan khidmat waranti bateri kereta sehingga 18 bulan! (psst waranti bateri Amaron CARPUT 18 bulan tau…)

2. Terlupa Tutup Lampu / Tutup Pintu Kereta

Salah satu masalah yang kerap mengakibatkan bateri kereta kong adalah terlupa tutup lampu atau pintu kereta.

“Eh, kenapa pintu kereta?”

Apabila pintu kereta tidak ditutup rapat, sensor kenderaan akan menjadi aktif. Sensor yang aktif ini boleh mengakibatkan bateri kereta kong sekiranya ia dibiarkan dalam tempoh masa yang lama.

3. Alternator Tidak Mengecas Bateri

Salah satu masalah lain adalah alternator kereta. Alternator kereta berfungsi sebagai alat pengecas untuk bateri anda apabila kenderaan berjalan. Apabila alternator kereta rosak, bateri tidak dicas, mengakibatkan bateri kereta kong.

Sekiranya alternator bermasalah, ‘jumpstart’ juga tidak akan menyelesaikan masalah anda. Alternator tidak mengecas bateri kereta anda, mengakibatkan kereta anda mampu dihidupkan untuk hanya seketika waktu dan akan mati kembali beberapa minit kemudian. Anda disarankan untuk menghubungi panel insurans kenderaan untuk tunda kenderaan anda ke bengkel / pusat servis berdekatan.

(psst CARPUT juga ada sediakan servis tunda kenderaan tau…)

whatsapp Carput

Tanda-Tanda Bateri Kereta Kong

1. Lampu Kereta Malap

Lampu kenderaan mula malap daripada biasa apabila bateri kereta lemah.

2. Enjin Kereta Lebih Susah Dihidupkan

Apabila enjin kereta cuba dihidupkan, ia akan lebih susah dihidupkan dan mengeluarkan bunyi ‘cranking’.

3. Penghasilan Serbuk Putih di Terminal

Ya. Serbuk putih yang kami nasihat untuk dibersihkan tadi, merupakan salah satu tanda bateri kereta anda dah nak kong.
0

News, Tips Bateri Kereta

Berita baik buat korang yang berpeluh-peluh bimbang pasal kereta rosak! CARPUT kan ada…

carput, car breakdown app
Apa tu CARPUT? CARPUT ialah satu aplikasi yang dicipta khas untuk memberi perkhidmatan bantuan yang CEPAT dan PROFESIONAL untuk kerosakan kereta. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh CARPUT bertujuan untuk membolehkan anda meneruskan perjalanan ke destinasi dengan selamat.

Kerosakan kereta yang tak diduga memang satu keadaan yang tersangat stress. Nak call member semua jauh lah, sibuk lah. Habis nak Grab pula risau kalau kereta tinggal lama kat sini. Malang memang tidak berbau.


Sesiapa pun tidak dapat gerenti kereta dapat start 100% setiap kali tapi apa yang boleh kita buat adalah sediakan payung sebelum hujan. Meh, kita tengok apa servis-servis yang ditawarkan oleh CARPUT ni.


1. Hantar dan pasang bateri kereta


2. Penundaan Kereta (Towing)


3. Bantuan Tayar Pancit


4. Servis Jumpstart


5. Penghantaran petrol kecemasan

Hantar Petrol

Pasti anda tertanya-tanya kenapa guna CARPUT?

carput app, track technician
Semua pomen CARPUT dipantau dengan teknologi GPS di mana pelanggan boleh jejak anggaran masa ketibaan pomen. Ciri ini memastikan bantuan kecemasan akan dilakukan secara telus dan cekap.

Kami faham situasi dan perasaan seseorang pemandu ketika terkandas dalam perjalanan. Sebab itu, CARPUT bermisi untuk menyediakan penyelesaian yang mudah, cepat dan lebih dipercayai untuk situasi yang terdesak.


Harga pula macam mana? Hah! Yang ni penting sebab semua nak tahu

CARPUT menawarkan harga yang patut dan telus. Sebelum mengesahkan pesanan anda, harga tetap akan tertera dalam aplikasi CARPUT tanpa caj-caj tersembunyi. Pelanggan hanya perlu bayar apa yang telah dipersetujui.

Kami bukan nak syok sendiri. Tapi senyuman in tak akan tipu.

Rating 4.9 bintang dekat Facebook membuktikan tahap khidmat pelanggan kami bertaraf tinggi. car battery delivery, carput. customercar battery delivery, carput. customercar battery delivery, carput. customercar battery delivery, carput. customercarput, customercar battery delivery, carput. customer

Apa tunggu lagi. Jangan pula kelam-kabut cari orang tolong masa tengah kecemasan nanti.

Laman web rasmi | Facebook | Google Play | Apple Store
0

Blog, Tips Bateri Kereta

Tidak dapat hidupkan kereta anda?

Pomen CARPUT boleh hantar dan pasang bateri kereta baru di lokasi anda.

* Harga Yang Berpatutan!

* Bateri Yang Berkualiti Tinggi!

* Hantar & Pasang PERCUMA!

Talian Bebas Tol: 1800-1800-10

7:00 pagi – 11:00 malam 365 hari/ setahun

Pelanggan & Pomen CARPUT

9 daripada 10 pelanggan yang berpuas hati mengesyorkan perkhidmatan bateri kereta kami:

tukar bateri kereta

car battery delivery, carput. customercar battery delivery, carput. customer















Mekanik CARPUT yang profesional dan berpengalaman luas:

mekanik CARPUTmekanik CARPUT










Produk Bateri Kereta Kami

Kochi – Harga bermula dari RM180

12 bulan waranti

amaron battery malaysia

Amaron – Harga bermula dari RM220

18 bulan waranti

bateri kereta varta

Varta untuk kereta continental

12 bulan waranti

Kawasan Liputan

Kuala Lumpur

Selangor

Seremban

Penang

Melaka

Johor Bahru

Perlukan perkhidmatan bateri kereta kami?

Hanya bayar untuk bateri kereta. Hantar dan pasang percuma.

Call 1800-1800-10 sekarang

atau

bust pesanan dalam aplikasi CARPUT.

Klik sini untuk muat turun: bit.ly/2emmgAC


CARPUT ialah satu aplikasi yang dicipta khas untuk memberi perkhidmatan bantuan yang cepat untuk kerosakan kereta termasuk masalah bateri kereta.

carput, car breakdown app
0