5 BEST PLACES TO WATCH KUALA LUMPUR 2017 FIREWORKS

5 SPOT GEMPAK UNTUK LIHAT BUNGA API KUALA LUMPUR 2022

Siapa tak suka tengok bunga api yang GEMPAK setiap tahun? Tapi disebabkan orang yang ramai sampai sesak tak dapat pergi? Sama la kita! Tapi paling tak best bila nak pergi tengok bunga api di ibukota Kuala Lumpur kita, kereta bateri kong atau tayar pancit. Semenjak jadi juruteknik professional ni, banyak tempat yang kita dah pergi untuk tolong orang bila ada masalah kereta. Juruteknik kita dah senaraikan tempat-tempat yang gempak untuk tengok bunga api 2020! Mesti gempak punyalah.

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT

1. Changkat Semantan

dsc01588 Shhhhh… tempat ni rahsia tau. Jangan beritahu sebarangan orang, sebab tak dapat spot yang best untuk tengok bunga api nanti. Tempat jauh sikit dari kotaraya, tak jauh sangat, jauh sikit je. Gerenti tak jem punya. Pemandangan memang jauh sikit tapi gerenti dapat tengok semua bunga api beb dari sini! Parking dekat tepi jalan je tapi berhati-hati ketika melintas. Koordinat GPS

2. Jalan Bukit Pantai

 

BENQ DIGITAL CAMERA
BENQ DIGITAL CAMERA
Selalu guna jalan belakang/lama dekat Bangsar? Kalau ya mungkin korang semua pernah lalu jalan satu kawasan di dalam kawasan perumahan yang boleh nampak seluruh Kuala Lumpur dan bangunan-bangunan tinggi. Ada beberapa lorong yang ada sweet spot tengok bunga api tahun ni! Tapi kalau jumpa spot-spot ni, INGAT, jangan park kereta sampai ganggu kereta lain nak lalu atau kawasan perumahan orang lain. Kalau takut kacau orang-orang yang tinggal dikawasan berdekatan, boleh parking dekat Pantai Towers, pastu jalan sikit je amek angin dan pilih sweet spot yang korang suka. Koordinat GPS

3. Taman Tasik Titiwangsa

47356248 - kuala lumpur, malaysia skyline at titiwangsa park. Taman paling femes yang terletak di hati ibukota kita, Taman Tasik Titiwangsa. Semua mesti pernah pergi tasik ni, sama ada dengan keluarga, awek, atau kawan. Memang kawasan ni dapat pemandangan yang terindah untuk bandar Kuala Lumpur. Boleh enjoy bunga api dekat tepi tasik bro! Romantik! Tapi ingat bawak ubat nyamuk jugak. Ingat, kena sampai awal kalau tak melepas nak tengok bunga api tak dapat sebab tasik ni memang ramai bro! Koordinat GPS

READ  Kapten CARPUT - Team Khidmat Pelanggan

4. Ampang Lookout Point, Bukit Permai

4674163497_648db12709_b Siapa tak pernah bawak awek diorang naik ‘Mini Genting’? Memang takkan lepas la kawasan ni sebab memang meriah orang menyambut tahun baru dekat sini.  Kawasan ni memang terbaik! Dengan pemandangan panorama ibukota Kuala Lumpur. Pandu atas sikit kalau nak pemandangan lagi cantik. Lokasi berada di Ampang, Look Out Point tak jauh, 20 minit je dari Kuala Lumpur. Koordinat GPS

5. Jalan Wira, Maluri

slack-for-ios-upload-1 Tempat ni memang tersembunyi bro! Tak payah nak betul-betul sampai Jalan Wira, sebab kawasan perumahan ni terletak di kawasan cerun. Spot terbaik dalam kawasan perumahan ni berada di kawasan taman, tapi janganla sampai berebut dengan orang lain. Cari spot yang baik, duduk dalam kereta, main lagu kegemaran kamu semua pastu enjoy. Koordinat GPS


Kami di CARPUT akan sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda apabila anda menyambut Tahun Baru 2020. Malang tak berbau dan kalau bateri kereta anda kong apabila anda mengucapkan selamat tinggal kepada 2019, anda boleh telefon kami di 1800-1800-10 dan kami akan datang selamatkan anda dalam masa 30-60 minit. Selamat menyaksi bunga api Tahun Baru 2020!

1800-1800-10 Scroll to Top