Blog, Tips Bateri Kereta
Masalah bateri kereta kong ini kebiasaannya berlaku tanpa sebarang tanda. Tiba-tiba sahaja boleh terjadi. Dan yang paling teruk, ia boleh berlaku pada waktu dimana kita dalam keadaan yang tidak bersedia, seperti di tengah bulan. Nak ganti bateri baru, akan kacau perbelanjaan bulanan. Tak ganti, kereta tak boleh nak guna pula.

Oleh kerana situasi sebegini, kami di CARPUT menyediakan kemudahan untuk pelanggan kami membeli bateri kereta secara ansuran selama 3 bulan! Ya, anda kini boleh membeli bateri kereta secara 3 kali pembayaran di CARPUT serendah RM59 sebulan.

Sebagai contoh, sekiranya anda membeli bateri kereta Myvi daripada kami :

Harga Bateri : RM179
Bayaran Ansuran 3 Bulan : RM59.67 + RM59.67 + RM59.66

Murah bukan?

Pelan Ansuran Bateri Kereta Carput

1. 0% Kadar Faedah Dikenakan

Ya. Tiada sebarang kadar faedah dikenakan. Maka transaksi pembelian anda adalah halal dan patuh shariah. Harga pembelian untuk pembelian secara tunai dan pembelian ansuran juga adalah sama. Kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan. Sebagai penghargaaan kepada anda selaku pelanggan kami, segala kos diserap pihak syarikat.

2. Ansuran 3 Bulan

Ansuran yang kami tawarkan adalah selama 3 bulan. Sekiranya anda buat pembelian hari ini, anda hanya perlu bayar 1/3 daripada harga bateri pada hari ini, 1/3 lagi pada bulan hadapan dan baki 1/3 harga bateri pada bulan ke-3.

3. Kad Debit Diterima

Tiada kad kredit? Jangan risau, kad debit juga kami terima. Tidak kisah dari bank mana, asalkan kad anda adalah kad debit, anda boleh buat pembelian bateri secara ansuran dengan CARPUT. Kad anda akan didaftarkan dan nilai ansuran bulanan akan dipotong terus daripada kad anda, sebagaimana keahlian akaun Spotify atau Netflix.

4. Kelulusan Serta-Merta

Ya, anda tidak perlu isi borang permohonan yang leceh untuk pembayaran ansuran ini. Anda hanya perlu mendaftar akaun dengan payment provider kami, masukkan maklumat peribadi serta kad bank anda yang ambil masa kurang 3 minit. Dan pembayaran anda akan diluluskan secara serta-merta!

Cara Beli Bateri Kereta Ansuran Carput

1. Pilih Bateri Kerta Untuk Kereta Anda

Buat pemilihan bateri kereta anda melalui laman web kami www.carput.my atau melalui aplikasi kami di Playstore dan Apple Store.


2. Bateri Dihantar & Dipasang Ke Rumah Anda

Juruteknik professional kami akan dihantar ke lokasi anda untuk penghantaran dan pemasangan bateri kereta. Sekiranya bateri kereta anda masih boleh digunakan, bateri tidak akan diganti dan hanya servis jumpstart akan diberikan kepada anda.

3. Daftar Maklumat Peribadi Dan Kad Bank Anda

Bayar hanya apabila servis selesai. Anda akan menerima satu SMS beserta link pautan untuk melakukan pembayaran.


Link tersebut akan membawa anda ke ‘checkout page’ untuk pengesahan nilai pembayaran yang anda akan lakukan.


Dan seterusnya anda perlu isikan butiran-butiran berikut di laman ‘payment gateway’ untuk pembukaan akaun pembayaran:

– Nama
– Tarikh Lahir
– Nombor IC
– Email
– Nombor Telefon
– Kata Laluan

Setelah selesai, anda boleh tunjuk paparan pembayaran berjaya untuk rekod juruteknik kami. Semudah itu sahaja! Tunggu apa lagi, buat tempahan bateri kereta ansuran anda di CARPUT sekarang!

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Sebagai pemilik kenderaan, pasti anda tertanya biasanya bateri kereta tahan berapa lama? Sudah tentu ada dikalangan anda yang tidak mahu bateri kereta mati secara mengejut. Lebih-lebih lagi mati pada saat-saat genting. Jadi, hari ini kami kongsikan dengan anda jangka hayat kebiasaan untuk bateri kereta.

Namun anda kena tahu terdapat beberapa jenis bateri kereta di pasaran :
1. Bateri Basah
2. Bateri Kering (Maintenance Free)
3. Bateri EFB
4. Bateri AGM

Perbezaan antara bateri basah dan bateri kering boleh baca disini. Manakala bateri jenis EFB ini adalah bateri yang digunakan untuk kereta dengan sistem idle start-stop. Dan yang terakhir, bateri AGM. Lebih terkenal dengan kereta-kereta continental seperti Mercedes, BMW, Audi dan lain lain.

Ketahanan setiap bateri adalah berbeza-beza. Bagi bateri basah, kering dan EFB, bateri jenis ini kebiasaannya mampu bertahan antara 1-1.5 tahun bergantung pada penggunaan dan penyelenggaraan yang dilakukan. Manakala untuk bateri AGM, bateri jenis ini boleh bertahan sehingga 5-6 tahun, berpadanan dengan harganya yang bermula dari RM900 sebiji bateri!

Tapi, kenapa ada yang boleh pakai bateri biasa sehingga 3 tahun lamanya?

Faktor Yang Mempengaruhi Usia Bateri

1. Jarak Perjalanan Kereta

Setiap kali kereta dihidupkan, dianggarkan lebih kurang 10% cas bateri digunakan untuk menghidupkan kenderaan. Cas yang hilang ini kemudian dicas semula oleh alternator kenderaan apabila enjin berjalan. Sekiranya anda kerap melakukan perjalanan-perjalanan pendek, bateri ini tadi tidak sempat dicas semula oleh alternator kereta.

Dan apabila bateri kereta anda kerap kali gagal dicas sepenuhnya, ia bakal menjejaskan kondisi bateri tersebut. Kereta yang kerap dipandu untuk perjalanan yang panjang, bateri kereta tersebut berkemungkinan untuk tahan lebih lama berbanding kereta yang dipandu untuk perjalanan pendek.

2. Kondisi Alternator Kereta

Salah satu faktor yang boleh menjejaskan usia bateri adalah kondisi alternator kereta anda. Voltan pengecasan alternator yang baik adalah sekitar 14v ke atas (untuk kereta Toyota, 13.5v ke atas). Dan bacaan ini perlu diambil dengan bebanan elektronik penuh, radio, aircond dan lampu hidup. Sekiranya bacaan lebih rendah daripada bacaan yang kami nyatakan, ini bermaksud alternator tidak berfungsi dalam keadaan baik. 

Alternator kereta yang tidak berfungsi dalam keadaan baik akan menyebabkan pengecasan yang tidak optimum pada bateri kereta. Lebih lama masa yang diperlukan untuk mengecas bateri kereta. Umpanya, anda menggunakan pengecas 1A untuk telefon pintar anda sedangkan telefon anda menggunakan pengecas 2.1A. Baca mengenai bacaan voltan alternator dan bateri yang baik di sini.

3. Penggunaan Elektronik Tambahan

Penggunaan sistem android (entertainment system), sistem gps, perakam video (dashcam) juga sedikit sebanyak menggunakan bateri kereta (apabila enjin mati) dan alternator kereta (apabila enjin hidup).

Namun, tidaklah kami kata bahawa penggunaan elektronik ini tidak boleh, akan tetapi anda perlu lebih cakna dengan perubahan yang dilakukan dan pengecasan penuh harus dipastikan terhadap bateri kereta bagi mengekalkan usia bateri kereta agar tahan lebih lama. Sesetengah pemilik kereta yang tambah sistem bunyi kereta, mereka akan menaiktaraf bateri kepada saiz yang lebih besar untuk menampung penggunaan voltan komponen tersebut. (menaiktaraf saiz bateri perlu disertakan dengan penaiktarafan tapak bateri kereta)

4. Cuaca Persekitaran

Bateri kereta dinegara sejuk semestinya mampu bertahan lebih lama berbanding kita di Malaysia. Ini adalah kerana, cuaca panas di Malaysia menyebabkan berlakunya penyejatan terhadap air di dalam bateri kereta. Dan anda perlu faham, bateri kereta diperbuat daripada campuran air dan asid, bukan 100% asid. Cuaca tadi menyebabkan komposisi air dan asid berubah akibat penyejatan!

Apabila air bateri tersejat, maka cas bateri pun berkurangan dan dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan bateri kereta anda rosak. Sekiranya boleh, pastikan kereta anda di parkir di bahagian yang teduh.

5. Sambungan & Keadaan Terminal Bateri

Proses hakisan berlaku pada terminal bateri kereta akibat daripada proses pengecasan dan nyah-cas yang berlaku secara berkala. Untuk sesetengah kenderaan yang lebih kritikal, akan terdapat habuk habuk putih yang terhasil pada terminal bateri kereta akibat proses ini. Oleh itu, ia perlu dibersihkan bagi memastikan sambungan terminal adalah ketat dan cemerlang bagi memastikan pengaliran tenaga elektrik yang optimum.

6. Kondisi Bateri Kereta

Bateri kereta perlu berada dalam keadaan yang bersih. Bateri kereta yang kotor akibat kotoran-kotoran tertentu boleh menyebabkan berlakunya kebocoran elektrik (current leakage). Kami telah melakukan ujikaji kami sendiri terhadap kondisi bateri kereta yang kotor yang boleh menyebabkan berlakunya current leakage di video ini :




Sekiranya anda perlukan bateri baru, kami di CARPUT ada menyediakan servis hantar & pasang bateri kereta secara PECUMA ke lokasi anda. Ya, anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja! Harga bermula dari RM179 sahaja! Tempah sekarang di www.carput.my atau muat turun aplikasi kami.

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Ramai yang teruja dengan pelancaran Proton X50 dengan tag harga RM79,200. Dengan teknologi-teknologi canggih yang didatangkan sekali bersama kereta tersebut, sudah tentu kos penyelenggaraan kereta ini lebih tinggi berbanding kereta Proton model terdahulu. Sebagai syarikat pakar bateri kereta, kami kongsikan degan anda kos penyelenggaraan untuk bateri kereta Proton X50 ini!

Apakah Saiz Bateri Kereta Proton X50?

Kereta Proton X50 menggunakan bateri saiz DIN60L.

Beberapa saiz bateri alternatif yang turut boleh digunakan adalah :
DIN55 = spesifikasi rendah
DIN62 = spesifikasi tinggi

Saiz Bateri Kereta Proton X50 DIN60L

Namun, bagi memastikan sistem elektronik kereta berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah, pemilik kenderaan dinasihatkan untuk menukar bateri dengan bateri yang sama spesifikasi atau yang lebih tinggi. Ada kemungkinan komponen elektronik tertentu tidak akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya spesefikasi bateri yang lebih rendah daripada bateri asal digunakan.

Antara kereta lain yang mengguanakn bateri saiz DIN60 termasuk Hyundai Elantra.

*saiz bateri kereta Proton X50 yang kami nyatakan ini adalah berdasarkan unit pengeluaran showroom.

Berapa Harga Bateri Kereta Proton X50?

Dah tahu saiz, pastinya anda ingin tahu harga betul? Ini adalah harga bateri saiz DIN62 di CARPUT. Untuk pengetahuan anda, jenama Camel adalah jenama bateri kereta asal yang dipasang di Proton X50. Mereka adalah pembekal kepada Proton! Selain itu, servis kami termasuk servis penghantaran & pemasangan PERCUMA! Tiada caj tambahan, cuma bayar harga bateri sahaja.

Camel - DIN62

Pesan sekarang, kami boleh hantar dalam 35 minit ke lokasi anda!

Adakah Waranti Proton X50 Akan Terbatal Sekiranya Tukar Bateri Bukan Di Pusat Servis?

Jawapannya TIDAK. Bateri kereta adalah sama seperti tayar, tergolong dalam komponen ‘wear & tear’. Asalkan bateri yang digunakan adalah sama spesifikasi dengan bateir asal, sepatutnya waranti anda tidak akan terbatal.
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Kalau nak dibandingkan, terlalu banyak jenama bateri kereta yang ada di pasaran. Dan sudah tentu, setiap jenama ada cara tersendiri untuk menjadikan bateri mereka unik. Tapi sebagai pengguna, jenama apa yang patut kita pilih? Nak buat pemilihan berdasarkan faktor apa? Dalam artikel ini, kami kongsi dengan anda tips memilih bateri kereta terbaik untuk anda.

1. Jenis Bateri Kereta

Di Malaysia, ada 2 jenis bateri iaitu bateri basah dan bateri kering (free maintenance).

Tetapi anda jangan tersilap, walaupun nama popularnya adalah bateri kering, bateri ini masih dibuat menggunakan cecair. Bateri kering yang betul-betul kering, kos nya amatlah mahal maka boleh kata amat susah untuk dijumpa di Malaysia. Bezanya? Bateri kering ini tidak perlu penyelenggaraan berkala sepertimana bateri basah.

Boleh pakai saja untuk setahun lebih sehinggalah ia rosak tanpa perlu mengisi air. Boleh baca disini untuk perbandingan bateri basah vs bateri kering.

2. Spesifikasi Bateri Kereta

Untuk ini, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan membaca kod bateri. Setiap saiz bateri ada spesifikasi yang berbeza. Sebagai contoh untuk bateri kereta Saga:

Bateri A : NS60R (46B24R)
Bateri B : NS60R (55B24R)

NS60/24 itu merujuk kepada dimensi saiz bateri (lebar, panjang, tinggi) manakala 46B/55B merujuk kepada spesifikasi bateri. Lebih tinggi nombornya, lebih tinggi spefikasi bagi bateri tersebut (CCA, AH, RC).

3. Jaminan Waranti Bateri Kereta

Pemilihan berdasarkan jenama agak susah. Ada yang kata jenama A lebih tahan daripada B. Tapi kemudian, ada pula yang kata jenama B dia pakai lebih tahan lama berbanding jenama A. Jadi kalau anda tanya kami, nak mudah kita beli bateri yang tawarkan jaminan waranti yang panjang.

Kenapa waranti penting? Kerana untuk bateri kereta, sekiranya ianya didapati rosak di dalam tempoh waranti, syarikat bateri akan menggantikan bateri anda secara ‘one-to-one’. Sekiranya anda beli bateri dengan waranti 18 bulan tapi bateri rosak pada bulan ke 17, anda bakal mendapat sebiji bateri yang baru. Sekiranya anda bernasib baik, bateri baru itu boleh bertahan lagi setahun dua.

Sebab itu, ianya penting untuk anda pilih bateri dengan waranti yang panjang. Tapi anda kena tahu, waranti yang dimaksudkan adalah sekiranya bateri tersebut rosak. Sekiranya anda terlupa tutup lampu, kereta tak hidup sehingga 2-3 minggu, alternator kereta anda rosak, ini semua adalah keadaan di mana bateri tersebut telah ternyah-caj bukan daripada masalah bateri.

Dalam keadaan ini, bateri baru tidak akan diberikan, sebaliknya ia hanya perlu dicaj semula.

Di CARPUT, anda boleh dapatkan bateri sehingga 18 bulan waranti pada harga yang murah!

Runner Bateri Kereta Delivery

4. Prosedur Tuntutan Waranti Bateri Kereta

Adalah penting untuk anda tahu prosedur tebusan waranti bateri kereta yang anda beli. Yang ini bukan bergantung pada jenama bateri, tetapi bergantung pada kedai / syarikat yang anda beli bateri itu tadi.

Sekiranya anda beli bateri daripada kedai yang hanya beroperasi daripada jam 9 Pagi – 6 Petang, anda hanya boleh menuntut waranti bateri anda pada waktu perniagaan mereka.

Sekiranya anda beli bateri daripada kedai yang tutup pada hari Ahad, sudah tentu anda perlu tunggu sehingga hari Isnin apabila kedai tersebut dibuka beroperasi semula.

Dan sekiranya anda beli bateri daripada kedai yang tidak buat servis penghantaran, berkemungkinan besar anda perlu menghantar semula bateri tersebut ke kedai untuk urusan tuntutan waranti.

Sebab itu bukan sahaja bateri itu penting, kedai yang anda beli turut harus diambil kira.

Di CARPUT, kami beroperasi dari 7 Pagi hingga 11.30 Malam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa sehari pun kami cuti. Selain itu, kami turut membuat servis penghantaran dan pemasangan secara PERCUMA, anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Jadi selagi kami masih beroperasi, anda boleh lakukan panggilan dan dapatkan bantuan secara PERCUMA ke tempat anda.

Sekiranya bateri anda bermasalah, kami akan datang dan gantikan bateri anda dengan bateri sementara untuk kegunaan anda. Bateri yang diambil itu tadi akan dibawa pulang untuk proses pengesahan / tuntutan waranti daripada pihak kilang. Sekiranya bateri baru dan bateri anda digantikan dengan bateri baru, anda ada 30 hari untuk datang ke cawangan kami untuk proses tuntutan.

Dan lebih baik lagi, anda tidak perlu menyimpan sebarang resit untuk tuntutan waranti daripada kami. Segala rekod anda disimpan di dalam sistem kami!

Bateri kereta mati
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Tengah-tengah khusyuk memandu, tiba-tiba simbol bateri di dashboard kereta menyala. Benda pertama yang majoriti akan terfikir,
Bateri Kereta Nak Kong Dah Ke?
Betul? Jangan risau, kami juga pernah suatu ketika dahulu berada di tempat anda.

Meskipun simbol dashboard itu menunjukkan simbol bateri kereta, ketahuilah simbol tersebut bukan menandakan bahawa bateri anda kong. Salah! Simbol bateri tersebut merupakan terdapat masalah dengan sistem pengecasan bateri kereta anda!

Apa Itu Sistem Pengecasan Bateri Kereta?

Sistem pengecasan bateri kereta melibatkan beberapa komponen seperti :

– terminal bateri
– kabel bateri
– alternator
– alternator belt
– voltage regulator*

Sistem Pengecasan Bateri KeretaIa mungkin berpunca daripada salah satu komponen yang dinyatakan di atas. Dan masalah sebegini tidak boleh diselesaikan secara on-site. Anda perlu bawa kereta ke bengkel / pusat servis berdekatan untuk kerja baik pulih.

Apa Perlu Buat Sekiranya Lampu Bateri Menyala?

Sekiranya anda mengalami masalah begini, ini yang perlu anda lakukan :
  1. Matikan segala komponen elektronik kereta (radio, aircond, kipas)
  2. Cari bengkel / pusat servis berdekatan dan terus ke sana (~5KM)
  3. Sekiranya tiada bengkel berdekatan, pandu di lorong yang selamat dan berhenti sekiranya boleh
  4. Dapatkan khidmat tundaan daripada pihak insurans / CARPUT

Untuk sebuah kereta yang berfungsi dengan normal, bateri kereta hanya digunakan untuk menghidupkan enjin sahaja, apabila enjin telah hidup, alternator akan berfungsi dan menyalurkan elektrik kepada seluruh komponen kereta, termasuk mengecas semula bateri kereta.

Namun apabila alternator rosak dan gagal berfungsi, aliran elektrik kenderaan bergantung sepenuhnya kepada kuasa bateri kereta, yang mana ia tidak akan mampu bertahan lama. Jadi apabila kereta anda tiba-tiba bila kereta sedang dipandu, dan anda nampak simbol bateri kereta menyala sebelum kereta anda mati, ia menandakan terdapat masalah dengan alternator / sistem pengecasan kereta anda.

Oleh disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk terus dapatkan bantuan mekanik dan pastikan jarak pemanduan anda adalah dekat, kerana kereta anda tidak mungkin boleh dipandu jauh.

Berapa bacaan voltmeter untuk alternator yang tidak baik boleh rujuk di sini : https://carput.my/semak-bacaan-voltan-bateri-kereta-yang-baik

0

Blog, Tips Bateri Kereta

Mesti korang rasa pelik bila tiba-tiba kereta korang tak boleh start walhal lampu, alarm, radio semua hidup menyala je. Kan? Kebiasaannya, kebanyakan pemilik kereta akan terus kata,

“Alah ini bukan masalah bateri ni. Semua boleh hidup lagi. Kalau bateri problem, mesti tak menyala dah.”
Kan kan kan?

Haa. Harini kami cerita kenapa korang tak boleh gunakan lampu, alarm mahupun radio korang sebagai indikator keadaan bateri kereta korang. Tak perlu pening-pening pun sebenarnya, sebabnya sangat lah mudah.

Voltan yang dipelukan untuk hidupkan enjin, jauh lebih tinggi berbanding voltan untuk hidupkan lampu, alarm dan radio kereta.

Seperti yang korang maklum, voltan penuh sebiji bateri kereta adalah 12V. Tak kisah lah korang pakai kereta kompak macam Myvi, Viva atau kereta besar macam Vellfire, Ford Ranger ke, voltan bateri tu tetap 12V. Dan untuk hidupkan bateri kereta, memang itu voltan yang diperlukan untuk hidupkan kereta.

Voltan bateri kereta

Sekiranya voltan bateri jatuh di bawah paras <11V, kereta akan mula bermasalah untuk dihidupkan. Boleh rujuk artikel Cara Kenalpasti Voltan Bateri Yang Baik.

Berbanding dengan voltan yang diperlukan untuk lampu, alarm, radio, voltan yang diperlukan adalah amat rendah. Oleh sebab itu, meskipun aksesori kereta masih boleh berfungsi, tidak bermakna bateri kereta anda masih dalam kondisi yang baik.

Namun, sekiranya anda terlupa tutup lampu kereta misalnya, sudah pasti lampu tersebut akan menyebabkan bateri kereta anda habis digunakan. Dan dalam situasi begini, semua aksesori tidak akan mampu dihidupkan.

Tukar Bateri Atau Jumpstart Sahaja?

Andai kata anda berdepan situasi begini, perkara pertama anda boleh lakukan adalah untuk cuba jumpstart kereta dahulu.

Sekiranya kereta boleh hidup dengan jumpstart, bererti ya! Memang sah masalah bateri. Sama ada bateri dah rosak atau voltan bateri rendah.

Biarkan enjin kereta anda hidup untuk pengecasan semula bateri kereta. Lebih baik sekiranya anda pandu kereta. Pengecasan optimum adalah pada RPM 2000 ke atas.  Biarkan enjin hidup selama 45-90 minit (bergantung kepada bacaan voltan bateri).

Setelah pengecasan, cuba matikan enjin dan hidupkan semula. Andai kata kereta masih gagal dihidupkan, besar kemungkinan bateri bermasalah (tidak dapat menyimpan pengecasan dengan baik). Kemungkinan ‘low charging’ juga ada, tetapi anda perlukan multimeter untuk kenalpasti masalah ini.



Anda perlukan bateri kereta untuk kereta anda? Order dengan CARPUT lah, servis kami siap hantar dan pasang ke lokasi anda secara percuma.

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
0

Blog, Tips Penjagaan Kereta
Salah satu lampu dashboard tiba-tiba menyala dan anda tak tahu apa maksudnya? Jangan risau. Tak semua orang hafal setiap satu maksud simbol-simbol yang ada di dashboard kereta. Namun, adalah penting untuk anda kenalpasti dan faham erti simbol yang menyala bagi mengenalpasti sama ada ianya masalah kecil atau besar.

Jadi hari ini, kami kongsikan 10 Simbol Utama Lampu Dahsboard Kereta anda.

Untuk pengetahuan anda, applikasi CARPUT mempunyai fungsi di mana anda boleh lihat kesemua 16 simbol lampu dashboard kereta yang ada, berbanding 10 simbol yang ditulis di dalam artikel ini. Muat turun sekarang.

Car dashboard sign

1. Simbol Helikopter



Ini merupakan simbol untuk masalah yang melibatkan enjin kereta anda. Antara kemungkinan masalah yang bakal dihadapi kemungkinan bunyi enjin yang luarbiasa atau kereta tidak bergerak dengan lancar.

Atau ia juga boleh disebabkan masalah sensor kenderaan itu sendiri. 

Sekiranya terjadi, pastikan anda terus hantar untuk pemeriksaan. Lebih baik untuk ditunda bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih besar.

2. Simbol Jin Botol Aladin



Ini menandakan masalah minyak enjin.

Terdapat 3 punca simbol ini menyala, sama ada suhu terlalu tinggi, tekanan rendah, mahupun minyak di enjin di paras rendah. Minyak enjin yang kurang boleh menyebabkan masalah suhu tinggi yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah enjin.

Sekiranya boleh, tambah minyak enjin secepat mungkin. Pastikan minyak diisi pada paras yang sepatutnya.

3. Steamboat


Nampak macam piring steamboat, tapi simbol ini menandakan brek kereta anda.

Kebiasaannya, ia akan menyala apabila brek tangan anda ditarik.  Namun sekiranya brek tangan telahpun diturunkan tapi simbol masih menyala, lakukan pemeriksaan pada minyak brek. Atau ia mungkin boleh berlaku atas sebab kerosakan sensor itu sendiri.

4. Robot Kenyit Mata



Simbol ini bukan menandakan kondisi bateri kereta semata ya. Jangan silap. Simbol ini menandakan masalah pada sistem pengecasan kenderaan.

Boleh jadi masalah alternator tidak mengecaj dengan berkesan, bateri kereta dah lemah atau masalah pada kabel pengecasan tu sendiri. Apabila alternator tidak berfungsi dengan baik, kereta berjalan bergantung sepenuhnya pada bateri. Dan ini menyebabkan bateri habis dengan begitu cepat, lantas kereta boleh mati ketika memandu.

Salah satu cara nak menguji alternator adalah dengan cara mencabut terminal negatif bateri ketika enjin sedang hidup. Sekiranya enjin mati, alternator kereta anda bermasalah.

Namun sekiranya bateri kereta anda bermasalah, dapatkan bateri kereta anda dengan CARPUT. Kami hantar & pasang ke lokasi anda secara percuma. Cuma bayar harga bateri je. 

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT

5. Samurai 



Mudah, anda hanya perlu memakai tali pinggang keledar. 

6. Sate Celup



Yang ini bahaya. Ia menunjukkan bahawa enjin kereta anda berada dalam suhu yang tinggi. Suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin kereta.

Masalah-masalah yang boleh berlaku biasanya melibatkan radiator/kipas radiator. Sekiranya simbol ini menyala, pastikan anda berhentikan kereta di tempat yang selamat, matikan enjin dan buka bonet hadapan kenderaan.

7. Pemandu Mabuk



Simbol ini menandakan ‘traction control’.

Dalam erti kata lain, geseran antara kereta dengan permukaan jalan. Kebiasaannya hidup apabila anda memandu di atas jalan licin. Ia merupakan simbol untuk anda pandu dengan perlahan bagi mengelakkan daripada terbabas. 

8. Cawan Kopi Ekspresso



Simbol ini lebih popular untuk kereta-kereta moden. Ia menandakan yang tayar kereta anda berada pada tekanan yang rendah. 

Turun dan pastikan sendiri keadaan tayar anda. Sekiranya masih selamat untuk memandu, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk pengepaman semula. Sekiranya tidak, tukar ke tayar ganti untuk pandu ke stesen minyak berdekatan.

Memandu dengan tayar pancit mampu merosakkan rim kereta.

9. Pam Minyak



Tanpa perlu sebarang penjelasan, pastikan minyak anda sentiasa di paras yang baik.

Memandu dengan minyak berkelip adalah amalan yang amat ditegah dan merbahaya.

10. Aksi Akrobatik



Sekiranya kereta anda menggunakan diesel, simbol ini merujuk pada masalah ‘glow plug’.

Kenderaan Diesel menggunakan pemampapan dan suhu untuk pembakaran. Glow Plug ini berfungsi untuk menaikkan suhu dan sekiranya ia menyala, kemungkinan terdapat masalah padanya atau sistem komputer yang mengawalnya.



Sekiranya anda mempunyai masalah kereta tak boleh nak dihidupkan, CARPUT sedia membantu. Kami boleh bantu anda untuk melakukan diagnosis ke atas masalah anda. Dan sekiranya ianya sejenis masalah yang boleh diselesaikan secara ‘on-site’, kami akan terus hantarkan bantuan ke lokasi anda.
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Tiba-tiba kereta taknak start, bila pulas kunci keluar bunyi tak tak tak / tik tik tik? Kereta anda mengalami masalah ini?

Sebagaimana pemilik kereta yang lain, sudah tentu kita ingin tahu punca masalah kereta kita. Andai kata boleh dibaiki sendiri, boleh kita baiki sendiri. Tapi sekiranya tak boleh, paling-paling pun, tidak lah bengkel / pusat servis boleh tipu kita untuk baiki komponen yang masih berfungsi dengan baik. Betul?

Dalam kes ini, ada 2 punca utama kenapa kereta anda berbunti tak tak tak / tik tik tik bila anda cuba start.

1. Bateri Kereta Kong

Berdasarkan pengalaman kami, 9 daripada 10 masalah bila kereta berbunyi tak tak tak / tik tik tik adalah disebabkan bateri kereta kong. Sama ada pemilik kereta terlupa tutup lampu kereta, lama tak start kereta atau bateri memang dah sampai masa untuk diganti.

Sekiranya bateri masih baru (<1 tahun), anda mungkin boleh cuba jumpstart kereta dahulu. Pastikan anda ikuti langkah-langkah jumper bateri kereta yang betul untuk elakkan masalah litar pintas. 

Car Battery hand

Tapi sekiranya bateri kereta anda sudah agak lama (>1.5 tahun), besar kemungkinan bateri anda perlu diganti. Untuk bateri yang dah berusia, bateri berkemungkinan menjadi lemah dan tidak mampu dicaj dengan efisien. Sekalipun anda sudah jumper bateri, 3-5 hari kemudian masalah sama akan berulang.
“Bateri kereta saya masih baru, tapi bila jumper pun tak boleh. Kenapa ya?”
Ada 2 kemungkinan.

i) Bateri Rosak (faulty)

Kebiasaannya, setiap bateri diberikan waranti minima 1 tahun atau 25,000 KM. Sekiranya bateri masih di bawah 1 tahun dan jarak pemanduan anda kurang daripada 25,000 KM, anda boleh tuntut waranti untuk bateri kereta anda. Pergi semula ke bengkel / pusat servis / kedai anda beli bateri kereta tersebut untuk urusan menuntut waranti. Pastikan juga anda masih simpan resit pembelian untuk tuntutan waranti.

Sekiranya anda membeli bateri dari CARPUT, kami akan hantar juruteknik ke rumah anda untuk urusan waranti. Sekiranya bateri memang bermasalah, penggantian ‘1-to-1’ akan dilakukan serta merta tanpa sebarang bayaran. Anda juga tak perlu mengemukakan resit pembelian, segala rekod pembelian disimpan di dalam sistem dan boleh dimuat turun melalui aplikasi CARPUT

Car Battery Price Malaysia 2020

ii) Bateri Terlalu Kong (flat)

Kes seperti ini berlaku apabila anda terlupa tutup lampu atau dah lama tak start kereta sehingga 3-4 minggu. Apabila bateri terlalu flat (0-5%), plat plumbum (lead plate) di dalam bateri mempunyai kemungkinan yang besar untuk rosak. Hal ini menyebabkan bateri rosak lebih awal dari tarikh yang sepatutnya meskipun masih baru. Dalam keadaan ini, anda memerlukan ‘battery tester’ untuk memastikan sama ada bateri kereta anda masih boleh digunakan atau tidak. Battery tester akan memaparkan nilai ‘State Of Health’ (SOH), yang menentukan sama ada bateri masih boleh digunakan atau tidak.

Battery Tester
“Kereta tak start lama pun, bateri boleh kong ke?”
Ya. Bateri kereta masih digunakan untuk sistem penggera kereta (alarm). Untuk bateri yang masih dengan kondisi yang baik, bateri mungkin boleh bertahan 7-10 hari tanpa dihidupkan. Tapi untuk bateri yang dah berusia, 3 hari tak start kereta pun dah boleh menyebabkan bateri kong.

Sekiranya anda memerlukan bateri kereta baru, anda boleh dapatkan bateri baru dengan CARPUT. Kami menyediakan servis penghantaran dan pemasangan bateri ke rumah secara PERCUMA. Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja, yang mana harga dipaparkan termasuk harga trade-in bateri lama anda.

2. Starter Rosak

Masalah yang mungkin terjadi juga disebabkan bunyi tak tak tak / tik tik tik mungkin berpunca daripada starter kereta.

Akan tetapi, masalah ini lebih berkemungkinan terjadi untuk kenderaan yang dah lebih 5 tahun. Untuk kenderaan baru, kemungkinan untuk starter anda rosak adalah sangat tipis.

Untuk starter, adalah lebih rumit untuk anda kenalpasti kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kerosakan.
“Lampu, radio saya masih boleh hidup. Kira bateri ok, masalah starter lah kan?”
Tak juga. Voltan yang diperlukan untuk menghidupkan lampu dan radio adalah rendah. Manakala voltan untuk hidupkan kereta adalah tinggi. Jadi sungguhpun anda boleh hidupkan lampu dan radio kereta, tak bermakna bateri anda masih dalam keadaan yang baik. Berkemungkinan ianya masih ada caj untuk hidupkan lampu dan radio, tapi tak cukup untuk hidupkan enjin kereta.

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
0

Blog
Pernah tak anda pergi ke bengkel atau pusat servis, kemudian mekanik yang servis kereta anda datang kepada anda dan nyatakan bahawa bateri anda sudah perlu diganti. Sesetengah bengkel yang mungkin mempunyai peralatan yang lebih canggih, mereka akan ‘print‘ dan tunjukkan sekali % bateri kereta anda.

Tapi, tahukah anda bagaimana cara yang dilakukan mekanik tersebut untuk memastikan kondisi bateri anda? Kerana kekeliruan yang sering terjadi adalah bila masalah bateri disalah tafsir akibat keadaan alternator yang tidak baik.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kepastian sendiri, bagaimanakah caranya untuk anda memastikan maklumat yang diberikan oleh mekanik berkenaan adalah benar? Ada caranya. Kami akan bantu anda untuk anda lakukan diagnosis anda sendiri. Namun untuk anda mengambil bacaan bateri kereta anda, anda memerlukan sebuah multimeter (voltmeter) atau sekurang-kurangnya sebuah ‘in-car charger‘ yang dilengkapi dengan fungsi ini.


Alatan dah ada? Mari kita teruskan dengan langkah seterusnya! Kami akan bantu anda untuk memastikan beza masalah bateri atau masalah alternator kenderaan anda.

Bacaan Voltan Bateri Kereta : Baik vs Lemah

Apabila anda mengambil bacaan bateri kereta, ada 3 jenis bacaan berbeza yang perlu anda ambil.

1. Volt Ketika Enjin Mati
2. Volt Ketika Enjin Hidup
3. Volt Ketika Enjin Hidup + Bebanan

Kenapa perlu ambil 3 bacaan berbeza?
https://theautovehicle.com/

1. Bacaan Volt Ketika Enjin Mati

Bacaan pertama (Volt Ketika Enjin Mati) adalah untuk mengenalpasti kondisi bateri. Bateri kereta yang normal mempunyai caj 12V. Sekiranya bacaan bateri adalah kurang, ia bermaksud bateri anda dalam keadaan lemah. NAMUN, ini tidak bermaksud bateri anda perlu ditukar. Bateri kereta anda mungkin lemah atas sebab-sebab lain seperti terlupa tutup lampu, alarm hidup sepanjang malam mahupun alternator anda sudahpun tidak berfungsi dengan sempurna.

Masalah bateri akibat terlupa tutup lampu atau alarm hidup itu boleh diselesaikan dengan ‘jumpstart’ kereta anda dan biarkan enjin hidup selama 30-45 minit untuk mengecaj semula bateri kereta anda. Setelah tempoh tersebut, matikan semula enjin dan semak bacaan bateri anda sekali lagi untuk memastikan sama ada bateri tersebut telah dicaj dan berada dalam keadaan yang baik.

Bacaan Positif
Bateri dalam keadaan cemerlang. 

Bacaan Negatif
Bateri dalam keadaan lemah. Semak bacaan kedua untuk mengetahui keadaan alternator.

Car Battery Price Malaysia 2020

2. Volt Ketika Enjin Hidup

Fungsi alternator adalah untuk mengecaj bateri kereta anda. Sekiranya alternator anda gagal mengecaj bateri kereta dengan baik, membeli bateri baru hanya akan membazirkan wang anda. Masalah yang sama akan berulang.

Atas sebab itu, anda akan teruskan dengan mengambil bacaan kedua (Volt Ketika Enjin Hidup). Pastikan bacaan alternator anda di dalam julat (rujuk gambarajah) yang baik. Sekiranya ia berada di paras yang tidak baik, bererti alternator anda bermasalah dan perlu dibaiki. Namun sekiranya bacaan masih baik, anda perlu teruskan dengan bacaan seterusnya.

Bacaan Positif
Dapatkan bacaan dengan bebanan.

Bacaan Negatif
Alternator tidak mengecaj bateri dengan sempurna. Perlu dibaiki.



3. Volt Ketika Enjin Hidup + Bebanan

Apa beza bacaan ketiga (Volt Ketika Enjin Hidup + Bebanan) dengan bacaan sebelum ini? Dalam bacaan ketiga, anda perlu sertakan bebanan dengan menghidupkan Lampu Kereta, Radio dan Penghawa Dingin. Sesetengah mekanik yang kurang pengalaman, sering terlupa untuk mengambil bacaan ketiga ini. Mengambil bacaan tanpa bebanan tidak mencukupi kerana realitinya, kita semua memandu kereta setiap hari dengan kesemua bebanan ini.

Oleh itu adalah wajar untuk anda dapatkan bacaan voltan bateri dengan bebanan. Sekiranya volt jatuh di bawah paras selamat, berkemungkinan besar alternator anda perlu dibawa ke bengkel atau pusat servis untuk dibaiki. Namun sekiranya ia kekal di paras yang selamat, ini bererti alternator anda berfungsi dengan cemerlang.

Bacaan Positif
Alternator dalam keadaan cemerlang. Tiada masalah.

Bacaan Negatif
Alternator tidak mengecaj bateri dengan sempurna. Perlu dibaiki.





Sungghupun begitu, ingin kami jelaskan bahawa rujukan ini hanya boleh dilakukan secara am. Sesetengah kenderaan dengan sistem elektronik yang kompleks dan canggih berkemungkinan mempunyai bacaan yang berbeza dan memerlukan mekanik untuk di diagnosis. Selain alternator, masalah belting juga berpotensi untuk menyebabkan bacaan voltan tidak pada paras yang baik.
0

Blog
Bateri kereta anda mati dan anda sedang mencari jenama bateri kereta terbaik untuk kereta anda? Sudah tentu kita semua sentiasa mahukan yang terbaik, kan?

Namun apa itu definisi terbaik? Tahan lama? Lebih kuasa? Waranti panjang? Tahan lasak?

Hari ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa pengetahuan kami yang boleh anda gunakan untuk membuat pilihan jenama bateri terbaik anda sendiri.

*untuk pengetahuan anda, di Malaysia tiada sebarang kajian yang telah dijalankan oleh mana-mana badan berkecuali bagi menentukan jenama bateri mana yang terbaik. Maka oleh itu, kami hanya kongsikan maklumat yang kami ada beserta contoh untuk anda buat keputusan anda tanpa sebarang prejudis

Cara Pilih Bateri Kereta Terbaik :

1. Kod Bateri Kereta

Setiap kereta menggunakan saiz bateri yang berbeza bergantung kepada keperluan kereta itu sendiri. Adalah penting untuk anda memilih saiz bateri yang betul bagi mengelakkan litar pintas, kurang kuasa dan masalah-masalah lain. Dan saiz bateri ini ditentukan oleh kod bateri itu sendiri. Sebagai contoh, kami ambil kira variasi bateri saiz NS60.

NS60R – ‘right terminal’
NS60RST – ‘right-small terminal’
NS60L – ‘left terminal’
NS60LST – ‘left-small terminal’

Kenapa terdapat beberapa variasi? Ada sesetengah kenderaan dengan terminal positif (terminal merah) di bahagian kanan, ada yang di sebelah kiri. Maka adalah perlu untuk kita memilih bateri dengan kedudukan terminal yang betul. Elakkan daripada meletakkan bateri dalam keadaan songsang, bahaya untuk jangka masa panjang.

Adapter Terminal Bateri

Saiz terminal turut berbeza, ada yang menggunakan terminal kecil, ada yang menggunakan terminal besar. Sekiranya anda telah membeli bateri terminal kecil untuk kereta yang menggunakan terminal besar, usah risau. Anda masih boleh dapatkan ‘adapter’ untuk terminal kecil tersebut. Yang penting, sambungan terminal tersebut tidak longgar. Adalah sangat bahaya sekiranya terminal bateri anda longgar!

Tak tahu kod bateri kereta anda? PM lah kami. Kami boleh bantu jangan risau.

2. Jenis Bateri Kereta

Dah tahu saiz bateri, kini anda perlu pilih jenis bateri kereta anda. 

Untuk ini, kami ada sediakan artikel khas perbandingan jenis bateri kering vs basah untuk rujukan anda.

Car Battery Price Malaysia 2020

3. Spesifikasi Bateri Kereta

Secara teori, anda boleh bandingkan prestasi bateri jenama A vs bateri jenama B dengan melihat pada spesifikasi bateri tersebut.

i) ‘Cold Cranking Amps’ (CCA)

‘Cranking Amps’ adalah bacaan untuk janaan kuasa yang dibekalkan oleh bateri untuk menghidupkan kereta. Manakala ‘Cold Cranking Amps’ adalah bacaan ketika bateri dalam keadaan sejuk (0º C).  Lebih tinggi nilai, lebih baik. Tetapi untuk Malaysia, bacaan CCA boleh diletakkan sebagai faktor ke2, 3 kerana suhu yang lebih panas.

ii) ‘Reserve Capacity’ (RC)

 ‘Reserve Capacity’ adalah indikator yang menentukan berapa lama bateri mampu berfungsi sekiranya alternator rosak. Ia turut menandakan berapa lama bateri anda mampu bertahan sekiranya anda terlupa tutup lampu kereta. Nombor yang dipaparkan adalah dalam minit. RC 40 = 40 minit. Lebih lama adalah lebih baik.

iii) Amp Hour (AH)

Penarafan standard ialah penilaian amp yang diambil selama 20 jam. Sebagai contoh, untuk bateri dengan bacaan 100 AH, penggunaan bateri selama 20 jam, ia akan memberikan sejumlah 100 am. Itu diterjemahkan kepada kira-kira 5 amps sejam. (100 / 20 = 5).

sumber rujukan : batterystuff.com



Namun, berdasarkan pengalaman kami, agak susah untuk membandingkan kualiti berdasarkan teori semata-mata. Terdapat pelbagai lagi faktor lain yang memainkan peranan dalam mempengaruhi jangka hayat bateri. Mungkin atas faktor ini, tidak ada perbandingan yang dibuat untuk menentukan bateri mana yang terbaik untuk anda. Ada bateri yang mempunyai CCA yang lebih tinggi, tapi kong lebih awal. Ada bateri yang mempunyai RC yang lebih rendah, tapi mampu bertahan jauh lebih lama.

Sungguhpun begitu, buat anda yang sedang membandingkan bateri terbaik untuk kereta anda, kami kurangkan 1 masalah anda dengan mencadangkan jenama bateri kereta terbaik yang berikut, bersesuaian dengan bajet anda.


1. Century Roadmaster – Pilihan Berbaloi

(15 Bulan Waranti / 25,000 KM Mileage)

>> Dapatkan Bateru Century Roadmaster di Sini <<

Bateri Century Roadmaster adalah bateri yang paling banyak terjual oleh kami. Pada harga yang berbaloi, anda akan menikmati jaminan 3 bulan tambahan berbanding kebanyakan jenama di pasaran.

Ini bermakna, anda bakal peroleh lebih ketenangan untuk pemanduan harian anda.

Bateri Century Roadmaster disyorkan untuk kebanyakan kereta sama ada Perodua, Honda, Toyota atau Proton.

Century Ultramax - Carput

2. Century Ultramax – Tempoh Jaminan Panjang

(21 Bulan Waranti / 30,000KM Mileage)

>> Dapatkan Bateri Century Ultramax di Sini <<

Bateri Century Ultramax disyorkan untuk kereta yang dilengkapi dengan elektronik yang rumit. Kereta premium model lama pasti akan mendapat manfaat daripada bateri kereta Century Ultramax yang berpatutan oleh kerana kapasiti baterinya yang lebih tinggi.

Bateri kereta ini disyorkan untuk kereta lama tanpa teknologi i-stop.


Camel Battery -Carput

3. Camel Plus – Mesra Bajet 

(18 Bulan Waranti / 30,000KM Mileage)

>>Dapatkan Bateri Camel di Sini <<

Camel adalah jenama bateri kereta terkemuka di China dengan reputasi bertahun-tahun. Kami menawarkan bateri kereta Camel pada harga yang sangat berpatutan bagi mereka yang tidak punyai pilihan apabila bateri kereta mati.

Walaupun harganya mesra untuk poket anda, anda boleh yakini kualiti bateri kereta Camel tanpa kompromi.
Disyorkan untuk Perodua dan Proton, pelbagai Camel boleh didapati dalam pelbagai saiz dan juga model EFB untuk
kereta yang dilengkapi teknologi i-stop.

Amaron - Carput

4. Amaron – Prestasi Tinggi

(18 Bulan Waranti atau 30,000KM Mileage)

>> Dapatkan Bateri Amaron di Sini <<

Dengan bateri Amaron di dalam kereta anda, anda tahu bahawa kereta anda, sama ada besar atau kecil akan boleh dihidupkan tanpa masalah. Dengan keseimbangan antara kualiti dan nilai, Amaron telah membina reputasi yang sangat bagus untuk jangka hayat yang sangat panjang.

Aloi perak yang telah dipatenkan (SILVEN X) yang hanya ada pada bateri Amaron memastikan hakisan yang rendah untuk membuatkannya tahan lama. Bateri Amaron sesuai untuk model kereta Perodua, Proton, Honda, Toyota, Mazda.

Varta AGM - Carput

5. Varta AGM – Kualiti Premium

(12 Bulan Waranti atau 25,000KM Mileage)

>> Dapatkan Bateri Varta di Sini <<

AGM atau nama penuhnya ‘Absorbent Glass Mat’. Teknologi ini terdapat dalam bateri Varta AGM Silver Dynamic. Teknologi AGM direka untuk mengendalikan beban elektrik yang paling sukar yang diperlukan dalam kereta baru dengan ciri-ciri premium seperti brek regeneratif.

Ia memberikan prestasi cemerlang untuk enjin yang berkuasa dan kereta yang dilengkapi teknologi yang rumit. Ia menawarkan sehingga 3x kitaran hidup lanjutan berbanding bateri konvensional. (Bateri asid plumbum konvensional hanya bertahan 1-2 tahun)

Mempunyai kuasa permulaan yang tinggi dan prestasi yang boleh dipercayai. Selain itu, reka bentuknya memastikan bateri tidak akan bocor, walaupun badan bateri pecah. Jika kereta anda dilengkapi dengan fungsi Start-Stop yang canggih, sebaiknya anda memasang bateri AGM kerana bateri kereta konvensional tidak akan mencukupi.


0

PREVIOUS POSTSPage 1 of 2NO NEW POSTS