Blog, Tips Bateri Kereta
Tengah-tengah khusyuk memandu, tiba-tiba simbol bateri di dashboard kereta menyala. Benda pertama yang majoriti akan terfikir,
Bateri Kereta Nak Kong Dah Ke?
Betul? Jangan risau, kami juga pernah suatu ketika dahulu berada di tempat anda.

Meskipun simbol dashboard itu menunjukkan simbol bateri kereta, ketahuilah simbol tersebut bukan menandakan bahawa bateri anda kong. Salah! Simbol bateri tersebut merupakan terdapat masalah dengan sistem pengecasan bateri kereta anda!

Apa Itu Sistem Pengecasan Bateri Kereta?

Sistem pengecasan bateri kereta melibatkan beberapa komponen seperti :

– terminal bateri
– kabel bateri
– alternator
– alternator belt
– voltage regulator*

Sistem Pengecasan Bateri KeretaIa mungkin berpunca daripada salah satu komponen yang dinyatakan di atas. Dan masalah sebegini tidak boleh diselesaikan secara on-site. Anda perlu bawa kereta ke bengkel / pusat servis berdekatan untuk kerja baik pulih.

Apa Perlu Buat Sekiranya Lampu Bateri Menyala?

Sekiranya anda mengalami masalah begini, ini yang perlu anda lakukan :
  1. Matikan segala komponen elektronik kereta (radio, aircond, kipas)
  2. Cari bengkel / pusat servis berdekatan dan terus ke sana (~5KM)
  3. Sekiranya tiada bengkel berdekatan, pandu di lorong yang selamat dan berhenti sekiranya boleh
  4. Dapatkan khidmat tundaan daripada pihak insurans / CARPUT

Untuk sebuah kereta yang berfungsi dengan normal, bateri kereta hanya digunakan untuk menghidupkan enjin sahaja, apabila enjin telah hidup, alternator akan berfungsi dan menyalurkan elektrik kepada seluruh komponen kereta, termasuk mengecas semula bateri kereta.

Namun apabila alternator rosak dan gagal berfungsi, aliran elektrik kenderaan bergantung sepenuhnya kepada kuasa bateri kereta, yang mana ia tidak akan mampu bertahan lama. Jadi apabila kereta anda tiba-tiba bila kereta sedang dipandu, dan anda nampak simbol bateri kereta menyala sebelum kereta anda mati, ia menandakan terdapat masalah dengan alternator / sistem pengecasan kereta anda.

Oleh disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk terus dapatkan bantuan mekanik dan pastikan jarak pemanduan anda adalah dekat, kerana kereta anda tidak mungkin boleh dipandu jauh.

Berapa bacaan voltmeter untuk alternator yang tidak baik boleh rujuk di sini : https://carput.my/semak-bacaan-voltan-bateri-kereta-yang-baik

0