Blog, Tips Penjagaan Kereta
Anda sedang memandu di Lebuhraya Persekutuan, dengan harapan dapat keluar dari kesesakan lalu lintas tidak lama lagi, dan tiba-tiba, kereta anda mati ketika memandu.

Mimpi buruk? Ya. Berbahaya? Sudah pasti.

Kami tidak mahu anda menjadi tajuk utama surat khabar esok. Hari ini kami kongsikan 3 sebab utama kereta tiba-tiba mati ketika memandu, beserta dengan langkah-langkah yang perlu anda lakukan apabila ianya terjadi kepada anda.

Sebab 1 : Bateri Kereta Mati / Kong


Bateri kereta rosak / mati / kong adalah salah satu sebab yang paling biasa berlaku di jalanraya.

Apabila bateri tidak melakukan tugasnya, alternator bekerja lebih keras untuk memastikan elektronik anda (termasuk sistem enjin anda) berjalan. Alternator yang terlalu banyak bekerja dalam satu tempoh yang panjang menyebabkan lebih banyak tekanan pada enjin kereta dan sebelum anda perasan, tiba-tiba kereta anda mati.

Bateri kereta yang baik biasanya mampu bertahan antara 1.5 hingga 2 tahun, lebih lama untuk bateri yang lebih berkualiti tinggi. Jadi perkara pertama yang perlu anda kenalpasti adalah, bilakah kali terakhir anda tukar bateri kereta? Sesetengah bengkel ada melakukan catatan bateri anda dipasang di atas bateri tersebut. Maka anda hanya perlu buka hood kereta dan semak sekiranya tarikh tersebut ada di tulis di atas bateri anda.



Sebab 2 : Alternator Rosak

Alternator rosak

Anda tahu apa fungsi alternator kereta? Apabila enjin anda berjalan, alternator mengecas bateri dan membekalkan kuasa elektrik tambahan untuk sistem elektronik kenderaan.

Kebiasaannya, orang akan keliru dengan hanya menukar bateri kereta, masalah kereta mati anda sudah dapat diselesaikan. Namun hakikatnya, bateri baru anda akan mati setelah beberapa minit digunakan oleh kerana alternator tidak berfungsi mengecas semula tenaga yang telah digunakan.

Salah satu tanda yang mampu anda kenalpasti adalah apabila lampu bateri pada dashboard kereta anda hidup.

Sebab 3 : Fuel Pump Rosak

Fuel Pump
Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak ke enjin. Apabila ianya gagal, kereta memang tidak akan dapat dihidupkan.

Sekiranya anda seorang yang peka, anda akan mampu mendengar bunyi fuel pump kereta anda berfungsi apabila anda memusing kunci kereta, sebelum menghidupkan enjin. Akan ada sedikit bunyi dengung selama beberapa saat. Itulah sebenarnya bunyi fuel pump kereta anda mengepam minyak ke bahagian enjin kereta untuk tujuan menghidupkan enjin.

Kerosakan begini, penyelesaian yang ada hanyalah untuk menggantikan fuel pump anda dengan yang baru. Tunda ke bengkel berdekatan dengan tempat anda. Anda boleh menggunakan khidmat syarikat insurans anda untuk ini. Servis tundaan adalah PERCUMA sekiranya anda menggunakan ‘first-party’ insurance.


Servis Hantar Pasang bateri kereta CARPUT
Bateri, alternator dan pam bahan api bukanlah satu-satunya penyebab apabila kereta anda mati semasa memandu. Kami telah menemui banyak kes yang disebabkan oleh pelbagai lagi sebab sebab yang lain.

Seperti biasa, anda sentiasa boleh menghubungi kami untuk kami berikan anda bantuan diagnosis percuma melalui telefon.

Muat turun aplikasi CARPUT hari ini !
0