Blog, Tips Bateri Kereta
Persoalan utama yang biasa bermain difikiran apabila bateri kereta mati, nak ganti bateri kereta basah atau kering? Betul?

Untuk anda yang sedang mencari jawapan kepada persoalan ini, kami kongsikan informasi untuk anda membuat pilihan yang terbaik bagi kereta anda. Bateri kering dan bateri basah masing-masing mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Tapi sebelum kami bermula, kami kongsikan sedikit apa itu bateri basah dan bateri kering.

Apa Itu Bateri Basah?

Bateri basah adalah jenis bateri kereta yang memerlukan penyelenggaraan berkala, iaitu penambahan air suling (distilled water) ke dalam bateri. Air bateri perlu sentiasa dipastikan berada di tahap yang ditetapkan bagi mengelakkan ianya rosak. Kekerapan penambahan air suling bergantung pada cuaca dan penggunaan, di antara 4-6 minggu sekali.

Bateri kereta basah

Apa Itu Bateri Kering?

Bateri keringa atau juga dikenali sebagai bateri ‘Maintenance Free’ (MF) adalah sejenis bateri kereta yang tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan. Anda hanya perlu memastikan sambungan terminal disambung dengan baik, dan bateri tersebut boleh digunakan sehingga tamat hayatnya.

Bateri Kering Century Roadmaster

Anda dah tahu apa itu bateri kereta basah dan kering? Kini kami kongsikan kelebihan dan kekurangan bateri masing masing.

Kelebihan Bateri Basah

1. Mempunyai jangka hayat yang lebih panjang (sekiranya diselenggara dengan baik)
2. Harga jualan yang lebih murah

Kekurangan Bateri Basah

1. Memerlukan penyelenggaraan berkala (4-6 minggu sekali)
2. Bateri lebih berat

Kelebihan Bateri Kering

1. Tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan
2. Berat bateri lebih ringan

Kekurangan Bateri Basah

1. Harga yang lebih mahal (mahal RM30-40)
2. Jangka hayat (1-1.5 tahun)


Bateri Kereta Basah Atau Kering Sesuai Untuk Anda?

Sepertimana yang kami beritahu di awal artikel, hal ini bergantung kepada setiap pengguna. Bateri kereta basah sesuai untuk mereka yang cakna tentang keadaan kereta, dan sanggup meluangkan sedikit masa untuk menambah air suling ke bateri setiap 4-6 minggu sekali. Perlu diingat, sekiranya air bateri jatuh di bawah paras minima, bateri boleh rosak dan memerlukan penggantian bateri baru. Juga sesuai untuk mereka yang ingin berjimat.

Namun, sekiranya anda merupakan seorang yang pelupa, seorang yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara-perkara yang remeh terutama sekali penjagaan kereta, maka bateri kering adalah bateri yang paling sesuai untuk anda.

Dengan hanya menambah RM30-40 berbanding bateri basah, anda tidak perlu lagi memikirkan langsung perihal bateri kereta. Dan sekiranya anda bahagikan lebihan harga yang perlu anda bayar dengan jangka hayat bateri, anda hanya membayar lebih RM1.66/bulan (RM30/18 bulan) berbanding bateri basah yang memerlukan penambahan air suling berkala.



Anda ingin dapatkan bateri kering untuk kereta anda? Dapatkan bateri kereta kering dihantar terus ke tempat anda dalam 45 minit dengan CARPUT. CARPUT menyediakan servis penghantaran dan pemasangan bateri kereta PERCUMA. Cuma bayar harga bateri je.

Hubungi kami sekarang!

Car Battery & Bateri Kereta Malaysia
0