Menu
  • HOME
  • BLOG
  • PARTNERS
  • CONTACT US
  • DOWNLOAD NOW
    GOOGLE PLAY STORE
    APPLE APPS STORE

    Gear Yang Betul Semasa Berhenti Di Lampu Isyarat: D, N atau P?

     

    gear

    Mana Satu Gear Yang Betul Semasa Berhenti Di Lampu Isyarat?

    Yang bawak kenderaan auto, mungkin anda mempunyai gear kesukaan/pilihan anda apabila berhenti di lampu isyarat. Ada 3 gear untuk dipilih apabila berhenti di lampu isyarat tapi yang mana satu lebih ideal?

    Meh kita tengok dan bandingkan kebaikan dan keburukan apabila masuk gear P, N atau D apabila berhenti di lampu isyarat dari aspek bahan bakar api, keselamatan dan kesan penggunaan haus dan lusuh. =D

    Biarkan Di D (Drive)

    Photo Credit: brownpau

    Photo Credit: brownpau

    Kawan kata:
    “Bro, biar je gear dekat D, gangster datang nak rompak cepat sikit kita nak lari”

    Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Jika biarkan kenderaan anda di gear D, kenderaan akan perlahan-lahan bergerak disebabkan transmisi penghantaran tork, ia semua dilakukan secara hidraulik dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Bagi aspek brek pula, brek kereta hanya mencekam tayar yang tidak bergerak jadi brek kenderaan anda tidak akan haus apabila berhenti di lampu isyarat apabila di gear D.

    Bahan Bakar: Kenderaan moden mempunyai komputer yang mengawal injap udara untuk meningkatkan udara memasuki enjin supaya enjin kenderaan anda tidak berhenti. Jadi komputer dapat mengesan apabila mempunyai mengaliran udara dan ia akan menambah lebih banyak bahan bakar api. Jadi apabila anda berhenti di lampu isyarat dan gear anda berada di D, kenderaan anda akan mengambil lebih banyak bahan bakar api daripada N.

    Keselamatan: Kalau gear berada di D, anda perlu pijak brek sampai lampu tukar hijau. Ia boleh membahayakan jika anda mengantuk. Tak tentu pasal tetibe kenderaan anda boleh sampai di tengah persimpangan atau langgar kenderaan di hadapan. Lampu brek anda juga boleh menganggu kenderaan di belakang anda.

    Blog-GDN-black-guy

    Tukar Gear kepada N (Neutral)

    Photo Credit: prathammotors.com

    Photo Credit: prathammotors.com

    Kawan kata:
    “Ada sebab kilang kenderaan pasang gear Neutral, kau ingat tu untuk hiasan?” 😛

    Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Setiap kali dekat lampu isyarat, tukar gear dari D ke N, lampu hijau tukar balik ke D, setiap kali pertukaran gear ia akan menyebabkan geseran antara klac plat dan klac plat akan menjadi panas dan akan menyebabkan minyak transmisi yang kotor dan boleh menyebabkan kegagalan komponen lain.

    Bahan Bakar: Kalau letak gear N di setiap kali berhenti di lampu isyarat memang boleh jimatkan minyak, tetapi jumlah yang anda jimat adalah terlalu sikit untuk dianggap sebagai manfaat. Menjaga klac plat untuk pakai dalam jangka masa yang panjang adalah lebih penting daripada menjimatkan minyak dengan jumlah yang sikit. Sesetengah kenderaaan moden mempunyai ciri-ciri penjimatan bahan api menutup enjin di lampu isyarat.

    Keselamatan: Dalam keadaan kecemasan, anda mungkin perlu pandu dengan segera ada saat yang tidak disangka untuk mengelakkan diri dari kemalangan tetapi dengan gear yang berada di N, anda mungkin perlukan masa yang lebih lama untuk pandu dengan segera. Dalam saat yang cemas, anda juga boleh silap pilih gear dan langgar kenderaan di belakang anda.

    Tukar Gear kepada P (Parking)

    Photo Credit: mechanics.stackexchange.com

    Photo Credit: mechanics.stackexchange.com

    Kawan Kata:
    “Chill la bro, masuk P dan hisap rokok sebatang dulu. Lepak dan rehat kaki tu dulu”

    Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Dari D tukar ke P, klac plat perlu melalui beberapa gear. Kalau anda tukar gear dari D ke P, dan balik ke D setiap kali berhenti di lampu isyarat, kesan penggunaan pada klac plat dan pin parking atau dikenali sebagai ‘parking pawl’ boleh memberi kesan pada masa jangka yang lama.

    Bahan Bakar: Sama sahaja seperti letak di gear N. Menjaga klac plat lebih penting daripada menjimatkan bahan bakar yang sikit.

    Keselamatan: Bayangkan, anda letak kenderaan anda di gear P setiap kali anda berhenti di lampu isyarat dan tiba-tiba kenderaan di belakang langgar anda. Bukan sahaja bumper anda hancur, tetapi anda jugak boleh merosakkan ‘parking pawl’ anda dan menyebabkan kegagalan rangkaian transmisi.

     

    DISCLAIMER:

    *Pengarang tidak mencadangkan bahawa mana-mana gear adalah yang terbaik dan ideal untuk digunakan semasa berhenti di lampu isyarat

    **Maklumat dalam artikel ini khas untuk model kenderaan yang tertentu. Kenderaan yang dlengkapi dengan sistem BRAKE ASSIST, fungsi iSTOP, fungsi START/STOP dan lain-lain akan menpunyai system transmisi yang berbeza.

    Yang mana satukah anda rasa gear yang terbaik untuk masuk semasa berhenti di lampu isyarat?


    Kalau kereta rosak dekat lampu isyarat sangat bermasalah, dihalang lagi trafik yang sudah sesak.

    Muat turun aplikasi CARPUT sekarang untuk pertukaran bateri kereta, tunda kereta, tayar pancit ataupun kehabisan petrol!

    Blog-GDN-black

     

    March 18, 2017
    written by Isaac Wong
    Simple Share Buttons