Bateri Kereta Kong? Macam Mana Nak Buat

Kereta Tak Boleh Start? – 5 Punca Berserta Penyelesaian!

Awal pagi nak keluar rumah, kereta tak boleh start pula. Hampir semua orang yang mempunyai kereta sendiri pernah menghadapi masalah ini kan? Masalah ini memang adalah satu mimpi ngeri terutama bagi pemandu yang nak ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau mempunyai urusan perniagaan.

Kebiasannya, masalah kereta tak boleh start ini jarang menunjukkan tanda atau simptom awal. Tahu-tahu je dah tak boleh nak hidup. Disebabkan itu, dalam artikel ini kami kongsikan dengan anda punca-punca utama yang biasa menyebabkan kereta anda tak boleh nak start.

Apakah punca kereta tak boleh start?

1. Bateri Kereta Kong/Lemah

Salah satu punca utama yang sering berlaku adalah disebabkan bateri kereta anda kong. Fungsi utama bateri kereta adalah untuk membekalkan kuasa untuk menghidupkan enjin kereta. Jadi apabila bateri kereta anda kong atau berada dalam keadaan yang lemah, ia tidak dapat membekalkan kuasa yang secukupnya untuk menghidupkan enjin kereta.

Antara punca punca utama bateri kereta boleh kong adalah :

  1. Bateri telah sampai jangka hayat. Purata jangka hayat bateri kereta adalah antara 1.5-2 tahun.
  2. Alternator kurang baik. Apabila alternator dalam kondisi yang lemah, pengecasan semula bateri menjadi kurang efisien.
  3. Lama tak start kereta. Kereta yang ditinggalkan lama (>3 minggu) menggunakan kuasa bateri untuk alarm tanpa berlaku sebarang pengecasan semula menyebabkan bateri kong.

Kami turut berkongsi cara yang boleh anda cuba lakukan bila berdepan dengan masalah bateri kereta kong.

Aplikasi delivery bateri malaysia carput

Terdapat dua jenis bateri kereta, sel basah dan sel kering. Sel basah  yang ada tempat isi air bateri pada bateri dan biasanya setiap 5,000 km servis tu periksa sekali air cukup atau tidak lagi-lagi kalau bateri dah 2-3 tahun ke atas haruslah kerap memeriksa air bateri. Manakala sel kering anda cuma perhatikan lampu amaran alert dengan tanda-tanda bateri nak kong.

READ  7 Daripada 10 Masalah Kereta Adalah Sebab Bateri Kereta Mati

Kereta era baru terdapat banyak peralatan elektronik didalam kereta seperti sensor, radio, screen lcd dan movie player maka tidak hairan bateri akan menunjukkan tanda bateri kong selepas 12 – 15 bulan penggunaan.

Ketahui lebih mengenai bateri kereta anda dan servis penghantaran dan pemasangan bateri kereta dalam 30-45 minit sahaja di CARPUT! Servis #KaptenCarput PERCUMA sahaja untuk penghantaran dan pemasangan bateri di seluruh Malaysia! Kalau ragu-ragu dengan status kenderaan anda boleh minta Kapten Carput periksa kereta anda terlebih dahulu.

2. Gear LEVER pada ‘D’

Memang bunyi punca ni macam kelakar tapi memang ramai yang mengalami masalah kereta tak boleh start disebabkan Gear lever berada selain dari ‘P’. Please jangan gelabah dan tukar gear lever anda kepada ‘P’ dan semua akan kembali normal.

3. Starter Rosak

Fungsi starter adalah menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Starter yang rosak tidak akan mampu menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Sebab tu kereta tak boleh hidup. Antara tanda awal masalah ini ialah sewaktu anda nak crank kereta anda dia macam tiada bunyi. Waktu enjin tengah hidup dan kadang-kadang anda mungkin akan terdengar bunyi besi bergesel. Itu maknanya mungkin starter dah mula haus.

Kereta tak boleh start carput



4. Spark Plug (Palam Pencucuh) Rosak

Petanda awal penyakit ini adalah anda akan rasa susah untuk start dan kereta anda akan semput atau time nak tekan minyak kereta macam semput-semput. Susah nak hidup lepas tu bunyi crank atau dah hidup semput-semput, tak pun lampu semua menyala cuma enjin tak hidup.

Ini mungkin kerana palam pencucuh rosak jadi palam pencucuh ini dia lambat nak hasilkan percikan api. Kalau macam ni baik anda telefon mekanik untuk tukar spark plug baru. Biasanya kereta standard 4 silinder memang akan pakai 4 spark plug, so jangan buat2 terkejut. kang kena ketuk pulak dengan pomen. Kalau anda bawak kereta Toyota Aplhard yang V6 memang kena pakai 6 spark plug.

READ  Bateri Kereta Basah vs Kering, Mana Lebih Bagus?

5. Fuel Pump Rosak

Pam minyak atau lebih dikenali sebagai ‘fuel pump’ adalah komponen penting kereta. Tugas fuel pump adalah untuk mengepam minyak daripada tangki kepada enjin.

Untuk mereka yang peka dengan bunyi kereta, kebiasaannya anda boleh dengar bunyi fuel pump kereta ada berfungsi apabila anda memusing kunci kereta anda ke arah ON sebelum ignition. Ia, itu adalah bunyi fuel pump bekerja mengepam minyak bagi memastikan kereta anda boleh dihidupkan.

Carput Whatsapp Now

Kereta Tak Boleh Start? Gunalah CARPUT

CARPUT ialah satu aplikasi yang dicipta khas untuk memberi perkhidmatan bantuan yang cepat untuk kerosakan kereta termasuk masalah bateri kereta. Konsep aplikasi ini macam Uber dan Grab. Apabila anda request bantuan dengan CARPUT app, pomen yang paling berdekatan akan sampai dalam masa 60 minit untuk periksa bateri kereta anda dan tukar bateri baharu.

Kenapa CARPUT?

1. Mudah – Tak payah call sini call sana. Semuanya dari smartphone anda saje.

2. Selamat – Butir-butir pomen ada dalam apps (nama, nombor plat kereta, jenis kereta)

3. Telus – Harga sentiasa dipaparkan sebelum confirm order. Tak perlu takut kena ketuk!

CARPUT Rating & Testimony

Nak tahu harga bateri kereta 2021 ? >>Klik di sini! <<

Penghantaran dan pemasangan adalah percuma untuk kawasan KL, PJ, Penang, Johor, Ipoh, Seremban dan Melaka! Bayar untuk bateri je.

Servis lain yang ditawarkan oleh CARPUT: pertukaran tayar spare, penghantaran petrol dan towing.

Jom muat turun aplikasi CARPUT percuma di sini: bit.ly/2eT4whp

Jangan bila kereta tak boleh start baru kelam kabut nak install!

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT

1800-1800-10 Scroll to Top