Blog, Tips Bateri Kereta
Tahukah anda sekiranya kereta anda dilengkapi dengan sistem start-stop, anda memerlukan bateri kereta start stop yang khusus untuk kenderaan anda? Namun sebelum itu, kami akan terangkan serba sedikit dahulu apa itu fungsi start-stop ini.

Apa itu fungsi Start-Stop?

Teknologi Start-Stop merupakan sejenis sistem yang mana kenderaan anda dimatikan secara automatik apabila kenderaan anda tidak bergerak. Enjin kenderaan akan kembali dihidupkan secara automatik apabila anda ingin kembali memandu (melepaskan pedal brek dsb). Ideanya, teknologi ini diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan minyak dan pengeluaran gas karbon. 

Sistem Start-Stop ini amat membantu mereka yang kerap memandu di dalam bandar, di mana pemandu akan berdepan dengan banyak lampu isyarat dan kesesakan lalu lintas. Teknologi ini dikatakan mampu menjimatkan 3-10% daripada penggunaan petrol anda. 

Adakah kereta saya memerlukan Bateri Kereta Start Stop?

Anda jangan tersilap! Fungsi Start-Stop dan Push-Start adalah sistem yang berbeza. Push-Start adalah sistem menghidupkan kenderaan anda tanpa kunci, manakala Start-Stop adalah sistem yang kami nyatakan awal tadi. Ramai yang keliru oleh kerana sifat butang Push-Start itu sendiri yang tertera perkataan ‘Start | Stop”.

Start Stop vs Push Start

Sebagai pemandu kereta, sudah tentu anda tahu akan fungsi ini pada kenderaan anda betul? Maka sekiranya ada, dapatkan lah bateri kereta start stop (EFB) untuk kenderaan anda.

Apa Perbezaan Bateri Kereta Start Stop (EFB)?

Bateri kereta Start Stop ini juga dikenali sebagai Bateri kereta EFB, iaitu ‘Enhanced Flooded Batteries‘.

Kelebihan utama bateri Start Stop (EFB) ini adalah ianya kebolehan pengecasan yang lebih baik dan ketahanan ‘cycle‘ yang lebih panjang. Secara purata, bateri jenis start stop (EFB) mampu menghidupkan enjin kereta sebanyak 85,000 kali berbanding bateri biasa hanya 30,000.

Namun, ini tidak bermakna bateri EFB tahan lebih lama oleh kerana fungsi start-stop kenderaan anda menggunakan bateri ini lebih kerap berbanding kenderaan biasa.

Dari segi harga, sudah tentu bateri kereta Start Stop (EFB) ini lebih mahal berbanding bateri biasa. Teknologi lebih maju, maka harga pun lebih ‘maju’. Anda perlu membayar sekitar 20-40% lebih mahal berbanding harga bateri biasa. Semak harga bateri Start Stop (EFB) untuk kereta anda DI SINI.

Bolehkah Bateri Biasa Digunakan Pada Kereta dengan Sistem Start Stop?

Jawapan kami, TIDAK.

Berikut adalah beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya anda menggunakan bateri biasa pada kenderaan anda yang dilengkapi sistem Start Stop :
  1. Kehilangan Waranti
  2. Hilang Keselesaan Pemanduan
  3. Sistem Start-Stop Tidak Berfungsi dengan Baik
  4. Tumpahan Asid Bateri
  5. Risiko Bateri Meletup
0

Blog, Tips Bateri Kereta
Pernah tak anda berdepan dengan masalah bateri kereta kong?

Dah siap-siap nak pergi kerja atau keluar rumah, tiba-tiba kereta tak boleh start. Dah satu hal nak kena cari nombor telefon pomen. Kalau siang, ok lagi. Kalau kena waktu malam? Atau pagi subuh? Bengkel pun dah tutup. Dah kena cancel tak jadi keluar.

Kami kongsikan dengan anda, beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghidupkan semula bateri kereta kong anda untuk sementara waktu (tapi ingat, penyelesaian ini mungkin hanya sementara).

Bateri kereta murah CARPUT

Cara Hidupkan Semula Bateri Kereta Kong

1. Periksa Sambungan Terminal Bateri

Benda pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk memeriksa sambungan terminal bateri. Pastikan sambungan terminal bateri berada dalam keadaan baik dan bersambung dengan sempurna. Anda mungkin boleh cuba untuk cuba menggerakkan atau memusingkan sedikit sambungan terminal untuk memastikan sambungannya sempurna.

Pastikan anda mematikan suis dan mencabut kunci kereta ketika melakukan aktiviti ini.

2. Bersihkan Terminal Bateri

Kadangkala, ‘serbuk putih’ akan terhasil di terminal sambungan bateri. Bersihkan bateri daripada serbuk ini bagi memastikan aliran elektrik yang lebih efisien.

Pastikan anda mematikan suis dan mencabut kunci kereta ketika melakukan aktiviti ini.

3. Lakukan ‘Jumpstart’

Lakukan ‘jumpstart’ pada bateri anda sekiranya anda mempunyai peralatan yang diperlukan. Dapatkan bantuan daripada rakan atau jiran berdekatan untuk melakukan ‘jumpstart’.

Selain daripada turutan pemasangan kabel, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum melakukan ‘jumpstart’.
  • Pastikan kapasiti bateri kereta penderma lebih besar daripada bateri kereta anda (sekiranya rendah, litar pintas mungkin berlaku)
  • Sekiranya anda memandu Proton, elakkan sebarang ‘jumpstart’ (mampu merosakkan ECU kereta sekiranya tersalah cara)
  • Biarkan enjin anda hidup 10-30 minit untuk pengecasan bateri berlaku
  • Untuk kereta yang sarat dengan elektronik, dapatkan bantuan pakar

Baca cara-cara lakukan jumpstart kereta

Punca Bateri Kereta Kong?

1. Telah Sampai Tamat Tempoh

Tahukah anda, purata hayat bateri kereta kering (Free Maintenance) adalah sekitar 1.5-2 tahun sahaja. Anda bertuah sekiranya bateri kereta anda mampu bertahan lebih lama daripada itu.

Namun sekiranya ia kong lebih awal, jangan lupa untuk tuntut waranti. Sesetengah syarikat menyediakan khidmat waranti bateri kereta sehingga 18 bulan! (psst waranti bateri Amaron CARPUT 18 bulan tau…)

2. Terlupa Tutup Lampu / Tutup Pintu Kereta

Salah satu masalah yang kerap mengakibatkan bateri kereta kong adalah terlupa tutup lampu atau pintu kereta.

“Eh, kenapa pintu kereta?”

Apabila pintu kereta tidak ditutup rapat, sensor kenderaan akan menjadi aktif. Sensor yang aktif ini boleh mengakibatkan bateri kereta kong sekiranya ia dibiarkan dalam tempoh masa yang lama.

3. Alternator Tidak Mengecas Bateri

Salah satu masalah lain adalah alternator kereta. Alternator kereta berfungsi sebagai alat pengecas untuk bateri anda apabila kenderaan berjalan. Apabila alternator kereta rosak, bateri tidak dicas, mengakibatkan bateri kereta kong.

Sekiranya alternator bermasalah, ‘jumpstart’ juga tidak akan menyelesaikan masalah anda. Alternator tidak mengecas bateri kereta anda, mengakibatkan kereta anda mampu dihidupkan untuk hanya seketika waktu dan akan mati kembali beberapa minit kemudian. Anda disarankan untuk menghubungi panel insurans kenderaan untuk tunda kenderaan anda ke bengkel / pusat servis berdekatan.

(psst CARPUT juga ada sediakan servis tunda kenderaan tau…)

Carput Technician Battery

Tanda-Tanda Bateri Kereta Kong

1. Lampu Kereta Malap

Lampu kenderaan mula malap daripada biasa apabila bateri kereta lemah.

2. Enjin Kereta Lebih Susah Dihidupkan

Apabila enjin kereta cuba dihidupkan, ia akan lebih susah dihidupkan dan mengeluarkan bunyi ‘cranking’.

3. Penghasilan Serbuk Putih di Terminal

Ya. Serbuk putih yang kami nasihat untuk dibersihkan tadi, merupakan salah satu tanda bateri kereta anda dah nak kong.
0

Blog

Bateri kereta tak boleh hidup? CARPUT sedia membantu!

CARPUT ialah aplikasi telefon yang dicipta khas untuk memberi perkhidmatan bantuan yang cepat dan profesional untuk kerosakan kereta termasuk masalah bateri kereta.

Kenapa Perlu Guna CARPUT?
1. Bateri kereta yang BERKUALITI TINGGI 
2. Hantar dan pasang PERCUMA dalam masa 45 MINIT
3. Harga akan dipaparkan sebelum confirm order. Tak perlu takut kena ketuk!

Talian Bebas Tol: 1800-1800-10

Senarai harga bateri kereta KLIK SINI: PRODUK


 

Tak payah susah-susah nak cari kedai bateri kereta!

Kami boleh hantar ke kawasan sekitar Johor Bahru termasuk Pasir Gudang, Masai, Perling, Sutera dan Skudai. Pomen CARPUT yang profesional dan berpengalaman luas akan hantar dan tukar bateri kereta baru di lokasi anda.

CARPUT telah membantu lebih daripada 15,000 kereta di KL, Penang dan JB.

mekanik CARPUT mekanik CARPUT

car battery delivery, carput. customer

 


tukar bateri kereta

Bateri Kereta Amaron – Bateri Kereta Yang Paling Tahan Lama!

amaron battery malaysia
Harga dari RM205

Perodua Myvi, Alza, Honda City – RM205

Proton Saga, Toyota Vios – RM220

Nak tahu harga bateri kereta anda? 

> Senarai harga bateri KLIK SINI

> Muat turun aplikasi CARPUT untuk harga tetap: bit.ly/2emmgAC

 


Kereta tak boleh start carput
Perlukan bantuan untuk bateri kereta anda di Johor Bahru?

Bayar untuk bateri kereta sahaja! Kami hantar dan pasang di lokasi PERCUMA!

Call 1800-1800-10 sekarang atau buat pesanan dalam aplikasi CARPUT.

Klik sini untuk muat turun aplikasi CARPUT: bit.ly/2emmgAC

 

0

Blog
Harga bateri kereta disetiap kedai berbeza-beza dan anda dalam keadaan yang terdesak. Adakah anda mempunyai masa untuk membuat perbandingan harga bateri kereta? Sudah pasti tidak kan? 

Nak buat perbandingan jenama pun, tak ramai yang tahu atau kenal jenama-jenama bateri kereta yang ada di pasaran. Mana yang lebih tahan lama, mana yang memberikan tenaga yang terbaik untuk kereta anda, hatta saiz bateri kereta yang sesuai pun tak ramai yang tahu. Betul?

Bagi mengelakkan daripada ditipu, melakukan perbandingan harga bateri adalah langkah terbaik. Dengan adanya teknologi internet, melakukan perbandingan kini adalah semudah ABC. Anda pasti rasa dapat membuat pilihan yang tepat, tetapi banyak sangat pula maklumat yang ada di Google. Akhirnya, kita yang jadi keliru.

Maka solusi kepada masalah ini ialah untuk menggunakan servis CARPUT ! Kami menawarkan harga bateri kereta murah dengan kualiti yang masih terjamin ketahanannya. Kami mampu datang terus ke tempat anda untuk pemasangan sepantas 45 mint! Tak percaya? Semak sendiri review kami di play store, app store  dan Google yang telah diberi rating setinggi 4.9! Kenapa review kami tinggi adalah disebabkan harga kami yang telus dan perkhidmatan kami yang terbaik.

Penghantaran dan pemasangan bateri kereta kami lakukan untuk anda secara PERCUMA untuk seluruh MALAYSIA!

Senarai Harga Bateri Kereta 2020

Harga bateri kereta malaysia


Untuk senarai penuh harga bateri kereta terkini, klik sini >> Harga Bateri Kereta 2020


Salah satu perkara yang penting adalah setiap bateri baru akan ada waranti dari 12 bulan sehingga 18 bulan, agak-agak kalau bateri rosak takkan lah anda nak tolak kereta pergi bengkel atau nak panggil bengkel datang? Tapi sekiranya anda menggunakan CARPUT, kami akan datang kepada anda sekirnya berlaku sebarang masalah pada bateri kereta anda selagi masih dalam tempoh waranti dan melakukan penggantian 1-to-1 sekiranya bateri anda benar-benar bermasalah.

Tak perlu susah-susah cari orang nak pinjam kereta/motor untuk claim waranti bateri dari bengkel. Tak percaya harga kami murah?



Harga Bateri Kereta Tetap! Tak Perlu Takut Kena Ketuk!

1. Mudah – Tak payah call sini call sana. Semuanya dari smartphone anda sahaja.
2. Selamat – Butir-butir pomen ada dalam apps (nama, nombor plat kereta, jenis kereta)
3. Telus – Anda bayar harga yang dipaparkan, tiada caj tersembunyi!

Tak perlu takut kena ketuk!
Nak tahu harga bateri untuk kereta yang lain? Muat turun CARPUT secara PERCUMA, klik sini >> bit.ly/2eT4whp

Jangan bila kereta dah rosak baru kelam kabut nak install!

harga bateri kereta 1 | Carput

FlyFM DJ Maggy dan LiteFM DJ Shaz pun pernah guna servis CARPUT!

CARPUT, customer
Servis lain yang ditawarkan oleh CARPUT: Pertukaran tayar spare, penghantaran petrol dan towing.

Carput testimonials

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi kami di 1800-1800-10.

0

Blog, Tips Penjagaan Kereta

Awal pagi nak pergi kerja, kereta tak boleh start pula. Hampir semua orang yang mempunyai kereta sendiri pernah menghadapi masalah ini kan? Masalah ini memang adalah satu mimpi ngeri terutama bagi pemandu yang nak ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau mempunyai urusan perniagaan.

Apakah punca kereta tak boleh start?

1. Bateri Kereta Kong /Lemah

Punca utama kenapa enjin kereta kita tak boleh hidup sebab bateri kong atau lemah. Jadi, bila enjin kereta anda tidak hidup disebabkan bateri kong kerana ia tidak dapat mengecas serta membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk hidupkan enjin.

Ada juga kemungkinan yang alternator anda bermasalah kerana sudah tidak mampu mengecas semula bateri anda ketika kereta sedang bergerak. Pastikan anda mendapat nasihat pakar untuk mengetahui punca sebenar. Bilakah kali terkahir anda tukar bateri kereta anda?

Bateri kereta murah CARPUT

Terdapat dua jenis bateri kereta, sel basah dan sel kering. Sel basah  yang ada tempat isi air bateri pada bateri dan biasanya setiap 5,000 km servis tu periksa sekali air cukup atau tidak lagi-lagi kalau bateri dah 2-3 tahun ke atas haruslah kerap memeriksa air bateri. Manakala sel kering anda cuma perhatikan lampu amaran alert dengan tanda-tanda bateri nak kong.

Kereta era baru terdapat banyak peralatan elektronik didalam kereta seperti sensor, radio, screen lcd dan movie player maka tidak hairan bateri akan menunjukkan tanda bateri kong selepas 12 – 15 bulan penggunaan.

Ketahui lebih mengenai bateri kereta anda dan servis penghantaran dan pemasangan bateri kereta dalam 30-45 minit sahaja di CARPUT! Servis #KaptenCarput PERCUMA sahaja untuk penghantaran dan pemasangan bateri di seluruh Malaysia! Kalau ragu-ragu dengan status kenderaan anda boleh minta Kapten Carput periksa kereta anda terlebih dahulu.

2. Gear LEVER pada ‘D’

Memang bunyi punca ni macam kelakar tapi memang ramai yang mengalami masalah kereta tak boleh start disebabkan Gear lever berada selain dari ‘P’. Please jangan gelabah dan tukar gear lever anda kepada ‘P’ dan semua akan kembali normal.

3. Starter Rosak

Fungsi starter adalah menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Starter yang rosak tidak akan mampu menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Sebab tu kereta tak boleh hidup. Antara tanda awal masalah ini ialah sewaktu anda nak crank kereta anda dia macam tiada bunyi. Waktu enjin tengah hidup dan kadang-kadang anda mungkin akan terdengar bunyi besi bergesel. Itu maknanya mungkin starter dah mula haus.

Kereta tak boleh start carput



4. Spark Plug (Palam Pencucuh) Rosak

Petanda awal penyakit ini adalah anda akan rasa susah untuk start dan kereta anda akan semput atau time nak tekan minyak kereta macam semput-semput. Susah nak hidup lepas tu bunyi crank atau dah hidup semput-semput, tak pun lampu semua menyala cuma enjin tak hidup. Ini mungkin kerana palam pencucuh rosak jadi palam pencucuh ini dia lambat nak hasilkan percikan api. Kalau macam ni baik anda telefon mekanik untuk tukar spark plug baru. Biasanya kereta standard 4 silinder memang akan pakai 4 spark plug, so jangan buat2 terkejut. kang kena ketuk pulak dengan pomen. Kalau anda bawak kereta Toyota Aplhard yang V6 memang kena pakai 6 spark plug.  

5. Penapis Minyak Tersumbat

Pergerakan enjin memerlukan hasil pembakaran minyak dan udara, jika minyak tidak sampai ke dalam enjin maka mekanisma pergerakan enjin tidak akan berlaku dan ini menjadi salah satu punca kereta anda tidak boleh hidup. Anda perlu melakukan pemeriksaan penapis minyak sewantu anda membuat pemeriksaan berkala kereta anda.  

Kereta Tak Boleh Start? Gunalah CARPUT

CARPUT ialah satu aplikasi yang dicipta khas untuk memberi perkhidmatan bantuan yang cepat untuk kerosakan kereta termasuk masalah bateri kereta. Konsep aplikasi ini macam Uber dan Grab. Apabila anda request bantuan dengan CARPUT app, pomen yang paling berdekatan akan sampai dalam masa 60 minit untuk periksa bateri kereta anda dan tukar bateri baharu.


Kenapa CARPUT?

1. Mudah – Tak payah call sini call sana. Semuanya dari smartphone anda saje. 

2. Selamat – Butir-butir pomen ada dalam apps (nama, nombor plat kereta, jenis kereta)

3. Telus – Harga sentiasa dipaparkan sebelum confirm order. Tak perlu takut kena ketuk!

CARPUT Rating & Testimony

Nak tahu harga bateri kereta 2019? >>Klik di sini! <<

Penghantaran dan pemasangan adalah percuma untuk kawasan KL, PJ, Penang, Johor, Ipoh, Seremban dan Melaka! Bayar untuk bateri je.

Servis lain yang ditawarkan oleh CARPUT: pertukaran tayar spare, penghantaran petrol dan towing.

Jom muat turun aplikasi CARPUT percuma di sini: bit.ly/2eT4whp

Jangan bila kereta tak boleh start baru kelam kabut nak install!

Bateri Kereta Mati | Hantar & Pasanga CARPUT
0

Blog, Tips Bateri Kereta

Tidak dapat hidupkan kereta anda?

Pomen CARPUT boleh hantar dan pasang bateri kereta baru di lokasi anda.

* Harga Yang Berpatutan!

* Bateri Yang Berkualiti Tinggi!

* Hantar & Pasang PERCUMA!

Talian Bebas Tol: 1800-1800-10

7:00 pagi – 11:00 malam 365 hari/ setahun

Pelanggan & Pomen CARPUT

9 daripada 10 pelanggan yang berpuas hati mengesyorkan perkhidmatan bateri kereta kami:

tukar bateri kereta

car battery delivery, carput. customercar battery delivery, carput. customer















Mekanik CARPUT yang profesional dan berpengalaman luas:

mekanik CARPUTmekanik CARPUT










Produk Bateri Kereta Kami

Kochi – Harga bermula dari RM180

12 bulan waranti

amaron battery malaysia

Amaron – Harga bermula dari RM220

18 bulan waranti

bateri kereta varta

Varta untuk kereta continental

12 bulan waranti

Kawasan Liputan

Kuala Lumpur

Selangor

Seremban

Penang

Melaka

Johor Bahru

Perlukan perkhidmatan bateri kereta kami?

Hanya bayar untuk bateri kereta. Hantar dan pasang percuma.

Call 1800-1800-10 sekarang

atau

bust pesanan dalam aplikasi CARPUT.

Klik sini untuk muat turun: bit.ly/2emmgAC


CARPUT ialah satu aplikasi yang dicipta khas untuk memberi perkhidmatan bantuan yang cepat untuk kerosakan kereta termasuk masalah bateri kereta.

carput, car breakdown app
0

Blog
gear

Mana Satu Gear Yang Betul Semasa Berhenti Di Lampu Isyarat?

Yang bawak kenderaan auto, mungkin anda mempunyai gear kesukaan/pilihan anda apabila berhenti di lampu isyarat. Ada 3 gear untuk dipilih apabila berhenti di lampu isyarat tapi yang mana satu lebih ideal?

Meh kita tengok dan bandingkan kebaikan dan keburukan apabila masuk gear P, N atau D apabila berhenti di lampu isyarat dari aspek bahan bakar api, keselamatan dan kesan penggunaan haus dan lusuh. =D

Biarkan Di D (Drive)

Kawan kata: “Bro, biar je gear dekat D, gangster datang nak rompak cepat sikit kita nak lari”

Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Jika biarkan kenderaan anda di gear D, kenderaan akan perlahan-lahan bergerak disebabkan transmisi penghantaran tork, ia semua dilakukan secara hidraulik dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Bagi aspek brek pula, brek kereta hanya mencekam tayar yang tidak bergerak jadi brek kenderaan anda tidak akan haus apabila berhenti di lampu isyarat apabila di gear D.

Bahan Bakar: Kenderaan moden mempunyai komputer yang mengawal injap udara untuk meningkatkan udara memasuki enjin supaya enjin kenderaan anda tidak berhenti. Jadi komputer dapat mengesan apabila mempunyai mengaliran udara dan ia akan menambah lebih banyak bahan bakar api. Jadi apabila anda berhenti di lampu isyarat dan gear anda berada di D, kenderaan anda akan mengambil lebih banyak bahan bakar api daripada N.

Keselamatan: Kalau gear berada di D, anda perlu pijak brek sampai lampu tukar hijau. Ia boleh membahayakan jika anda mengantuk. Tak tentu pasal tetibe kenderaan anda boleh sampai di tengah persimpangan atau langgar kenderaan di hadapan. Lampu brek anda juga boleh menganggu kenderaan di belakang anda.

Blog-GDN-black-guy

Tukar Gear kepada N (Neutral)

Kawan kata: “Ada sebab kilang kenderaan pasang gear Neutral, kau ingat tu untuk hiasan?” 😛

Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Setiap kali dekat lampu isyarat, tukar gear dari D ke N, lampu hijau tukar balik ke D, setiap kali pertukaran gear ia akan menyebabkan geseran antara klac plat dan klac plat akan menjadi panas dan akan menyebabkan minyak transmisi yang kotor dan boleh menyebabkan kegagalan komponen lain.

Bahan Bakar: Kalau letak gear N di setiap kali berhenti di lampu isyarat memang boleh jimatkan minyak, tetapi jumlah yang anda jimat adalah terlalu sikit untuk dianggap sebagai manfaat. Menjaga klac plat untuk pakai dalam jangka masa yang panjang adalah lebih penting daripada menjimatkan minyak dengan jumlah yang sikit. Sesetengah kenderaaan moden mempunyai ciri-ciri penjimatan bahan api menutup enjin di lampu isyarat.

Keselamatan: Dalam keadaan kecemasan, anda mungkin perlu pandu dengan segera ada saat yang tidak disangka untuk mengelakkan diri dari kemalangan tetapi dengan gear yang berada di N, anda mungkin perlukan masa yang lebih lama untuk pandu dengan segera. Dalam saat yang cemas, anda juga boleh silap pilih gear dan langgar kenderaan di belakang anda.

Tukar Gear kepada P (Parking)

Kawan Kata: “Chill la bro, masuk P dan hisap rokok sebatang dulu. Lepak dan rehat kaki tu dulu”

Kesan Penggunaan Haus dan Lusuh: Dari D tukar ke P, klac plat perlu melalui beberapa gear. Kalau anda tukar gear dari D ke P, dan balik ke D setiap kali berhenti di lampu isyarat, kesan penggunaan pada klac plat dan pin parking atau dikenali sebagai ‘parking pawl’ boleh memberi kesan pada masa jangka yang lama.

Bahan Bakar: Sama sahaja seperti letak di gear N. Menjaga klac plat lebih penting daripada menjimatkan bahan bakar yang sikit.

Keselamatan: Bayangkan, anda letak kenderaan anda di gear P setiap kali anda berhenti di lampu isyarat dan tiba-tiba kenderaan di belakang langgar anda. Bukan sahaja bumper anda hancur, tetapi anda jugak boleh merosakkan ‘parking pawl’ anda dan menyebabkan kegagalan rangkaian transmisi.  

DISCLAIMER:

*Pengarang tidak mencadangkan bahawa mana-mana gear adalah yang terbaik dan ideal untuk digunakan semasa berhenti di lampu isyarat

**Maklumat dalam artikel ini khas untuk model kenderaan yang tertentu. Kenderaan yang dlengkapi dengan sistem BRAKE ASSIST, fungsi iSTOP, fungsi START/STOP dan lain-lain akan mempunyai system transmisi yang berbeza.

Yang mana satukah anda rasa gear yang terbaik untuk masuk semasa berhenti di lampu isyarat?
Kalau kereta rosak dekat lampu isyarat sangat bermasalah, dihalang lagi trafik yang sudah sesak. Muat turun aplikasi CARPUT sekarang untuk pertukaran bateri kereta, tunda kereta, tayar pancit ataupun kehabisan petrol!

Blog-GDN-black
0

NO OLD POSTSPage 2 of 2NEXT POSTS