Menu

Bateri Kereta AGM Khas Untuk Kereta Eropah

Jika anda seorang pemilik kereta Eropah, sudah pasti anda sedar bahawa alat ganti jentera kesayangan bukan murah.

Terutamanya bateri kereta AGM yang kosnya beribu perlu ditukar setiap beberapa tahun.

Kereta Eropah yang serba canggih perlukan bateri kereta AGM kerana bateri yang biasa tidak mencukupi.

Tapi anda tahu tak:

Bateri kereta AGM yang setaraf dengan pusat servis rasmi boleh didapati pada harga yang lebih murah di CARPUT.

Anda dapat jimat sekurang-kurangnya RM600 untuk servis pertukaran bateri kereta yang lebih mudah dan profesional.

AGM Battery Production

Kredit gambar: Johnson Controls Inc.

AGM maksudnya Absorbent Glass Mat. Teknologi ini didapati dalam bateri AGM Varta Silver Dynamic.

Teknologi ini direka untuk menangani beban elektrikal melampau yang diperlukan kereta moden dengan ciri premium seperti Auto Start-Stop.

ARTA Silver AGM Dynamic

Photo credit: Varta Automotive

Ini kelebihan bateri kereta AGM:

Ciri utama teknologi AGM adalah kaca menyerupai tikar untuk menyerap asid di dalam setiap lapisan. Tikar ini berfungsi seperti span untuk memegang asid bateri bagi memastikan elektrolit tersalut secara berterusan pada lapisan.

Tapi, anda mesti hairan:

“Adakah kereta anda perlukan bateri kereta yang canggih ini?”

Biasanya, anda hanya pandu kereta mewah pada hujung minggu jadi bateri kereta tidak dapat cas yang mencukupi.

Bateri kereta AGM telah dibuktikan tahan lama walaupun jarang dipakai. Selain itu, kereta mewah ini dilengkapi dengan aksesori yang memerlukan tenaga yang tinggi.

Apa yang buatkan bateri kereta AGM menonjol daripada bateri kereta biasa?

Kelebihannya di sini:

Prestasi mutlak bateri kereta AGM mampu menguasai jentera berkuasa tinggi dan kereta yang beraksesori berat.

3x lebih kitaran hayat berbanding bateri kereta biasa. (Jangka hayat bateri kereta asid-plumbum biasa adalah 1-2 tahun sahaja)

Bukan itu sahaja:

Kuasa permulaan dan prestasi yang tinggi disokongi reka bentuk bateri unik supaya ia tidak bocor walaupun petinya pecah.

Jika kereta anda dilengkapi dengan teknologi Start-Stop, sebaik-baiknya anda mahukan bateri kereta AGM. Bateri kereta biasa tidak akan mampu memberi tenaga secukupnya untuk kereta Start-Stop.

Kereta Start-Stop

Kereta jenama Mazda terbaru ataupun model Toyota mewah seperti Vellfire, Alphard, Estima dan Wish kini dilengkapi dengan teknologi Start-Stop. (Jangan keliru dengan Enjin Push-Start!)

Latar belakang:

Kemunculan kenderaan Start-Stop sejak awal 2013 dikatakan hasil daripada piawaian emisi Eropah yang ketat. Jadi, kebanyakkan kereta BMW, Mercedes atau Volkswagen baru anda dilengkapi bateri kereta AGM untuk menampung teknologi tersebut.

Teknologi kenderaan start-stop akan mematikan enjin ketika kereta anda berhenti, seperti di lampu isyarat atau di keadaan trafik yang sesak, kemudian hidupkan semula enjin dengan senyap dan segera apabila klac atau pedal brek dilepaskan.

Tapi, ada helahnya:

Ketika enjin kereta dimatikan, bateri kereta adalah satu-satunya sumber kuasa untuk semua peralatan elektrikal kereta seperti penyaman udara, radio dan sistem navigasi.

Sistem start-stop yang lebih canggih dengan ciri-ciri ‘regenerative braking atau ‘passive boost’ akan lebih melelahkan bateri kereta.

 Pesan Bateri Kereta AGM Anda dengan CARPUT

Senarai harga bateri kereta AGM semasa Januari 2019:

AGM Varta Silver Dynamic DIN70 – RM1100

AGM Varta Silver Dynamic DIN80 – RM1250

AGM Varta Silver Dynamic DIN90 – RM1400

AGM Varta Silver Dynamic DIN105 (buatan Jerman) – RM1800

(Spesifikasi bateri kereta AGM ini adalah setaraf dengan pusat servis rasmi)

Harga tertera adalah termasuk khidmat penghantaran, pemasangan dan trade-in bateri lama.

Perkhidmatan ini dilengkapi dengan ‘system fault reset’ untuk setiap pemasangan bateri kereta AGM. Ini akan jimatkan masa anda dari menghantar kereta ke pusat servis.


January 25, 2019
written by Isaac Wong
Simple Share Buttons